Resepi Mudah Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap | Adunan roti roll sama sahaja dengan adunan roti biasa . Selalunya adunan roti yang sudah mengembang dan siap diuli , akan dibulat-bulatkan menjadi bun sebelum dibakar . Kali ini , adunan roti yang sudah siap , diubah berdasarkan kreativiti dan kemahuan pembuat roti .
Roti Roll Gebu Berinti Milo Susu Sedap
Untuk menghasilkan roti roll gebu berinti milo susu yang enak ini , bahan-bahan roti seperti tepung , yis , air dan gula mestilah diadun terlebih dahulu . Resepi asas buat doh ada di sini . Apabila adunan sudah menjadi doh , doh perlulah disimpan di tempat yang hangat seketika supaya doh naik sekali ganda .
Selepas doh nak sekali ganda , doh perlulah ditumbuk perlahan supaya udara di dalamnya keluar . Kemudian doh diuli semula dan dicanai sehingga menjadi leper dalam ketebalan 2 inci .
Ambil serbuk milo taburkan pada sebahagian doh dan sebahagian lagi titskan susu pekat manis .
Setelah itu , gulungkan doh roti tersebut hingga ke hujung .
Ambil pisau , potong-potong doh roti yang sudah digulung tadi dengan ketebalan yang sesuai .
Susun roti roll yang dipotong tadi di atas dulang pizza dan masukkan ke dalam oven . Bakar hingga doh roti kekuningan .
1 comments:
Write commentsKalau ada masa jalan 2 le ke blog saya.
Replyhttp://ilmumimpi.blogspot.my
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon