Resepi Begedil Tauhu Mudah

Resepi Begedil Tauhu Mudah | Hari ini merupakan hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah . Oleh kerana hari in hari Sabtu, Cek Qaseh pasti ramai diantara korang yang mengambil kesempatan beriftar bersama ahli keluaga tercinta .

Resepi Begedil Tauhu Mudah

Tauhu


Tauhu merupakan sejenis makanan yang dipebuat daripada kacang soya . Kacang soya diketahui mengandungi protein yang baik untuk kesihatan . Selain tauhu , kacang soya juga boleh menghasilkan tempe, tauhu kering , dadih , air kacang soya dan juga minyak soya .

Tauhu yang lazimnya dihasilkan dalam bentuk empat segi, memiliki struktur yang lembut menjadikan ianya mudah dimakan . Hanya dengan mengambil beberapa ketul sahaja , tauhu sudah boleh menjadikan pemakannya rasa kenyang .

Banyak jenis resepi yang boleh dimasak menggunakan tauhu sebagai bahan utama atau sampingan . Antara resepi yang popular di bulan puasa adalah Begedil Tauhu.

Resepi Begedil Tauhu Mudah


Dah besedia nak buat Begedil Tauhu ? Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya yang mudah dan ringkas tapi hasilnya sedap dan mengenyangkan.

bahan-bahan :


40 biji tauhu bulat
daging burger ramlee 1 pack. saya suka pakai daging burger sebab dh ada perisa
kentang 8 biji
daun sup
telur 2 biji
daun bawang
bawang besar
cili padi
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :


1. rebus @ goreng kentang - selepas msk,lenyekkan
2. sementara kentang empuk lenyekkan daging burger
3. panaskan minyak, goreng bawang besar yang dipotong bulat. saya lebih suka goreng sendiri dari beli di kedai sebab bau lebih wangi. goreng garing dan angkat.
4. buang sedikit minyak goreng bawang tadi, tumis daging burger sehingga masak,
5. masukkan kentang yang telah dilenyek
6. perasakn dengan lada sulah,lada hitam,dan garam
7. tutup api dan gaulkan dengan daun sup,daun bawang dan bawang goreng tadi.
8. potong sedikit kulit tauhu dan kluarkan isi. gaulkan dengan kentang td dan sumbat semula ke dalam tauhu.
9. panaskan minyak, celupkan tauhu yang telah disumbat dengan telur yang dipukul terlebih dahulu. goreng sehingga garing.pastikan api tidak terlalu besar.

Sambal kicap : 


1. satu cawan cili api
2. kicap
3. bawang putih 3 ulas
1.masukkan cili api + bawang putih + kicap ke dalam blender.
2.sukatan kicap sama paras dengan cili api.
try test rasa sambal kicap dulu kalau terlampau pedas, tambah kicap

Kredit : Intan Shafinas Mohamed Ani

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon