Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah

0
Resepi Mudah Buat Prata / Roti Canai Di Rumah| Zaman kanak kanak dulu, bila masuk je bulan ramadhan, bonda saya akan buat roti canai. Hari lain selain bulan puasa, ikut kerajinan sebab prosesnya leceh.

Nak buat prata / roti canai ni banyak langkah langkah yang perlu dibuat. Bermula dari malam hari dengan mengadun tepung, menguli kemudian simpan. Esok pagi barulah proses tebar dan masak atas api.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


Berikut resepi mudah prata / Roti Canai langkah demi langkah dari chef Sue M Arukin yang boleh korang cuba.

RESEPI MUDAH BUAT PRATA/ROTI CANAI

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum
400ml air (air biasa saja)
60ml minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
60gram susu pekat manis
1 sudu teh garam halus
Mentega/Marjerin secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, garam, minyak dan susu pekat manis ke dalam mangkuk pengadun. Uli dengan kelajuan perlahan.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


2. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk pengadun dan teruskan uli hingga membentuk doh yang tak melekat di mangkuk pengadun. Kuantiti air mungkin perlu di kurangkan jika doh dah tak melekat. Uli selama 10-12 minit pada kelajuan medium.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


3. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun lalu sambung uli atas papan pencanai. Bulat-bulatkan doh sebesar separuh penumbuk atau boleh timbang 70-80gram sebiji.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2020/03/resepi-mudah-buat-prata-roti-canai-di.html


4. Susun doh di dalam loyang yang dah disapu mentega/marjerin. Beruskan lagi mentega/marjerin diatas doh-doh yang di susun dalam loyang tadi. Tutup dengan cling wrap dan biarkan semalaman (10-12 jam pun tak apa) atas meja (suhu bilik/biasa, bukan simpan dalam fridge).

5. Untuk menebar, gunakan bahagian belakang dulang/loyang bersaiz besar yang disapu minyak. Canaikan senipis mungkin dengan cara menarik-narik doh ke bahagian tepi loyang hingga nipis. Kemudian angkat satu hujung doh dan gulung. Jika suka boleh tambah apa2 yang disukai seperti hirisan pisang, taburan gula, bancuhan telur dan sebagainya.

6. Panaskan sedikit minyak di kuali leper kemudian letakkan roti tadi dan goreng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian.

Hidangkan roti canai / prata panas dengan kuah dhal, kari ayam atau apa-apa jenis sambal tumis. Enjoy!

*Saya uli doh ini jam 4pm semalam dan canai pagi tadi jam 8am. Lagi lama perap lagi lembut roti canai.

#recipebychefsuearukin
.

Roti Bamboloni Gebu

0

Roti Bamboloni Gebu

Bomboloni merupakan sejenis roti. Bentuknya seperti pau juga seperri roti burger. Texturnya lembut dan gebu. Bila dikunyah cair dimulut.

Pembuatan bamboloni ni sangat mudah. Prosesnya sama seperti membuat, roti. Bezanya, buat lubang kecil di tengah masukkan inti. Boleh gunakan apa sahaja inti yang anda suka.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/roti-bomboloni-gebu.html

RESEPI BAMBOLONI GEBU
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
Bahan-bahan:
• 1/2 cawan susu segar (suam-suam kuku)
• 2 sb gula
• 1 sb yis
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 sk garam
• 1 sk esen vanila
• 1 biji telur
• 2 sb mentega (sejuk)
‍‍‍‍‍‍
Cara-cara:
1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih, lebih kurang 15-20 minit.
2. Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur, pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung, pukul atau uli sehingga sebati.
4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
6. Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1 cm dan tekap bulat.
7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing, minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk
menggoreng.
9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing, jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula castor dan cinnamon, kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu, siap.
‍‍‍‍‍‍
Resepi: Norah Aniza
.

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

1

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri | Sekarang ini sudah ramai orang yang lebih sukakan sukatan cawan untuk membuat kek berbanding gram . Begitu juga dengan Cynta . Rasa leceh pula bila tengok resepi je , sukatan kek gunakan gram sebab Cynta tak ada timbang di rumah .


Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

Sukatan


Sukatan sangat penting dalam membuat pastri , kek , roti dan biskut . Kalau sukatan bahan kek , roti tidak tepat , selalunya kek dan roti tidak akan terhasil dengan cantik dan gebu .

Tahukah anda bahawa ada formula sukatan untuk setiap bahan kek , roti , pastri dan biskut ? Kalau anda dah biasa membuat pastri , kek , roti dan biskut , sudah tentu tak ada masalah menghasilkannya tanpa penimbang .

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri


Oleh kerana Cynta lebih suka menggunakan sukatan cawan berbandin gram , di sini Cynta kongsikan dengan anda macam mana nak tukar sukatan gram kepada cawan dengan mudah . Kadar tukaran sukatan gram ke cawan untuk kek , bisku dan pastri ni mudah je . Malah anda boleh hafal kalau selalu gunakan .

Sukatan Untuk Bahan Asas Buat Kek , Biskut Dan Pastri


Sukatan di bawah ini jangan pula anda tambah dan kurangkan ya . Kalau tidak anda pasti menyesal .

Tepung
  • 45 gram = 1/4 cawan
  • 65 gram = 1/2 cawan
  • 90 gram = 3/4 cawan
  • 125 gram tepung gandum = 1 cawan

Gula
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4
  • 250 gram gula kastor = 1 cawan

Gula Ising
  • 400 gram gula ising = 3 cawan

Mentega
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4 cawan
  • 250gram mentega / marjerin = 1 cawan

Sukatan Untuk Cecair


Untuk sukatan cecair , lagi mudah jika anda ada jug bersama ukuran sukatan di dapur anda .

  • 2 camca besar = 1 auns cecair = 30 ml
  • 1/4 cawan = 2 auns cecair = 50 ml
  • 1/2 cawan = 4 auns cecair = 125 ml
  • 3/4 cawan = 6 auns cecair = 180 ml                    
  • 1 cawan = 8 auns cecair = 250 ml
  • 2 cawan = 16 auns cecair ( 1 pint ) = 500 ml
  • 2 1/2 cawan = 20 auns cecair = 625 ml
  • 4 cawan = 32 auns cecair ( 1 quart ) = 1 liter / 1000 ml

Kerja Jadi Mudah


Dengan adanya sukatan untuk cawan sebagaimana di atas , kerja anda jadi mudah . Cynta memang dari dulu guna sukatan cawan sama ada nak buat kek atau pun biskut . Mula - mula dulu , Cynta nekad je buat . Jadi ke tak , itu belakang kira . Sekarang dah biasa , jadi Cynta dah boleh agak adunan yang macam mana untuk dapatkan kek yang gebu dan naik dengan cantik juga doh yang macam mana boleh dapatkan biskut yang rangup .


Selamat Mencuba Ya ...





Resepi Asas Buat Doh Roti

0

Resepi Asas Buat Doh Roti | Doh roti bila dah siap boleh menghasilkan macam - macam jenis makanan seperti piza , bun , pau dan lainnya . Tapi bukan mudah nak menghasilkan doh roti yang benar - benar lembut dan anjal strukturnya .


Resepi Asas Buat Doh Roti


Resepi Asas Buat Doh Roti


Ada cara mudah buat doh roti ni . Resepi asas buat doh  roti ni Cynta dapatkan dari my kakak yang dah cekap dalam membuat doh roti sebab dia selalu buat demo . Jadinya , Cynta nak kongsikan dengan pembaca Cynta yang suka atau ada minat nak buat doh roti tapi doh roti jarang menjadi atau doh roti tak begitu gebu .

Bahan - bahannya :

  • 220 ml air sejuk campur ais
  • 1 biji telur
  • 75 gram butter ( 250 gm butter bahagi 3 )
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu bersar shortening
  • 2 sudu besar creamer powder / susu tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu besar bread softener
  • 500 gm tepung berprotein tinggi ( 1/2 paket )
  • 1 paket yis segera 

Cara Membuatnya :


1- Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas , kemudian masukkan ke dalam bread mixer .

2- Putar selama 30 minit . Jika anda uli menggunakan tangan , ulilah sehingga doh tidak melekat ditangan dan anjal ( bila doh  ditekan dengan jari akan naik semula ) .

3- Tutup doh dengan kain sebentar (15 hingga 30 minit ) sebelum anda proses untuk buat roti , piza , pau , serta lainnya .








Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan

2

Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan | Kek adalah pencuci mulut yang digemari ramai di seluruh dunia . Ibarat tiada istilah jemu . Hanya orang yang berdiet sahaja menjauhi kek . Kalau dahulu kek hanya untuk sambutan harijadi , majlis pertunangan dan juga perkahwinan , kini kek sudah menjadi makanan harian . 

Selain  kek , roti adalah makanan dari barat yang sudah menjadi sinonim dalam kehidupan kita . Selain menjadi hidangan sarapan ringkas , roti juga mudah didapati untuk mengalas perut . Malah sudah ramai orang yang pandai membuat roti sendiri .


Kek Roti Gebu

Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan


Pun begitu , pernahkah anda mendengar kek roti? Kek roti sukatan cawan terhasil daripada gabungan bahan membuat roti dan bahan membuat kek . Ianya berlaku secara sepontan . Idea Cynta datang secara tiba - tiba ketika Cynta mahu membuat kek . Maka terhasillah resepi mudah kek roti gebu . Cara nak membuat kek roti gebu sukatan cawan ini mudah sahaja .

Bahan - bahan :

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2 biji telur grade A
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk yis kering
  • 1 sudu teh esen pandan

Cara membuat :


1- Masukkan telur , susu pekat manis , esen pandan dan serbuk yis kering , putar hingga gebu .
2- Ayak tepung gandum bersama soda biarbonat dan baking soda .
3- Masukkan bahan nombor 2 sedikit demi sedikit bersilih ganti dengan susu cair menggunakan kelajuan sederhana .
4- Masukkan minyak mazola dan gaul menggunakan kaedah kaup balik .
5- Panaskan oven selama 10 minit .
6- Suhu dan masa untuk memasak kek mengikut jenis oven anda .


Kek Roti Gebu


Kek Roti Gebu Naik Cantik


Sekiranya anda mahu kek roti gebu anda naik sedikit , anda boleh biarkan sebentar selama 15 hingga 30 minit . Selepas oven panas , saya terus saja bakar sebab sudah tidak sabar hendak melihat hasilnya . Hasilnya memang mengejutkan saya . Ini kerana struktur kek tersebut lebih lembut daripada kek yang selalu saya buat .




Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut

0

Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut | Roti merupakan makanan ruji masyarakat barat sejak dari dulu lagi . Di Perancis misalnya , roti dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan berstruktur keras . Roti jenis ini di makan bersama sup dan jem .

Selepas berlaku revolusi roti seiring zaman dan teknologi makanan yang kian berkembang , roti pernacis yang keras itu sudah menjadi lembut, lembab dan gebu . Di mana-mana pun di dunia ini , roti lembut dan gebu ini sudah menjadi pilihan berbanding roti keras Perancis .


Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut


Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut


Pun begitu , ada kaedah dan bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk menjadikan roti lebih lembut dan gebu . Bahan-bahan ini perlu ada sekiranya anda mahu roti yang anda hasilkan terasa lembut bila dikunyah tanpa perlu anda cecah ke dalam sup .

1- Bread Improver


Bread improver atau pemantap roti merupakan serbuk berwarna putih . Fungsinya dalam doh roti adalah supaya doh roti mudah kembang . 

2- Bread Softener


Bread Softener merupakan lemak sayuran yang lembut seperti marjerin tetapi berwarna putih . Lemak sayuran yang juga dikenali sebagai vegetable shortening ini berfungsi untuk menjadikan warna doh lebih putih .

3- Tepung Roti Berprotein Tinggi


Selain lemak sayuran , tepung berprotein tinggi atau juga dikenali dengan bread flour juga akan menjadikan doh berwarna putih dan menjadikan doh kelihatan gebu . 

4- Ovalette Atau  Quick 75


Ovalette berwarna kuning jernih tetapi likat yang selalu digunakan untuk mendapatkan kek span yang mantap , juga boleh digunakan dalam mengadun doh . Fungsi ovalette pada doh roti adalah untuk mendapatkan doh yang lembut dan gebu .

Jika anda mahu mendapatkan roti yang gebu , lembut dan lembap , kesemua bahan di atas diperlukan dalam proses mengadun doh roti anda . Itulah rahsia roti menjadi gebu dan lembut .

Sekiranya anda hanya menggunakan yis , air dan tepung gandum serba guna , anda hanya akan dapat roti yang biasa sahaja . 




Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

1

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap | Adunan roti roll sama sahaja dengan adunan roti biasa . Selalunya adunan roti yang sudah mengembang dan siap diuli , akan dibulat-bulatkan menjadi bun sebelum dibakar . Kali ini , adunan roti yang sudah siap , diubah berdasarkan kreativiti dan kemahuan pembuat roti .

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

 Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap


Untuk menghasilkan roti roll gebu berinti milo susu yang enak ini , bahan-bahan roti seperti tepung , yis , air dan gula mestilah diadun terlebih dahulu . Resepi asas buat doh ada di sini . Apabila adunan sudah menjadi doh , doh perlulah disimpan di tempat yang hangat seketika supaya doh naik sekali ganda .

Selepas doh nak sekali ganda , doh perlulah ditumbuk perlahan supaya udara di dalamnya keluar . Kemudian doh diuli semula dan dicanai sehingga menjadi leper dalam ketebalan 2 inci .

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

Ambil serbuk milo taburkan pada sebahagian doh dan sebahagian lagi titskan susu pekat manis .

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

Setelah itu , gulungkan doh roti tersebut hingga ke hujung .

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

Ambil pisau , potong-potong doh roti yang sudah digulung tadi dengan ketebalan yang sesuai .

Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap

Susun roti roll yang dipotong tadi di atas dulang pizza dan masukkan ke dalam oven . Bakar hingga doh roti kekuningan .


Roti Sandwich Bersalut Telur

2

Roti Sandwich Bersalut Telur | Roti sandwich memudahkan kita bila pening atau tak tahu nak sarapan apa . Selain dari dibuat sandwich , roti sandwich juga boleh dioleskan dengan jem dan mentega juga madu .

Telor


Telur merupakan suber protei yang tinggi . Untuk mendapatkan protein yang mudah ketika breakfast , telur adalah pilihan yang sesuai .

Selain boleh di masak dadar , rebus separuh masak dan goreng mata bulat , telur juga boleh menjadi bahan campuran dalam sandwich .


Roti Sandwich Bersalut Telur

Roti Sandwich Bersalut Telur


Roti sandwich bersalut telur bukan sahaja boleh dihidangkan semasa sarapan malah juga semasa minum petang . Ini kerana roti sandwich bersalut telur sangat mudah dan cepat disediakan .

Bahan - bahannya :

  • roti sandwich
  • telur
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • bawang putih yang disagat halus
  • serbuk oregano

Cara Membuatnya :


1- Pecahkan telur , masukkan garam , serbuk lada sulah , bawang putih dan serbuk oregano . Gaul semuanya hingga sebati

2- Ambil roti sandwich dan potong dua .

3- Celupkan roti ke dalam telur . Biarkan sekejap biar meresap .

4- Panaskan kuali yang tak melekat , letakkan roti ke dalam kuali . Kalau anda gunakan kuali yang melekat , sapukan sedikit mentega sebelum meletakkan roti .

5- Bila dah keperangan , angkat roti dan hidangkan .





Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

0

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat | Bila nak buat roti ataupun pau , kita perlu biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum diuli sekali lagi untuk mengeluarkan angin di dalamnya . Kalau kita biarkan doh mengembang sendiri , akan ambil masa sedikit . Selalunya doh kembang lambat ataupun cepat , ikut suhu bilik ketika itu .


Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

Buat Doh


Macam mana anda nak tahu doh yang anda uli sudah menjadi ? Caranya mudah sahaja . Bila anda mengadun dan menguli doh , anda dapati doh yang anda uli sudah sudah tidak melekat lagi di tangan anda . 

Kalau anda nak doh roti / pau yang lembut , anda perlu menguli doh roti / pau selama 8 hingga 10 minit . Selepas itu , anda tekan sedikit ditengahnya dengan jari anda . Bila doh naik semula , itu maknanya doh yang anda uli sudah menjadi .


Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat


Ada pelbagai cara untuk buat doh yang anda perap boleh mengembang / naik dengan cepat , antaranya :

  • campurkan yis kering dengan sedikit air suam dan gula . Gaul hingga sebati . Bairkan sehingga berbuih barulah anda campurkan dengan tepung untuk diuli
  • hidupkan dapur gas untuk seketika , lepas tu matikan , letakkan bekas yang berisi doh diatasnya dan tutup doh tersebut .

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

  • tutup doh dan letakkan doh anda di bawah terik matahari selama 30 minit .

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

  • panaskan oven selama 5 minit . Tutup suis , simpan doh di dalam oven selama 30 minit .


~ by Cynta Zaa ~



Resepi Mudah Roti Panggang Coklat Rice

1

Resepi Mudah Roti Panggang Coklat Rice | Apa yang anda akan buat bila ada banyak roti dalam satu masa dan anda dah jemu dengan cara pemakanan roti anda ? Inilah yang terjadi pada Cynta . Sebenarnya , roti Cynta pada masa tu ada banyak tapi dah nak tamat tempoh . Cynta pula makan roti dua keping dah kenyang . Jadinya Cynta kena fikir cara untuk buat roti itu tahan lama .


Roti Panggang Coklat Rice


Resepi Mudah Roti Panggang Coklat Rice


Tiba - tiba Cynta dapat idea macam mana nak buat roti yang ada tu tahan lama walaupun tarikh luput dah hampir tamat . Cynta bercadang nak buat roti panggang . Jadinya , Cynta boleh simpan lama dalam bekas kedap udara .


Roti Panggang Coklat Rice

Cara Membuatnya :


1- Ambil sekeping roti , sapukan dengan marjerin , pastu taburkan coklat rice .

2- Bakar pada pada suhu 160 darjah selama 10 minit menggunakan api bawah sahaja .


Roti Panggang Coklat Rice

Antara Coklat Rise Dan Kelapa Kering


Selain taburkan coklat rice , Cynta juga taburkan kelapa kering dang gula ising di atas roti yang berbeza . Hasilnya memang sedap dan sesuai menjadi kudapan ketika menonton tv . 

Antara roti panggang coklat rice dan roti panggang kelapa kering ini , Cynta lebih sukakan roti panggang kelapa kering sebab ada rasa lemak dan manis . Apalagi , jomlah mencubanya ya . 


Resepi Mudah Roti Burger Kawah

0

Resepi Mudah Roti Burger Kawah | Roti burger adalah sajian mudah yang sesiapa sahaja boleh sediakan . Bahan - bahannya saja anda boleh sediakan dengan mudah malah murah juga kosnya . Roti burger yang sudah siap juga ada di pasaran . 


Roti Burger Kawah Ramadhan


Resepi Mudah Roti Burger Kawah 


Resepi mudah kali ini , saya nak kongsikan dengan anda resepi roti burer Ramadhan ciptaan saya sendiri . Saya hanya gunakan bahan yang ada di dalam peti sejuk saya saja . Berikut adalah bahan yang anda perlukan .


Roti Burger Kawah Ramadhan


Bahan - bahannya :

  • roti burger
  • sebiji telur
  • tomato potong dadu
  • bawang besar ptong dadu
  • daun bawang 
  • garam 
  • serbuk lada sulah
  • cili padi 


Roti Burger Kawah Ramadhan

Cara membuatnya ;


1- Keluarkan bahagian tengah roti . Jadikan tengah roti seperti kawah .
2- Ambil mangkuk , masukkan tomato , bawang , daun bawang , cili padi dan garam . Gaul sebati .
3- Masukkan bahan 3 kedalam kawah roti (1 ) .
4- Masukkan telur , taburkan serbuk lada sulah .
5- Jika anda ada cheese , boleh taburkan cheese diatasnya .
6- Bakar hingga telur masak .
7- Keluarkan dan hidangkan . 




Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan

0


Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan | Kita dah biasa buat roti menggunakan yis . Bila buat roti tanpa yis , kita fikir doh roti itu tak akan mengembang . Sebenarnya ada cara buat roti tanpa yis dan roti naik gebu serta cantik juga lembut strukturnya . 


Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan


Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan


Membuat roti tanpa gunakan yis mungkin perkara baru bagi kita . Ini bermakna , bila dirumah anda tiada yis , anda tetap boleh membuat roti asalkan ada baking powder dan soda bikarbonat . Dah macam buat kek pula kan . Tapi anda tak perlu bimbang sebab hasilnya akan jadi roti bukannya kek ya .

Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan


Bahan-bahan untuk menghasilkan buat roti tanpa yis adalah

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/3 cawan kismis
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar jus oren + 1/2 cawan susu pekat 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar bread improver
  • 1 sudu besar bread softener
  • sedikit garam


Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan


Cara membuatnya :


Campurkan kesemua bahan buat roti tanpa yis diatas ke dalam bekas dan gaulkan hingga semua bahan sehingga sebati . Masukkan adunan roti tanpa yis ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak . 


Resepi Mudah Buat Roti Tanpa Guna Yis Sukatan Cawan


Kukus dalam rice cooker adunan roti tanpa yis dalam masa 15 minit atau sehingga masak . Maka dapatlah hasil seperti gambar di atas . Teruja tak nak mencuba ? Mudah sahaja kan nak membuatnya !