Ayam Golek Resepi Mak Saya

AYAM GOLEK . RESEPI MAK SAYA | Ayam golek merupakan antara menu berbuka yang feveret . Kalau korang pergi meronda di bazaar ramadhan , ayam golek mesti ada dijual . Harga ayam golek ni ikut besar ayam dan harga ayam semasa lah. 


AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA


AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA


Ayam golek resepi mak saya ni guna anggaran sahaja sebab ikot yang nisbah mak buat iaitu 3 guni bawang guna untuk satu periuk besar, untuk berniaga. Jadi resepi dibawah adalah untuk nisbah yang boleh buat untuk 2 ekor ayam sahaja.

Bahan-bahan rempah :

Bawang merah bombay -10 bji
bawang putih - 1 labu
Halia-  seketul (saiz 2x ibu jari)
serai - 5 btg
(semua ni πŸ‘†blend)

serbuk kunyit - 2 sudu kecil
gula melaka - 2 ketol ( boleh pakai nisey /gula kabung/gula nira .belah terengganu kelantan banyak jual)
garam 3sudu kecil

*masak semua bahan di atas ( termasuk bahan blend ) sehingga agak pekat/kering.
Rasa secukup rasa. rempah ni memang agak manis ye. sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
ambil rempah sapu pada ayam n oerap dalam 1jam atau lebih baru bakar.

sos cicah :

cili kering 10 biji - rebus dan blend
bawang putih bakar 5 ulas - blend
cuka - 2 sudu kecil
gula- 3 sudu besar
garam- 1 sudu kecil
tepung jagung.- 1 sudu besar

*masak semua dengan air ,dah didih baru masuk kan tepung jagung. kacau sampai pekat. dah siap. 
bila sos dh sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .

Boleh bakar dalam oven seekor terus atau potong belah bakar mcm Bbq.

selamat mencuba

.
.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon