Daging Black Paper
Kalau anda seorang bujang, mahukan hidangan yang simple, anda boleh cuba resepi daging masak black paper.
Hanya dengan satu hidangan daging black paper, anda dah dapat sajian yang lengkap. Ini kerana selain daging, anda juga boleh masukkan sayuran seperti kacang panjang, carrot dan bunga kobis sebagai sampuran.
RESEPI DAGING BLACK PEPPER
Bahan -bahan:
DagingBawang putih 4 ulas (tumbuk)
Bawang holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2 sudu (tumbuk)
Optional :
Capsicum hijau 1 biji
Tomato 2 biji
Carrot
Daun bawang
Garam, gula, bahan perasa
Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkan bawang putih.Kemudian masukkan sos blackpepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
Selepas itu masukkan garam, gula dan bahan perasa.
Akhir sekali, masukkan carrot, lada capsicum. Bila sayur dah hampir masak dan lembut, masukkan pula tomato, bawang Holland dan daun bawang.
Ok dah siap!
Kredit resepi ini kepada fatimah ibrahim #mahn
.
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon