Resepi Mudah Sup Tulang


Resepi Mudah Sup Tulang | Sup tulang merupakan sup kegemaran ramai orang terutama sup gear box . Sup tulang boleh saja menggunakan tulang lembu atau kambing . Sup tulang boleh dimakan bersama nasi himpit , mee dan boleh juga dimakan ala soto .


Sup Tulang Ramadhan


Resepi Mudah Sup Tulang


Nak masak sup tulang ni kena gunakan periuk tekanan kalau nak cepat masak . Selalunya cuma ambil masa satu jam sahaja untuk lembut . Daging pada tulang yang lembut , bukan tulang ya ... hehehee . Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk resepi mudah sup tulang .

Bahan - bahannya


Untuk hasilkan sup tulang , anda perlukan :
  • tulang lembu / kambing
  • serai
  • halia
  • garam
  • air
  • sup bunjut

Cara Membuatnya


Masukkan kesemua kesemua bahan di atas ke dalam periuk tekanan . Biarkan selama satu jam . Selepas itu anda perlu buat bahan tumisan iaitu :
  • kayu manis , bunga lawang dan buah pelaga .
  • bawang merah di mayang halus
  • bawang putih mayang halus
  • serai dititik
  • daun limau purut
  • kiub pati ayam
  • minyak

Setelah selesai semua bahan di atas , 
  1. panaskan kuali bersama sedikit minyak . 
  2. masukkan kayu manis , buah pelaga , bunga lawang , bawang merah , bawang putih , serai dan daun limau purut . Goreng hingga kekuningan .
  3. Masukkan kiub pati ayam . Kacau mesra .
  4. Masukkan sedikit sup tulang . 
  5. Bila sudah mendidih , masukkan ke dalam sup tulang . Kacau hingga mesra .
  6. Keluarkan dan masukan di dalam mangkuk .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Hasif
AUTHOR
22 June 2015 at 18:01 delete

Nampak sedap nie... Sup tulang/.
Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya

Belajar Keyword Menggunakan Adwords

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon