Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade | Oleh kerana kami ni suka sangat makan ais krim , buat ais krim sendiri di rumah itu lebih menjimatkan . Bahan - bahan untuk buat ais krim sendiri di rumah pun mudah didapatkan di kedai ataupun pasaraya . Kalau beli yang dah siap di kedai , satu bekas taperware pun dah lebih RM5 kan .
Resepi Mudah Buat Ais Krim Homemade
Dah ramai bloggers kongsikan cara mudah buat ais krim homemade ni . Pun begitu , di sini nak kongsikan juga resepi mudah buat ais krim homemade supaya senang nak semak nanti bila terasa nak buat ais krim sendiri di rumah lagi di masa akan datang . Kot masa tu lupa lak resepinya kan .
Bahan - bahan yang anda perlukan untuk buat ais krim homemade adalah seperti berikut :
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 biji telur
- 1 sudu besar ovelette
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 3 sudu sirap strawberi
- 1 cawan serbuk koko
Bila semua bahan di atas sudah sedia , langkah pertama membuat ais krim homemade adalah masukkan susu cair , susu pekat manis , telur dan ovelette ke dalam bekas .
Selepas itu , putar adunan ais krim homemade sehingga menjadi pekat / kembang dalam masa lebih kurang 20 minit . Kalau nak guna blender pun boleh juga .
Kemudian , Bahagikan adunan ais krim homemade kepada tiga bahagian . Bahagian pertama masukkan essen vanilla . Bahagian kedua masukkan sirap strawberi dan bahagian ketiga masukkan serbuk koko .
Bila dah selesai berikan perasa pada ais krim homemade , masukkan ke dalam bekas . Tepulanglah sama ada nak letak ais krim homemade secara berasingan ataupun dalam satu bekas sahaja .
Lepas itu , simpanlah dalam peti sejuk beku anda ais krim homemade tu sampai beku .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon