Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna

Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna | Bila kita beli makanan di luar seperti pisang goreng, ayam goreng dan sebagainya , kita selalu fikir apa rahsia resepi tepung rangup mereka sehingga jadi rangup begitu . Selalunya , pilihan yang kita buat adalah beli tepung rangup segera . Tapi hasilnya tak seperti yang kita harapkan . Pada masa itu kita akan salahkan resepi bancuhan tepung rangup yang diberi tidak tepat .

Resepi Tepung Goreng Rangup Pelbagai Guna


RESEPI TEPUNG GORENG RANGUP


Tahukah anda , sebenanya , untuk dapatkan hasil tepung goreng yang rangup, itu bukanlah susah . Ada nisbah yang tertentu / tepat untuk setiap bahan supaya adunan tepung rangup itu menghasilkan tepung rangup yang anda mahukan . Tapi kalau anda derhaka pada resepi tepung rangup, jangan pula marah jika tepung gorengan anda jadi lembek .

Resepi


Resepi tepung goreng rangup dibawah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pisang goreng , malah juga ubi goreng, cempedak goreng, kentang goreng, sukun goreng, kuih kasturi , ayam goreng dan segala jenis gorengan yang anda suka . 

Bahan-bahannya :

1 cawan tepung beras
2 sb tepung gandum
2 sb tepung kastard
1 sk marjerin
Sedikit garam
Air kapur

Cara membuatnya :

Caranya mudah sahaja . Anda cuma perlu gaulkan semua bahan di atas . Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair .

Kemudian , panaskan minyak . Bila minyak sudah cukup panas, barulah masukkan bahan gorengan .

Kredit resepi ini kepada zalina zolkiply via masak apa hari ni

Selamat mencuba .
.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon