Resepi Mudah Pankek Piza


Resepi Mudah Pankek Piza | Pankek atau lempeng adalah sajian yang sangat mudah disediakan . Dari kecil lagi sudah biasa menghadap lempeng . Walaupun dah selalu makan lempeng , saya masih tak jemu sebab pankek kosong boleh di makan dengan sambal ikan bilis , kari ayam dan gula . Memang sedap !

Pankek Piza Ramadhan


Resepi Mudah Pankek Piza 

Resepi pankek piza terhasil dari gabungan pankek yang dimasak dan dihias seperti piza . Cuma , untuk resepi pankek piza ni , hanya menggunakan telur untuk menggantikan keju pada piza .

Nak buat pankek piza ni taklah susah sangat pun . Caranya sama saja dengan buat pankek atau lempeng biasa . Cuma ada tambahan masa memasaknya . Berikut adalah cara membuat pankek piza .

Bahan - bahan :

  • tepung gandum
  • air
  • garam
  • minyak
  • sebiji telur
  • bawang besar di mayang halus
  • daun bawang 
  • cili padi 
  • cendawan tiram potong dadu
  • telur yang dikacau


Pankek Piza Ramadhan


Cara Membuatnya :


1- Masukkan tepung gandum , air , garam . telur dan minyak . Kacau sebati sehingga menjadi adunan yang cair .

2- Panaskan kuali leper , masukkan satu senduk adunan tepung dan ratakan .

3- Apabila adunan hampir masak , tuangkan telur yang telah di kacau sekadar menutupi adunan pankek .

4- Taburkan bawang , cili padi , daun bawang dan cendawan tiram .

5- Tutup pankek dan biarkan sehingga telur masak atau anda boleh saja terbalikkan sekejap sebelum diangkat .

6- Tuangkan sos ke atas pankek piza dan hidangkan .


Pankek Piza Ramadhan


Mudah Dan Mengenyangkan 


Kalau pembaca jenis yang berdiet , makan sekeping pankek piza pun sudah mengenyangkan perut . Pankek piza ni sangat sesuai untuk dibuat hidangan berbuka puasa sebab sangat mudah dan cepat . 


Artikel Terkait

  • Daging Black Paper Daging Black Paper Kalau anda seorang bujang, mahukan hidangan yang simple, anda boleh cuba resepi daging masak blac
  • Mee Ketam Sup Tulang Mee Ketam Sup Tulang | Pelbagai hidanan mee boleh kita hasilkan . Sama ada mee goreng , mee berkuah pekat atau mee b
  • Resepi Sup Telur Mee Resepi Sup Telur Mee | Selalunya, bila resepi kita buat sendiri, kita akan fikir nama apa nak bagi . Setiap menu
  • Resepi Mudah Nasi Ulam Resepi Mudah Nasi Ulam | Cynta pasti , ramai para ibu di luar sana pening hendak masak juadah berbuka apa untuk

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng