Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut | Roti merupakan makanan ruji masyarakat barat sejak dari dulu lagi . Di Perancis misalnya , roti dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan berstruktur keras . Roti jenis ini di makan bersama sup dan jem .
Selepas berlaku revolusi roti seiring zaman dan teknologi makanan yang kian berkembang , roti pernacis yang keras itu sudah menjadi lembut, lembab dan gebu . Di mana-mana pun di dunia ini , roti lembut dan gebu ini sudah menjadi pilihan berbanding roti keras Perancis .
Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut
Pun begitu , ada kaedah dan bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk menjadikan roti lebih lembut dan gebu . Bahan-bahan ini perlu ada sekiranya anda mahu roti yang anda hasilkan terasa lembut bila dikunyah tanpa perlu anda cecah ke dalam sup .
1- Bread Improver
Bread improver atau pemantap roti merupakan serbuk berwarna putih . Fungsinya dalam doh roti adalah supaya doh roti mudah kembang .
2- Bread Softener
Bread Softener merupakan lemak sayuran yang lembut seperti marjerin tetapi berwarna putih . Lemak sayuran yang juga dikenali sebagai vegetable shortening ini berfungsi untuk menjadikan warna doh lebih putih .
3- Tepung Roti Berprotein Tinggi
Selain lemak sayuran , tepung berprotein tinggi atau juga dikenali dengan bread flour juga akan menjadikan doh berwarna putih dan menjadikan doh kelihatan gebu .
4- Ovalette Atau Quick 75
Ovalette berwarna kuning jernih tetapi likat yang selalu digunakan untuk mendapatkan kek span yang mantap , juga boleh digunakan dalam mengadun doh . Fungsi ovalette pada doh roti adalah untuk mendapatkan doh yang lembut dan gebu .
Jika anda mahu mendapatkan roti yang gebu , lembut dan lembap , kesemua bahan di atas diperlukan dalam proses mengadun doh roti anda . Itulah rahsia roti menjadi gebu dan lembut .
Sekiranya anda hanya menggunakan yis , air dan tepung gandum serba guna , anda hanya akan dapat roti yang biasa sahaja .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon