Roti Sandwich Bersalut Telur | Roti sandwich memudahkan kita bila pening atau tak tahu nak sarapan apa . Selain dari dibuat sandwich , roti sandwich juga boleh dioleskan dengan jem dan mentega juga madu .
Telor
Telur merupakan suber protei yang tinggi . Untuk mendapatkan protein yang mudah ketika breakfast , telur adalah pilihan yang sesuai .
Selain boleh di masak dadar , rebus separuh masak dan goreng mata bulat , telur juga boleh menjadi bahan campuran dalam sandwich .
Selain boleh di masak dadar , rebus separuh masak dan goreng mata bulat , telur juga boleh menjadi bahan campuran dalam sandwich .
Roti Sandwich Bersalut Telur
Roti sandwich bersalut telur bukan sahaja boleh dihidangkan semasa sarapan malah juga semasa minum petang . Ini kerana roti sandwich bersalut telur sangat mudah dan cepat disediakan .
Bahan - bahannya :
- roti sandwich
- telur
- garam
- serbuk lada sulah
- bawang putih yang disagat halus
- serbuk oregano
Cara Membuatnya :
1- Pecahkan telur , masukkan garam , serbuk lada sulah , bawang putih dan serbuk oregano . Gaul semuanya hingga sebati
2- Ambil roti sandwich dan potong dua .
3- Celupkan roti ke dalam telur . Biarkan sekejap biar meresap .
4- Panaskan kuali yang tak melekat , letakkan roti ke dalam kuali . Kalau anda gunakan kuali yang melekat , sapukan sedikit mentega sebelum meletakkan roti .
5- Bila dah keperangan , angkat roti dan hidangkan .
2 comments
Write commentsSuKa jugak bt roti telur untk breakfast...tapi selalu saya tambah susu segar..bagi rasa lemak sikit.
Replynext time nak guna resipi yg ini pulak
waaaa.. lama tak singgah sini bz dalam hutan.. nice theme blog..
Replyfeveret time sekolah ni roti telur.. sedap2..
singgah sini.
Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon