Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah

0
Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah| Zaman kanak kanak dulu, bila masuk je bulan ramadhan, bonda saya akan buat roti canai. Hari lain selain bulan puasa, ikut kerajinan sebab prosesnya leceh.

Nak buat prata / roti canai ni banyak langkah langkah yang perlu dibuat. Bermula dari malam hari dengan mengadun tepung, menguli kemudian simpan. Esok pagi barulah proses tebar dan masak atas api.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


Berikut resepi mudah prata / Roti Canai langkah demi langkah dari chef Sue M Arukin yang boleh korang cuba.

RESEPI MUDAH BUAT PRATA/ROTI CANAI

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum
400ml air (air biasa saja)
60ml minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
60gram susu pekat manis
1 sudu teh garam halus
Mentega/Marjerin secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, garam, minyak dan susu pekat manis ke dalam mangkuk pengadun. Uli dengan kelajuan perlahan.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


2. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk pengadun dan teruskan uli hingga membentuk doh yang tak melekat di mangkuk pengadun. Kuantiti air mungkin perlu di kurangkan jika doh dah tak melekat. Uli selama 10-12 minit pada kelajuan medium.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


3. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun lalu sambung uli atas papan pencanai. Bulat-bulatkan doh sebesar separuh penumbuk atau boleh timbang 70-80gram sebiji.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


4. Susun doh di dalam loyang yang dah disapu mentega/marjerin. Beruskan lagi mentega/marjerin diatas doh-doh yang di susun dalam loyang tadi. Tutup dengan cling wrap dan biarkan semalaman (10-12 jam pun tak apa) atas meja (suhu bilik/biasa, bukan simpan dalam fridge).

5. Untuk menebar, gunakan bahagian belakang dulang/loyang bersaiz besar yang disapu minyak. Canaikan senipis mungkin dengan cara menarik-narik doh ke bahagian tepi loyang hingga nipis. Kemudian angkat satu hujung doh dan gulung. Jika suka boleh tambah apa2 yang disukai seperti hirisan pisang, taburan gula, bancuhan telur dan sebagainya.

6. Panaskan sedikit minyak di kuali leper kemudian letakkan roti tadi dan goreng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian.

Hidangkan roti canai / prata panas dengan kuah dhal, kari ayam atau apa-apa jenis sambal tumis. Enjoy!

*Saya uli doh ini jam 4pm semalam dan canai pagi tadi jam 8am. Lagi lama perap lagi lembut roti canai.

#recipebychefsuearukin
.

Daging Black Paper

0

Daging Black Paper


Kalau anda seorang bujang, mahukan hidangan yang simple, anda boleh cuba resepi daging masak black paper.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/daging-black-paper.html


Hanya dengan satu hidangan daging black paper, anda dah dapat sajian yang lengkap. Ini kerana selain daging, anda juga boleh masukkan sayuran seperti kacang panjang, carrot dan bunga kobis sebagai sampuran.

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:

Daging
Bawang putih 4 ulas (tumbuk)
Bawang holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2 sudu (tumbuk)

Optional :
Capsicum hijau 1 biji
Tomato 2 biji
Carrot
Daun bawang

Garam, gula, bahan perasa
Minyak masak

Cara Masak:

Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkan bawang putih.

Kemudian masukkan sos blackpepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.

Selepas itu masukkan garam, gula dan bahan perasa.

Akhir sekali, masukkan carrot, lada capsicum. Bila sayur dah hampir masak dan lembut, masukkan pula tomato,  bawang Holland dan daun bawang.

Ok dah siap!

Kredit resepi ini kepada fatimah ibrahim #mahn
.

Resepi Risoles

0

Risoles.


Risoles ni sekali pandang macam popia. Ia memang dari keluarga popia. Cuma kulitnya tidak menggunakan kulit popia yang ada di pasaran. Sebaliknya ia menggunakan pankek atau lempeng.

Boleh juga dianggap sebagai ketayap goreng berinti . Cuma ketayap ini berinti kentang, bersalut serbuk roti, kemudian digoreng.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Risoles merupakan hidangan simple yang sangat sesuai untuk sarapan dan hi-tea. Boleh juga dibuat potluck dan makanan untuk picnic.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Resepi Risoles

Bahan-bahan untuk inti.

bawang putih 2 ulas dipotong dadu
bawang besar 1 biji yg besar..dipotong dadu
daging cincang dlm 200gram
tepung jagung 1 sudu(bancuh tuk memekatkan )
lada hitam sikit tumbuk
lada sulah sikit
kentang 1 biji dipotong dadu
daun bawang dihiris
lada merah buang biji dan potong dadu
lobak merah dipotong dadu jgk..
sedikit air..
serbuk roti..

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html


Cara memasaknya.

1/ tumis bawang besar dan bawang putih..naik bau..
2/ masukkkan daging cincang kentang dan lobak merah.
3/ tambh sedikit air. biar masak sekejap.
kentang dan lobak merah tadi empuk, dah masak semua,
4/ masukkan lada hitam, lada sulah dan garam sedikit. dah kering air,
5/ masukkan lada merah, daun bawang kacau sekeja.
6/ tuang bancuhan tepung jagung tadi.

siap. masuk dalam mangkuk. sejukkan sekejap.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Kulit Risoles


untuk kulit risoles, cara sama macam kita nak buat kuih ketayap..

tepung gandum 2 cawan..
santan  1 cawan..
air dlm 3 cawan..
telur 2 biji (tuk golekkan dkat risoles )
sedikit mnyk masak..
serbuk roti secukupnya


https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Cara membuatnya.


1/ satukan semua bahan..
2/ kemudian blend sekejap...
3/ keluarkan tengok kepekatannya. kalau pekat sangat tambh air sedikit. agak2 jangan pekat jangan cair.
4/ kemudian masak atas kuali leper. macam nak buat kuih ketayap.
5/ angkat, segera letak daging cincang yang dah masak tadi. balutkan.
6/ kemudian celup dlm telur dan salut dengan serbuk roti.
7/ kemudian goreng dengan minyak yang sedikit. kalau banyak nanti, risoles tu berminyak sangat. muak makan.

Kredit : Gee Kamal via MAHNi
.

Roti Bamboloni Gebu

0

Roti Bamboloni Gebu

Bomboloni merupakan sejenis roti. Bentuknya seperti pau juga seperri roti burger. Texturnya lembut dan gebu. Bila dikunyah cair dimulut.

Pembuatan bamboloni ni sangat mudah. Prosesnya sama seperti membuat, roti. Bezanya, buat lubang kecil di tengah masukkan inti. Boleh gunakan apa sahaja inti yang anda suka.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/roti-bomboloni-gebu.html

RESEPI BAMBOLONI GEBU
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
Bahan-bahan:
• 1/2 cawan susu segar (suam-suam kuku)
• 2 sb gula
• 1 sb yis
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 sk garam
• 1 sk esen vanila
• 1 biji telur
• 2 sb mentega (sejuk)
‍‍‍‍‍‍
Cara-cara:
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih, lebih kurang 15-20 minit.
2. Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur, pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung, pukul atau uli sehingga sebati.
4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
6. Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1 cm dan tekap bulat.
7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing, minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk
menggoreng.
9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing, jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula castor dan cinnamon, kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu, siap.
‍‍‍‍‍‍
Resepi: Norah Aniza
.

Biskut Semprit Cheese Legend

0
Biskut Semprit Cheese Legend | Biskut semprit adalah antara biskut tradisional yang sangat digemari sampai ke hari ini. Biskut semprit ni legend sehingga kini menyamai bangkit dan bahulu. Pembuatannya yang mudah dan hanya menggunakan 3 bahan menjadikan biskut semprit sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga hari ini.

Biskut Semprit Cheese Legend


Biskut Samperit Cheese 


Biskut semprit mengikut resepi asal, simple sahaja. Oleh kerana di era 21 century ni cheese menjadi pilihan dalam hampir semua jenis hidangan maka biskut pun kena letak cheese juga . Tak gitu ?

Biskut Semprit Cheese Legend

Bahan-bahan :

260g butter
110g gula kastor
160g tepung kastad
40g tepung jagung
240g tepung red rose
1 biji kuning telur
Cheddar cheese

Biskut Semprit Cheese Legend

Cara
1. Pukul butter (akk guna marjerin pelangi je) & gula hingga sebati - guna senduk.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
3. Masukkan semua tepung uli sehingga menjadi doh lembut.
4. Masukkan ke dalam acuan samperit kemudian tekan doh dan parut cheese ke atas biskut.
5. Bakar suhu 150°C api atas bawah selama 20-25 min @ sehingga masak.

Kredit Resepi : marliza binti ghazali marliza via mahn

Share dan tag kwn2

Resepi Sup Telur Mee

0
Resepi Sup Telur Mee | Selalunya, bila resepi kita buat sendiri, kita akan fikir nama apa nak bagi . Setiap menu mesti ada nama kan . Jadinya, nak senang ingat, letak je nama yang ada kaitan dengan bahan campurannya supaya lebih mudah kita nak ingat . So, jangan angkat kening bila dengar nama resepi yang pelik sikit . Yang penting rasanya sedap gitu .

Resepi Sup Telur Mee

Resepi Sup Telur Mee


Menu Sup telur mee terhasil bila masak sup dengan menjadikan mee sebagai bahan utama . Manakala telur pula sebagai agent pemekat sup. Dan hasilnya memang maveles. Berikut adalah bahan-bahan membuat sup telur mee .

Bahan-bahan :


*Bawang merah *Bawang putih *Halia
*Cili *di cincang halus/kasar
Telur 3-4 biji
Kentang + Carrot + jagung
Batang saderi / Daun sup
Mee kering ala² fettuccine

Cara membuatnya :


1. Panaskn minyak. Goreng telur satu persatu.
2. Guna kan minyak yg sama dan tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
3. Tuang tiga ke empat cawan air. - terpulang nk kuah lebih / sedikit. Masukkan sedikit daun sup.
4. Tunggu sehingga air mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan carrot, batang saderi.
6. Last sekali, masukkan mee dan tutup api. Bagi mengelak mee kembang. Tabur daun sup dan cili potong. Siap dan selamat untuk dihidang.

Resepi Nasi Tomato Berlauk

0
Resepi Nasi Tomato Berlauk | Hari ini hari cuti . Kalau yang malas nak keluar atau lebih suka memasak sendiri, confim dah mula fikir menu apa nak masak petang ni . Kat Malaysia ni, berbuka dah wajib ada menu nasi dan menu lauk pauk kan . Apa kata, mudahkan je kerja kita buat menu nasi berlauk macam kat bawah ni . Satu pakej , senang . Sekali masak , siap semua gitu .

Resepi Nasi Tomato Berlauk

RESEPI NASI TOMATO BERLAUK


Resepi nasi tomato selalunya disajikan bersama lauk berasaskan menu daging ataupun menu daging ayam dan acar atau dengan pajeri sebagai hidangan sampingan tapi menyelerakan. Kalau korang tak tahu nak sediakan menu nasi tomato berlauk ni, tak apa, korang follow je semua resepi yang disediakan di bawah ya .

Bahan nasi:


4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya

Bahan ayam masak merah:


1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato

Bahan acar


1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

Cara Membuat:


1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang

Selamat Mencuba .
.

Murtabak Meggi Express

0
Murtabak Meggi Express | Meggi ni mee segera yang dah tesedia rencahnya . Masak meggi dengan rempahnya dengan cara rebus / goreng tu dah biasa . Sesekali nak juga luar biasa masak meggi guna resepi lain . Yang penting rencah meggi tu masih digunakan .

Murtabak Meggi Express

Murtabak Meggi Express


Murtabak selalunya dibuat menggunakan tepung gandum yang dicanai . Tapi sudah ramai yang menderhakai resepi bila buat murtabak menggunakan lasagna, kulit popia, roti dan meggi . Bukankah dunia moden perlu ada innovasi ? Barulah terbit banyak jenis resepi . Kita pun tak jemu dok hadap benda yang sama kan .

Bahan Bahan :
👇
(utk 4 - 5 kpg saiz gambar di atas)
2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
1 paket perencah maggie kari
4 biji telor
1/2 biji bawang besar - didadu sedikit daun bawang - dihiris halus1 tangkai cili merah
- dicincang/hiris halus
garam secukup rasa sedikit minyak masak

Cara Membuat :
👇
Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata. Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laa), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.Angkat dan hidangkan dengan sos.

Selamat mencuba 

Resepi Mee Kuah Kelate Superb

0
Resepi Mee Kuah Kelate Superb | Bulan puasa ni , makan yang berkuah lebih sedap ditekak Cek Qaseh tau . Tak kiralah menu dari mee ke , bubur manis ke , bubur lambuk ke,sup ke ataupun sayur . Bagi Cek Qaseh, bila kita berpuasa ni, banyak ai dalam badan dah terhidrat . Jadinya, bila berbuka, kita kena isi semula air yang hilang tu .


Resepi Mee Kuah Kelate Superb


Resepi Mee Kuah Kelate Superb



Hari ini Cek Qaseh nak kongsikan resepi Mee Kuah Kelate yang mudah je membuatnya . Bahasa orang kita, campak - campak je dah siap gitu . Tanpa buang masa , jomlah kita tengok apa bahan - bahan dan cara memasaknya .

Bahan - bahan : 

400 gram mee
10 biji bawang putih 
Udang
Dada ayam@ daging potong
Lada hitam 1 sudu kecil ( tumbuk kasar )
Sawi

tomato 
Lada Merah ( tumbuk kasar )
Telur ikut suka 

perasa

Cara-cara membuatnya :


1- Ketuk bawang putih, 

2- Panaskan minyak untuk menumis.
3- Goreng bawang putih dan lada merah hingga naik bau.
4- Masuk ayam @ 
daging dan tomato. Kacau sebentar sehingga betukar warna .
5- masuk air ikut suka mahu kuah banyak mana.
6- Rebus sampai ayam @ daging empuk . Jangan masak lama sangat . nanti daging jadi liat .
7- Masuk garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam.
8- Masukkan telur sebiji-sebiji ya. Jangan sampai telur hancur . Nak kejadian nampak bulat gitu.

9- masuk udang sayur dan mee .
10- Bila udang dah tukar warna, sayur dah layu, tutup api .

Selamat menjamu selera .

Ayam Golek Resepi Mak Saya

0
AYAM GOLEK . RESEPI MAK SAYA | Ayam golek merupakan antara menu berbuka yang feveret . Kalau korang pergi meronda di bazaar ramadhan , ayam golek mesti ada dijual . Harga ayam golek ni ikut besar ayam dan harga ayam semasa lah. 


AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA


AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA


Ayam golek resepi mak saya ni guna anggaran sahaja sebab ikot yang nisbah mak buat iaitu 3 guni bawang guna untuk satu periuk besar, untuk berniaga. Jadi resepi dibawah adalah untuk nisbah yang boleh buat untuk 2 ekor ayam sahaja.

Bahan-bahan rempah :

Bawang merah bombay -10 bji
bawang putih - 1 labu
Halia-  seketul (saiz 2x ibu jari)
serai - 5 btg
(semua ni ðŸ‘†blend)

serbuk kunyit - 2 sudu kecil
gula melaka - 2 ketol ( boleh pakai nisey /gula kabung/gula nira .belah terengganu kelantan banyak jual)
garam 3sudu kecil

*masak semua bahan di atas ( termasuk bahan blend ) sehingga agak pekat/kering.
Rasa secukup rasa. rempah ni memang agak manis ye. sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
ambil rempah sapu pada ayam n oerap dalam 1jam atau lebih baru bakar.

sos cicah :

cili kering 10 biji - rebus dan blend
bawang putih bakar 5 ulas - blend
cuka - 2 sudu kecil
gula- 3 sudu besar
garam- 1 sudu kecil
tepung jagung.- 1 sudu besar

*masak semua dengan air ,dah didih baru masuk kan tepung jagung. kacau sampai pekat. dah siap. 
bila sos dh sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .

Boleh bakar dalam oven seekor terus atau potong belah bakar mcm Bbq.

selamat mencuba

.
.

Cocktail Selasih Segar Di Tekak

0
Cocktail Selasih Segar Di Tekak | Kalau setiap kali berbuka puasa asyik minum jus , teh , kopi pun jemu juga. Lagi pula, orang berpuasa kan seleranya tinggi . Tekak tu nak saja yang sedap - sedap gitu. Sesuai lak dengan keadaan sekarang yang musim demam dan sakit tekak . Jadi , buatlah minuman yang boleh merawat demam dan sakit tekak.

Cocktail Selasih Segar Di Tekak


Khasiat Biji Selasih


1.  Meningkatkan sistem imutasi.
Selasih juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.
2. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung
Biji selasi membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, berak tidak teratur serta  sembelit.
3. Biji selasih mampu sembuhkan batuk 
Biji selasih memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya yaitu, secangkir teh yang dicampur dengan biji selasih.
4. Mampu meredakan stres
Biji selasih memiliki kesan untuk menenangkan dan bisa memperbaiki suasana hati, ia mampu menyembuhkan kelelahan, syaraf tegang, migrain, dan depresi. Biji bunga kemangi yang satu ini sering digunakan sebagai bahan aromaterapi.
5. Meredakan gangguan pada pernafasan
Teh Halia yang telah dicampur dengan biji selasih serta madu, ia bisa digunakan untuk mengatasi gangguan saluran pernafasan seperti penyakit asma dan bronkitis. Caranya yaitu dengan merebus kedua bahan tersebut bersama segelas air dalam beberapa minit. Setelah dingin, kita saring airnya. Kemudian tambahkan madu secukupnya.
6. Menyembuhkan luka serta infeksi pada kulit
Minyaksemulajadi yang terdapat dalam ekstrak biji selasih bisa digunakan dalam membantu proses penyembuhkan infeksi kulit dan luka di tubuh.
7. Menurunkan kadar gula dalam darah
Menurut sutter gould medical foundation, kemampuan biji selasih untuk membantu menormalkan kadar gula darah. Selain itu, selasih juyga efektif dalam mengontrol gairah makan.
8. Mampu menguatkan tulang
Tanaman yang satu ini memiliki anti inflamasi yang membantu menyembuhkan sakit arthritis. kalsium yang dimiliknya berkegunaan untuk meningkatkan kepistiadatan tulang, serta mencegah tulang keropos (osteoporosis).

Cocktail Selasih Segar Di Tekak


Dah tak sabar nak buat cocktail selasih longan laici ? Jom kita tengok apa bahan dan cara membuatnya . Yang pasti resepi air biji selasih ini tak berseorangan sebab ditemani laici dan longan .


Cocktail Selasih Segar Di Tekak

Bahan bahannya

Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu

Cocktail Selasih Segar Di Tekak

Cara caranya :

Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya , letak biji selasih dan cincau dan nata de coco, perah kan limau nipis ikut suka nak masam macamana.

Air ini tiada nama, Melea minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .

Selamat mencuba.


Kuey Teow Sup Chinese Style

0
KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE | Kuey teow ni memang feveret Cek Qaseh . Suka sebab lembut je bila dimakan . Tapi nak masak Kuey teow ni bukannya mudah tau . Dalam pakaging memang kenyal . Tapi bla dah masuk dalam kuali , mudah je dia jadi lembek . Sebab tu , kalau nak goreng , kena goreng dengan minyak dulu supaya kuey teow kenyal .



KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE




KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE


Kuey teow sup ni tak boleh masak lama ya gais . Sebab kalau masak lama , kuey teow mudah hancur . Cara nak elak kuey teow mudah hancur , kuey teow korang jadi lumat , masukkan kuey teow bila kuah dah mendidih , bila kuey teow dah terlerai satu persatu , terus tutup api .

Cara membuatnya :


Cara buat Kuey Teow Sup ni mudah je gais . Korang follow je langkah-langkah di bawah ni ya . Pastikan semua bahan dah ada depan mata atau pun ada di dalam peti sejuk . Kalau kuang , jangan marah KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE korang tak umph .

Bahan-bahan :


Kuey teow/bihun/mee kuning*
Isi ayam*
Fish ball*
Udang/ketam*
Tauge*
1/2 kiub pati ayam
1/2 kiub pati bilis
Daun kucai
Halia sehiris dua
Bawang putih
Cili padi
Minyak bijan
Kicap
Sos ikan ( takde pun takpe)
Chili flakes (takde pun takpe)

Cara memprosesnya :


1) Panaskan periuk berisi air, campur kiub2 pati ayam & bilis. Masukkan hirisan halia & sedikit garam. Letak sedikit minyak bijan.

2) Celur sekejap semua bahan bertanda * dalam air rebusan di atas. Susun dalam bekas hidangan. Asingkan.

3) Cincang bawang putih & goreng sampai garing. Letakkan bawang sekali dengan minyak dalam mangkuk.

Untuk kicap :


Lada potong + kicap manis/masin + chili flakes + minyak bawang putih + sos ikan.

CARA MENGHIDANG


Susun semua bahan yang dicelur, letak daun kucai, bawang putih bersama minyak & sup mendidih. Siap! Tambah kicap lada potong kalau suka. ðŸ˜‹

Resepi Begedil Tauhu Mudah

0
Resepi Begedil Tauhu Mudah | Hari ini merupakan hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah . Oleh kerana hari in hari Sabtu, Cek Qaseh pasti ramai diantara korang yang mengambil kesempatan beriftar bersama ahli keluaga tercinta .

Resepi Begedil Tauhu Mudah

Tauhu


Tauhu merupakan sejenis makanan yang dipebuat daripada kacang soya . Kacang soya diketahui mengandungi protein yang baik untuk kesihatan . Selain tauhu , kacang soya juga boleh menghasilkan tempe, tauhu kering , dadih , air kacang soya dan juga minyak soya .

Tauhu yang lazimnya dihasilkan dalam bentuk empat segi, memiliki struktur yang lembut menjadikan ianya mudah dimakan . Hanya dengan mengambil beberapa ketul sahaja , tauhu sudah boleh menjadikan pemakannya rasa kenyang .

Banyak jenis resepi yang boleh dimasak menggunakan tauhu sebagai bahan utama atau sampingan . Antara resepi yang popular di bulan puasa adalah Begedil Tauhu.

Resepi Begedil Tauhu Mudah


Dah besedia nak buat Begedil Tauhu ? Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya yang mudah dan ringkas tapi hasilnya sedap dan mengenyangkan.

bahan-bahan :


40 biji tauhu bulat
daging burger ramlee 1 pack. saya suka pakai daging burger sebab dh ada perisa
kentang 8 biji
daun sup
telur 2 biji
daun bawang
bawang besar
cili padi
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :


1. rebus @ goreng kentang - selepas msk,lenyekkan
2. sementara kentang empuk lenyekkan daging burger
3. panaskan minyak, goreng bawang besar yang dipotong bulat. saya lebih suka goreng sendiri dari beli di kedai sebab bau lebih wangi. goreng garing dan angkat.
4. buang sedikit minyak goreng bawang tadi, tumis daging burger sehingga masak,
5. masukkan kentang yang telah dilenyek
6. perasakn dengan lada sulah,lada hitam,dan garam
7. tutup api dan gaulkan dengan daun sup,daun bawang dan bawang goreng tadi.
8. potong sedikit kulit tauhu dan kluarkan isi. gaulkan dengan kentang td dan sumbat semula ke dalam tauhu.
9. panaskan minyak, celupkan tauhu yang telah disumbat dengan telur yang dipukul terlebih dahulu. goreng sehingga garing.pastikan api tidak terlalu besar.

Sambal kicap : 


1. satu cawan cili api
2. kicap
3. bawang putih 3 ulas
1.masukkan cili api + bawang putih + kicap ke dalam blender.
2.sukatan kicap sama paras dengan cili api.
try test rasa sambal kicap dulu kalau terlampau pedas, tambah kicap

Kredit : Intan Shafinas Mohamed Ani‎

Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna

0
Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna | Bila kita beli makanan di luar seperti pisang goreng, ayam goreng dan sebagainya , kita selalu fikir apa rahsia resepi tepung rangup mereka sehingga jadi rangup begitu . Selalunya , pilihan yang kita buat adalah beli tepung rangup segera . Tapi hasilnya tak seperti yang kita harapkan . Pada masa itu kita akan salahkan resepi bancuhan tepung rangup yang diberi tidak tepat .

Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna


RESEPI TEPUNG GORENG RANGUP


Tahukah anda , sebenanya , untuk dapatkan hasil tepung goreng yang rangup, itu bukanlah susah . Ada nisbah yang tertentu / tepat untuk setiap bahan supaya adunan tepung rangup itu menghasilkan tepung rangup yang anda mahukan . Tapi kalau anda derhaka pada resepi tepung rangup, jangan pula marah jika tepung gorengan anda jadi lembek .

Resepi


Resepi tepung goreng rangup dibawah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pisang goreng , malah juga ubi goreng, cempedak goreng, kentang goreng, sukun goreng, kuih kasturi , ayam goreng dan segala jenis gorengan yang anda suka . 

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung beras
2 sb tepung gandum
2 sb tepung kastard
1 sk marjerin
Sedikit garam
Air kapur

Cara membuatnya :

Caranya mudah sahaja . Anda cuma perlu gaulkan semua bahan di atas . Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair .

Kemudian , panaskan minyak . Bila minyak sudah cukup panas, barulah masukkan bahan gorengan .

Kredit resepi ini kepada zalina zolkiply via masak apa hari ni

Selamat mencuba .
.

Resepi Mudah Puding Mangga Ribena

3

Resepi Mudah Puding Mangga Ribena | Bila berpuasa , pencuci mulut dari puding adalah pilihan selain buah - buahan . Nak lagi best , simpan dulu puding tu dalam ais box . Masa nak iftar baru keluarkan . Bila makan , rasa sejuk dan segar je di tekak . 

Untuk  menghasilkan puding mangga ribena , Cynta menggunakan dadih segera dan agar - agar tali . Masak keduanya secara berasingan .


Puding Mangga Ribena


Dadih Mangga 


Menghasilkan dadih mangga , pembaca hanya perlukan sebungkus dadih segera perasa mangga . Masak ikut arahan yang diberikan di belakang bungkusan . Mudah sahaja kan .

Agar - Agar Ribena 


Manakala untuk membuat agar - agar ribena , prosesnya agak banyak . Langkah yang pembaca perlu lakukan 
  • rendam agar - agar dalam 3 atau 4 jam supaya mudah larut bila di masak 
  • ambil 25 gram agar - agar dan masak bersama 1300 atau 1400 ml cecair 
  • masukkan gula dan jus ribena selepas agar - agar benar - benar larut .
  • bila gula dan jus dah sebati , tutup api .


Resepi Mudah Puding Mangga Ribena 

Selepas dadih mangga dan agar - agar ribena masak , masukkan sedikit dadih mangga ke dalam acuan . Selepas itu , masukkan pula cecair agar - agar ribena di sebelahnya . Ulang proses itu dan letakkan berselang seli sehingga habis . Hasilnya seperti di bawah ini .






Cara Mudah Jeruk Asam Boi

0


Cara Mudah Jeruk Asam Boi | Asam merupakan makanan yang dijeruk . Umumnya , ramai wanita amat menyukai jeruk samada jeruk basah ataupun jeruk kering . Selalunya pemakanan jeruk ini melibatkan wanita mengandung dengan tujuan untuk menghilangkan rasa loya pada tekak . 


Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Asam Boi


Asam Boi merupakan buah yang dikeringkan bersama bahan - bahan perasa , pewarna dan pengawet untuk dijadikan makanan ringan ataupun kudap - kudapan . Asam boi mula dihasilkan di China malah sehingga kini masih dikeluarkan oleh negara besar itu .

Asam boi selain boleh dijadikan bahan campuran dalam jeruk , ianya boleh dikisar halus untuk ditaburkan pada buah-buahan , menjadi bahan campuran dalam air , dimakan sebagai penghilang loya dan menjadi hidangan di ahun Baru China .

Cara Mudah Jeruk Asam Boi


Cara membuat jeruk asam boi sangatlah mudah . Semudah campak semua bahan ke dalam satu bekas dan simpan semalaman . Yang penting , bahan utamanya iaitu asam boi ada bersama .

Jeruk Asam Boi


Untuk menghasilkan jeruk asam boi , anda hanya perlukan asam boi tak kiralah yang berwarna putih ataupun merah , bahan yang anda hendak jeruk dan juga cili padi yang dihiris untuk kesan yang pedas . Selepas semua bahan tersebut bersatu di dalam bekas , anda hanya perlu simpan semalaman di dalam peti sejuk . Keeseokan harinya , anda sudah boleh memakan jeruk asam boi tersebut .

Air Kapur


Untuk mengekalkan kerangupan bahan yang hendak dijeruk , anda perlulah merendam bahan tersebut di dalam air kapur sekurang- kurangnya 15 minit . Selepas 15 minit , bolehlah anda cuci bersih dan masukkan ke dalam bekas bersama bahan lainnya .

Berikut adalah conton buahan yang anda boleh jadikan jeruk asam boi .


Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi

Cara Mudah Jeruk Asam Boi





Resepi Mudah Sup Tulang

1

Resepi Mudah Sup Tulang | Sup tulang merupakan sup kegemaran ramai orang terutama sup gear box . Sup tulang boleh saja menggunakan tulang lembu atau kambing . Sup tulang boleh dimakan bersama nasi himpit , mee dan boleh juga dimakan ala soto .


Sup Tulang Ramadhan


Resepi Mudah Sup Tulang


Nak masak sup tulang ni kena gunakan periuk tekanan kalau nak cepat masak . Selalunya cuma ambil masa satu jam sahaja untuk lembut . Daging pada tulang yang lembut , bukan tulang ya ... hehehee . Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk resepi mudah sup tulang .

Bahan - bahannya


Untuk hasilkan sup tulang , anda perlukan :
  • tulang lembu / kambing
  • serai
  • halia
  • garam
  • air
  • sup bunjut

Cara Membuatnya


Masukkan kesemua kesemua bahan di atas ke dalam periuk tekanan . Biarkan selama satu jam . Selepas itu anda perlu buat bahan tumisan iaitu :
  • kayu manis , bunga lawang dan buah pelaga .
  • bawang merah di mayang halus
  • bawang putih mayang halus
  • serai dititik
  • daun limau purut
  • kiub pati ayam
  • minyak

Setelah selesai semua bahan di atas , 
  1. panaskan kuali bersama sedikit minyak . 
  2. masukkan kayu manis , buah pelaga , bunga lawang , bawang merah , bawang putih , serai dan daun limau purut . Goreng hingga kekuningan .
  3. Masukkan kiub pati ayam . Kacau mesra .
  4. Masukkan sedikit sup tulang . 
  5. Bila sudah mendidih , masukkan ke dalam sup tulang . Kacau hingga mesra .
  6. Keluarkan dan masukan di dalam mangkuk .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade

0

Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade | Oleh kerana kami ni suka sangat makan ais krim , buat ais krim sendiri di rumah itu lebih menjimatkan . Bahan - bahan untuk buat ais krim sendiri di rumah pun mudah didapatkan di kedai ataupun pasaraya . Kalau beli yang dah siap di kedai , satu bekas taperware pun dah lebih RM5 kan .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade 


Dah ramai bloggers kongsikan cara mudah buat ais krim homemade ni . Pun begitu , di sini nak kongsikan juga resepi mudah buat ais krim homemade supaya senang  nak semak nanti bila terasa nak buat ais krim sendiri di rumah lagi di masa akan datang . Kot masa tu  lupa lak resepinya kan .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade


 Bahan - bahan yang anda perlukan untuk buat ais krim homemade adalah seperti berikut :

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar ovelette
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 3 sudu sirap strawberi
  • 1 cawan serbuk koko

Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade



Bila semua bahan di atas sudah sedia , langkah pertama membuat ais krim homemade adalah masukkan susu cair , susu pekat manis , telur dan ovelette ke dalam bekas .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade


Selepas itu , putar adunan ais krim homemade sehingga menjadi pekat / kembang dalam masa lebih kurang 20 minit . Kalau nak guna blender pun boleh juga .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade


Kemudian , Bahagikan adunan ais krim homemade kepada tiga bahagian . Bahagian pertama masukkan essen vanilla . Bahagian kedua masukkan sirap strawberi dan bahagian ketiga masukkan serbuk koko .


Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade


Bila dah selesai berikan perasa pada ais krim homemade , masukkan ke dalam bekas . Tepulanglah sama ada nak letak ais krim homemade secara berasingan ataupun dalam satu bekas sahaja .

Lepas itu , simpanlah dalam peti sejuk beku anda ais krim homemade tu sampai beku .





Resepi Mudah Pankek Piza

0

Resepi Mudah Pankek Piza | Pankek atau lempeng adalah sajian yang sangat mudah disediakan . Dari kecil lagi sudah biasa menghadap lempeng . Walaupun dah selalu makan lempeng , saya masih tak jemu sebab pankek kosong boleh di makan dengan sambal ikan bilis , kari ayam dan gula . Memang sedap !

Pankek Piza Ramadhan


Resepi Mudah Pankek Piza 

Resepi pankek piza terhasil dari gabungan pankek yang dimasak dan dihias seperti piza . Cuma , untuk resepi pankek piza ni , hanya menggunakan telur untuk menggantikan keju pada piza .

Nak buat pankek piza ni taklah susah sangat pun . Caranya sama saja dengan buat pankek atau lempeng biasa . Cuma ada tambahan masa memasaknya . Berikut adalah cara membuat pankek piza .

Bahan - bahan :

  • tepung gandum
  • air
  • garam
  • minyak
  • sebiji telur
  • bawang besar di mayang halus
  • daun bawang 
  • cili padi 
  • cendawan tiram potong dadu
  • telur yang dikacau


Pankek Piza Ramadhan


Cara Membuatnya :


1- Masukkan tepung gandum , air , garam . telur dan minyak . Kacau sebati sehingga menjadi adunan yang cair .

2- Panaskan kuali leper , masukkan satu senduk adunan tepung dan ratakan .

3- Apabila adunan hampir masak , tuangkan telur yang telah di kacau sekadar menutupi adunan pankek .

4- Taburkan bawang , cili padi , daun bawang dan cendawan tiram .

5- Tutup pankek dan biarkan sehingga telur masak atau anda boleh saja terbalikkan sekejap sebelum diangkat .

6- Tuangkan sos ke atas pankek piza dan hidangkan .


Pankek Piza Ramadhan


Mudah Dan Mengenyangkan 


Kalau pembaca jenis yang berdiet , makan sekeping pankek piza pun sudah mengenyangkan perut . Pankek piza ni sangat sesuai untuk dibuat hidangan berbuka puasa sebab sangat mudah dan cepat .