Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah

0
Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah| Zaman kanak kanak dulu, bila masuk je bulan ramadhan, bonda saya akan buat roti canai. Hari lain selain bulan puasa, ikut kerajinan sebab prosesnya leceh.

Nak buat prata / roti canai ni banyak langkah langkah yang perlu dibuat. Bermula dari malam hari dengan mengadun tepung, menguli kemudian simpan. Esok pagi barulah proses tebar dan masak atas api.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


Berikut resepi mudah prata / Roti Canai langkah demi langkah dari chef Sue M Arukin yang boleh korang cuba.

RESEPI MUDAH BUAT PRATA/ROTI CANAI

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum
400ml air (air biasa saja)
60ml minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
60gram susu pekat manis
1 sudu teh garam halus
Mentega/Marjerin secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, garam, minyak dan susu pekat manis ke dalam mangkuk pengadun. Uli dengan kelajuan perlahan.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


2. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk pengadun dan teruskan uli hingga membentuk doh yang tak melekat di mangkuk pengadun. Kuantiti air mungkin perlu di kurangkan jika doh dah tak melekat. Uli selama 10-12 minit pada kelajuan medium.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


3. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun lalu sambung uli atas papan pencanai. Bulat-bulatkan doh sebesar separuh penumbuk atau boleh timbang 70-80gram sebiji.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


4. Susun doh di dalam loyang yang dah disapu mentega/marjerin. Beruskan lagi mentega/marjerin diatas doh-doh yang di susun dalam loyang tadi. Tutup dengan cling wrap dan biarkan semalaman (10-12 jam pun tak apa) atas meja (suhu bilik/biasa, bukan simpan dalam fridge).

5. Untuk menebar, gunakan bahagian belakang dulang/loyang bersaiz besar yang disapu minyak. Canaikan senipis mungkin dengan cara menarik-narik doh ke bahagian tepi loyang hingga nipis. Kemudian angkat satu hujung doh dan gulung. Jika suka boleh tambah apa2 yang disukai seperti hirisan pisang, taburan gula, bancuhan telur dan sebagainya.

6. Panaskan sedikit minyak di kuali leper kemudian letakkan roti tadi dan goreng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian.

Hidangkan roti canai / prata panas dengan kuah dhal, kari ayam atau apa-apa jenis sambal tumis. Enjoy!

*Saya uli doh ini jam 4pm semalam dan canai pagi tadi jam 8am. Lagi lama perap lagi lembut roti canai.

#recipebychefsuearukin
.

Resepi Risoles

0

Risoles.


Risoles ni sekali pandang macam popia. Ia memang dari keluarga popia. Cuma kulitnya tidak menggunakan kulit popia yang ada di pasaran. Sebaliknya ia menggunakan pankek atau lempeng.

Boleh juga dianggap sebagai ketayap goreng berinti . Cuma ketayap ini berinti kentang, bersalut serbuk roti, kemudian digoreng.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Risoles merupakan hidangan simple yang sangat sesuai untuk sarapan dan hi-tea. Boleh juga dibuat potluck dan makanan untuk picnic.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Resepi Risoles

Bahan-bahan untuk inti.

bawang putih 2 ulas dipotong dadu
bawang besar 1 biji yg besar..dipotong dadu
daging cincang dlm 200gram
tepung jagung 1 sudu(bancuh tuk memekatkan )
lada hitam sikit tumbuk
lada sulah sikit
kentang 1 biji dipotong dadu
daun bawang dihiris
lada merah buang biji dan potong dadu
lobak merah dipotong dadu jgk..
sedikit air..
serbuk roti..

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html


Cara memasaknya.

1/ tumis bawang besar dan bawang putih..naik bau..
2/ masukkkan daging cincang kentang dan lobak merah.
3/ tambh sedikit air. biar masak sekejap.
kentang dan lobak merah tadi empuk, dah masak semua,
4/ masukkan lada hitam, lada sulah dan garam sedikit. dah kering air,
5/ masukkan lada merah, daun bawang kacau sekeja.
6/ tuang bancuhan tepung jagung tadi.

siap. masuk dalam mangkuk. sejukkan sekejap.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Kulit Risoles


untuk kulit risoles, cara sama macam kita nak buat kuih ketayap..

tepung gandum 2 cawan..
santan  1 cawan..
air dlm 3 cawan..
telur 2 biji (tuk golekkan dkat risoles )
sedikit mnyk masak..
serbuk roti secukupnya


https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/resepi-risoles.html

Cara membuatnya.


1/ satukan semua bahan..
2/ kemudian blend sekejap...
3/ keluarkan tengok kepekatannya. kalau pekat sangat tambh air sedikit. agak2 jangan pekat jangan cair.
4/ kemudian masak atas kuali leper. macam nak buat kuih ketayap.
5/ angkat, segera letak daging cincang yang dah masak tadi. balutkan.
6/ kemudian celup dlm telur dan salut dengan serbuk roti.
7/ kemudian goreng dengan minyak yang sedikit. kalau banyak nanti, risoles tu berminyak sangat. muak makan.

Kredit : Gee Kamal via MAHNi
.

Resepi Mudah Tortia Twister

1

Resepi Mudah Tortia Twister | Tortia ni sebenarnya makanan orang maxico . Kulit tortia ni ada dijual di pasaraya di bahagian froze food . Kulit tortia ni lebih kurang macam roti canai segera tapi nipis lah . Lebih mirip capati sebenarnya . Selalunya kulit tortia ni makan cecah dengan kari ayam atau sambal ikan bilis je sama macam kita makan capati segeralah . 


Resepi Mudah Tortia Twister

Resepi Mudah Tortia Twister


Bulan puasa ni kan kalau boleh nak buat hidangan yang ringkas tapi mengenyangkan . Maklumlah , balik dari kerja , masa dah suntuk nak memasak bagai . Jadinya , Cynta cadangkan pembaca cuba saja resepi tortia twister ini .

Bahan - bahan :


  • Kulit tortia segera
  • timun potong jejari
  • ayam goreng di carik - carik
  • salad 
  • lobak merah potong jejari
  • sos cili

Cara membuatnya :


1- Letakkan kulit tortia di atas kuali leper yang sudah panas . Bolak balikkan hingga masak .

2- Letakkan kulit tortia yang sudah masak di atas pinggan .

3- Letakkan daun salad , timun , ayam goreng , lobak merah dan sos cili .

4- Katupkan kulit tortia berbentuk twister seperti di atas .



~ Air Tangan Cynta Zaa ~



Roti Sandwich Bersalut Telur

2

Roti Sandwich Bersalut Telur | Roti sandwich memudahkan kita bila pening atau tak tahu nak sarapan apa . Selain dari dibuat sandwich , roti sandwich juga boleh dioleskan dengan jem dan mentega juga madu .

Telor


Telur merupakan suber protei yang tinggi . Untuk mendapatkan protein yang mudah ketika breakfast , telur adalah pilihan yang sesuai .

Selain boleh di masak dadar , rebus separuh masak dan goreng mata bulat , telur juga boleh menjadi bahan campuran dalam sandwich .


Roti Sandwich Bersalut Telur

Roti Sandwich Bersalut Telur


Roti sandwich bersalut telur bukan sahaja boleh dihidangkan semasa sarapan malah juga semasa minum petang . Ini kerana roti sandwich bersalut telur sangat mudah dan cepat disediakan .

Bahan - bahannya :

  • roti sandwich
  • telur
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • bawang putih yang disagat halus
  • serbuk oregano

Cara Membuatnya :


1- Pecahkan telur , masukkan garam , serbuk lada sulah , bawang putih dan serbuk oregano . Gaul semuanya hingga sebati

2- Ambil roti sandwich dan potong dua .

3- Celupkan roti ke dalam telur . Biarkan sekejap biar meresap .

4- Panaskan kuali yang tak melekat , letakkan roti ke dalam kuali . Kalau anda gunakan kuali yang melekat , sapukan sedikit mentega sebelum meletakkan roti .

5- Bila dah keperangan , angkat roti dan hidangkan .





Resepi Mudah Cucur Udang Geragau

1

Resepi Mudah Cucur Udang Geragau | Cucur adalah sejenis makanan kudapan yang selalu dihidangkan pada waktu sarapan juga waktu bersantai di petang hari . Ada sesetengah orang memanggilnya jempu - jemput . Itu mungkin kerana fizikal cucur yang hanya sejemput sahaja besarnya . Cucur ada bermacam - macam bahan campuran dan variasinya .


Cucur Udang Geragau

Resepi Mudah Cucur Udang Geragau


Untuk resepi hari ini , saya nak kongsikan kepada anda resepi cucur udang geragau . Cara pembuatannya mudah sahaja . Kaedahnya sama sahaja dengan cucur yang lain . Bezanya hanyalah bahan yang di gunakan . Sudah tentulah saya gunakan udang geragau sebagai bahan utama .

Udang geragau adalah udang yang kecil . Udang geragau ni selalunya orang gunakan untuk hasilkan belacan . Bila sebut belacan , tentu anda kenal udang geragau kan .

Bahan - Bahan Yang Diperlukan


Untuk membuat cucur udang geragau , anda perlukan bahan - bahan berikut :
  • udang geragau
  • tepung gandum
  • 1 biji telur
  • daun ketumbar dicincang
  • bawang besar dipotong dadu
  • cili padi dicincang ( pilihan )
  • air
  • sedikt garam
  • sedikit serbuk ikan bilis 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cucur Udang Geragau

Cara Membuatnya


Untuk menghasilkan cucur udang geragau , langkah - langkah yang perlu anda lakukan adalah :

1- Cuci udang geragau dan toskan .
2- Ambil mangkuk , masukkan telur dan serbuk ikan bilis , kacau sebati .
3- Masukkan udang geragau , daun ketumbar , bawang besar dan cili padi , campurkan hingga mesra .
4- Masukkan air yang sudah dicampurkan dengan sedikit garam dan soda bikarbonat , gaul hingga sebati .
5- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang anda mahukan . 
6- Biarkan sebentar dalam 30 minit untuk beri ruang kepada soda bikarbonat bertindakbalas .
7- Goreng dalam minyak yang panas .


Tahap kecairan adunan mengikut kesukaan anda . Ada orang suka adunan yang sedikit cair , ada juga yang sukakan adunan yang sedikit pekat . Sukatan / kuantiti bahan - bahan pula terpulang kepada anda sebanyak mana yang anda mahu gunakan .