Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Daging Black Paper

0

Daging Black Paper


Kalau anda seorang bujang, mahukan hidangan yang simple, anda boleh cuba resepi daging masak black paper.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/daging-black-paper.html


Hanya dengan satu hidangan daging black paper, anda dah dapat sajian yang lengkap. Ini kerana selain daging, anda juga boleh masukkan sayuran seperti kacang panjang, carrot dan bunga kobis sebagai sampuran.

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:

Daging
Bawang putih 4 ulas (tumbuk)
Bawang holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2 sudu (tumbuk)

Optional :
Capsicum hijau 1 biji
Tomato 2 biji
Carrot
Daun bawang

Garam, gula, bahan perasa
Minyak masak

Cara Masak:

Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkan bawang putih.

Kemudian masukkan sos blackpepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.

Selepas itu masukkan garam, gula dan bahan perasa.

Akhir sekali, masukkan carrot, lada capsicum. Bila sayur dah hampir masak dan lembut, masukkan pula tomato,  bawang Holland dan daun bawang.

Ok dah siap!

Kredit resepi ini kepada fatimah ibrahim #mahn
.

Resepi Mudah Masak Steak Daging

0


Resepi Mudah Masak Steak Daging | Setiap kali dapat daging kurban , setiap kali itulah akan dibuat steak tapi setiap kali itulah tak menjadi . Tak menjadi tu maksudnya steak daging kurban yang dipanggang itu agak keras untuk dimakan . Alhamdulillah , kali ini menjadi pula steak daging kurban .

Resepi Mudah Masak Steak Daging

Daging Steak


Kalau anda nak daging steak lembut bila di makan , dapatkan daging tanderlion . Jika anda mahu daging cepat lembut bila dimasak , anda perlulah tahu ira ( alur / jalur struktur ) daging tu arah mana . Selepas itu , potonglah melintang arah ira . Jangan potong selari dengan garis struktur daging .


Resepi Mudah Masak Steak Daging

Resepi Mudah Masak Steak


Sebahagian daging kurban kali ini , macam biasa , saya cuba buat steak daging . Alhamdulillah  , steak daging kurban kali ini menjadi . Justeru itu , di sini saya kongsikan dengan anda semua resepi mudah masak steak daging untuk dicuba .


Resepi Mudah Masak Steak Daging

Bahan Perap 

  • Daging
  • Ketumbar
  • Jintan Manis
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit
  • Bawang Putih
  • Kicap lemak manis
  • pes cili
  • lemon 
  • garam
  • mentega

Cara Membuatnya :


1- Tumbuk kasar ketumbar , jintan manis , serai , halia , kunyit dan bawang putih .

2- Keluarkan letakkan di atas daging .

3- Masukkan kicap , pes cili , sedikit garam dah perahan lemon .

4- Gaul mesra semua bahan dengan daging .

5- Simpan semalaman / sehari / setengah hari sebelum dipanggang .


Resepi Mudah Masak Steak Daging

Cara Memanggang


1- Panaskan kuali leper dengan api sederhana . Masukkan sedikit mentega . Kalau gunakan minyak zaitun lagi bagus .

2- Bila kuali dah benar - benar panas , letakkan daging steak . 

3- Bila daging steak bertukar warna , segera terbalikkan dan tutup kuali .

4- Dalam 3 minit selepas itu , buka penutup dan terbalikkan daging sekali lagi kemudian tutup lagi .

5- Ulang proses 4 sekerap yang mungkin untuk selakkan bahagian daging overheat .

6- Apabila bentuk daging sudah melengkung itu tandanya daging sudah boleh diangkat / masak . 

7- Proses memanggagn daging tidak boleh lebih dari 15 minit .

Apabila anda hiris daging steak yang baru selesai dimasak , anda akan dapati daging tersebut berjus  / lembab dan dbahagian dalam daging steak tiada warna merah .




Cara Mudah Lembutkan Daging

0

Cara Mudah Lembutkan Daging | Daging merupakan sajian yang disukai kebanyakah kita tak kiralah sama ada daging kambing atau daging lembu . Selaunya daging akan menjadi sajian utama untuk menu arab , menu dimajlis perkahwinan , menu di hari raya dan sebagainya .

Daging 


Tak kira apa jenis daging sekalipun , ada daging yang mudah lembut dimasak , ada juga daging yang dimasak berjam-jam walaupun guna periuk tekanan tapi masih tak mahu lembut juga .

Sama ada daging itu lembut atau keras bila dimasak adalah mengikut bahagian mana daging itu diambil di sampin teknik memasak yang betul .


Cara Mudah Lembutkan Daging

Cara Mudah Lembutkan Daging


Banyak cara untuk lembutkan daging kalau ikut petua orang tua kita . Selalunya cara yang popular adalah masak daging tu sehingga lembut walaupun berjam - jam lamanya . Mau habis terus gas tu dibuatnya . Pun begitu , sebenarnya ada cara mudah untuk lembutkan daging yang anda patut cuba .

Lemon


Cara mudah untuk lembutkan daging , anda cuma perlu perap daging tu dengan lemon . Selain itu boleh juga gunakan asam jawa . Persamaan asam jawa dan lemon adalah masam / asid sitrik . Asid inilah yang membantu daging untuk merungkai urat - uratnya supaya mudah lembut bila dimasak .

Cara Memotong


Selain itu , cara anda memotong daging juga perlu diambi kira . Sebelum memtong , anda perlu pastikan ira daging itu menegak ataupun melintang . Sekiranya menegak , anda perlu potong daging itu secara melintang dan begitu juga jika sebaliknya .

Tempoh Memasak


Daging sama juga seperti makanan laut yang tak perlu dimasak lama . Lagi lama anda masak , lagi keras daging tersebut . Seeloknya anda masak daging diantara 15 hingga 30 minit sahaja .

Bahagian Daging


Kalau anda nak daging anda cepat lembut , belilah daging bahagian tanderloin . Daging tenderloin ni terletak pada bahagian pinggang berdekatan dengan ginjal . Oleh kerana otot - oto daging pada bahagian ini kurang bergerak , maka dagingnya jadi lembut dan mudah untuk dimasak . Mudah saja untuk anda membelinya di pasaraya tetapi harganya lebih mahal dari daging bahagian lain .


Petua Orang Tua


Ada nenek moyang kita yang menggunakan pelbagai kaedah dan campuran bertujuan untuk melembutkan daging . Antaranya 
  • memasak daging bersama daun nangka
  • memasak daging bersama sudu dan garfu
  • memasak daging berjam - jam sehingga daging jadi lembut
  • memasak daging dengan mencampurkan buah keras ke dalamnya
  • memasak daging bersama betik muda
  • memasak daging bersama tempe

Hanya satu petua oran tua yang selalu digunakan untuk melembutkan daging iaitu masak berjam - jam hingga lembut . Sekarang , cuma perlu masak daging dalam masa kurang dari 30 minit saja untuk lembutkan daging menggunakan periuk tekanan selain perap dahulu bersama lemon .