Roti Bamboloni Gebu

Roti Bamboloni Gebu

Bomboloni merupakan sejenis roti. Bentuknya seperti pau juga seperri roti burger. Texturnya lembut dan gebu. Bila dikunyah cair dimulut.

Pembuatan bamboloni ni sangat mudah. Prosesnya sama seperti membuat, roti. Bezanya, buat lubang kecil di tengah masukkan inti. Boleh gunakan apa sahaja inti yang anda suka.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/roti-bomboloni-gebu.html

RESEPI BAMBOLONI GEBU
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
Bahan-bahan:
• 1/2 cawan susu segar (suam-suam kuku)
• 2 sb gula
• 1 sb yis
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 sk garam
• 1 sk esen vanila
• 1 biji telur
• 2 sb mentega (sejuk)
‍‍‍‍‍‍
Cara-cara:
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih, lebih kurang 15-20 minit.
2. Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur, pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung, pukul atau uli sehingga sebati.
4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
6. Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1 cm dan tekap bulat.
7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing, minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk
menggoreng.
9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing, jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula castor dan cinnamon, kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu, siap.
‍‍‍‍‍‍
Resepi: Norah Aniza
.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon