Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat


Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat | Bila nak buat roti ataupun pau , kita perlu biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum diuli sekali lagi untuk mengeluarkan angin di dalamnya . Kalau kita biarkan doh mengembang sendiri , akan ambil masa sedikit . Selalunya doh kembang lambat ataupun cepat , ikut suhu bilik ketika itu .


Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

Buat Doh


Macam mana anda nak tahu doh yang anda uli sudah menjadi ? Caranya mudah sahaja . Bila anda mengadun dan menguli doh , anda dapati doh yang anda uli sudah sudah tidak melekat lagi di tangan anda . 

Kalau anda nak doh roti / pau yang lembut , anda perlu menguli doh roti / pau selama 8 hingga 10 minit . Selepas itu , anda tekan sedikit ditengahnya dengan jari anda . Bila doh naik semula , itu maknanya doh yang anda uli sudah menjadi .


Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat


Ada pelbagai cara untuk buat doh yang anda perap boleh mengembang / naik dengan cepat , antaranya :

  • campurkan yis kering dengan sedikit air suam dan gula . Gaul hingga sebati . Bairkan sehingga berbuih barulah anda campurkan dengan tepung untuk diuli
  • hidupkan dapur gas untuk seketika , lepas tu matikan , letakkan bekas yang berisi doh diatasnya dan tutup doh tersebut .

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

  • tutup doh dan letakkan doh anda di bawah terik matahari selama 30 minit .

Cara Mudah Buat Doh Kembang / Naik Cepat

  • panaskan oven selama 5 minit . Tutup suis , simpan doh di dalam oven selama 30 minit .


~ by Cynta Zaa ~



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon