Showing posts with label Resepi Asas. Show all posts
Showing posts with label Resepi Asas. Show all posts

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

1

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri | Sekarang ini sudah ramai orang yang lebih sukakan sukatan cawan untuk membuat kek berbanding gram . Begitu juga dengan Cynta . Rasa leceh pula bila tengok resepi je , sukatan kek gunakan gram sebab Cynta tak ada timbang di rumah .


Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

Sukatan


Sukatan sangat penting dalam membuat pastri , kek , roti dan biskut . Kalau sukatan bahan kek , roti tidak tepat , selalunya kek dan roti tidak akan terhasil dengan cantik dan gebu .

Tahukah anda bahawa ada formula sukatan untuk setiap bahan kek , roti , pastri dan biskut ? Kalau anda dah biasa membuat pastri , kek , roti dan biskut , sudah tentu tak ada masalah menghasilkannya tanpa penimbang .

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri


Oleh kerana Cynta lebih suka menggunakan sukatan cawan berbandin gram , di sini Cynta kongsikan dengan anda macam mana nak tukar sukatan gram kepada cawan dengan mudah . Kadar tukaran sukatan gram ke cawan untuk kek , bisku dan pastri ni mudah je . Malah anda boleh hafal kalau selalu gunakan .

Sukatan Untuk Bahan Asas Buat Kek , Biskut Dan Pastri


Sukatan di bawah ini jangan pula anda tambah dan kurangkan ya . Kalau tidak anda pasti menyesal .

Tepung
  • 45 gram = 1/4 cawan
  • 65 gram = 1/2 cawan
  • 90 gram = 3/4 cawan
  • 125 gram tepung gandum = 1 cawan

Gula
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4
  • 250 gram gula kastor = 1 cawan

Gula Ising
  • 400 gram gula ising = 3 cawan

Mentega
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4 cawan
  • 250gram mentega / marjerin = 1 cawan

Sukatan Untuk Cecair


Untuk sukatan cecair , lagi mudah jika anda ada jug bersama ukuran sukatan di dapur anda .

  • 2 camca besar = 1 auns cecair = 30 ml
  • 1/4 cawan = 2 auns cecair = 50 ml
  • 1/2 cawan = 4 auns cecair = 125 ml
  • 3/4 cawan = 6 auns cecair = 180 ml                    
  • 1 cawan = 8 auns cecair = 250 ml
  • 2 cawan = 16 auns cecair ( 1 pint ) = 500 ml
  • 2 1/2 cawan = 20 auns cecair = 625 ml
  • 4 cawan = 32 auns cecair ( 1 quart ) = 1 liter / 1000 ml

Kerja Jadi Mudah


Dengan adanya sukatan untuk cawan sebagaimana di atas , kerja anda jadi mudah . Cynta memang dari dulu guna sukatan cawan sama ada nak buat kek atau pun biskut . Mula - mula dulu , Cynta nekad je buat . Jadi ke tak , itu belakang kira . Sekarang dah biasa , jadi Cynta dah boleh agak adunan yang macam mana untuk dapatkan kek yang gebu dan naik dengan cantik juga doh yang macam mana boleh dapatkan biskut yang rangup .


Selamat Mencuba Ya ...





Resepi Asas Buat Doh Roti

0

Resepi Asas Buat Doh Roti | Doh roti bila dah siap boleh menghasilkan macam - macam jenis makanan seperti piza , bun , pau dan lainnya . Tapi bukan mudah nak menghasilkan doh roti yang benar - benar lembut dan anjal strukturnya .


Resepi Asas Buat Doh Roti


Resepi Asas Buat Doh Roti


Ada cara mudah buat doh roti ni . Resepi asas buat doh  roti ni Cynta dapatkan dari my kakak yang dah cekap dalam membuat doh roti sebab dia selalu buat demo . Jadinya , Cynta nak kongsikan dengan pembaca Cynta yang suka atau ada minat nak buat doh roti tapi doh roti jarang menjadi atau doh roti tak begitu gebu .

Bahan - bahannya :

  • 220 ml air sejuk campur ais
  • 1 biji telur
  • 75 gram butter ( 250 gm butter bahagi 3 )
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu bersar shortening
  • 2 sudu besar creamer powder / susu tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu besar bread softener
  • 500 gm tepung berprotein tinggi ( 1/2 paket )
  • 1 paket yis segera 

Cara Membuatnya :


1- Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas , kemudian masukkan ke dalam bread mixer .

2- Putar selama 30 minit . Jika anda uli menggunakan tangan , ulilah sehingga doh tidak melekat ditangan dan anjal ( bila doh  ditekan dengan jari akan naik semula ) .

3- Tutup doh dengan kain sebentar (15 hingga 30 minit ) sebelum anda proses untuk buat roti , piza , pau , serta lainnya .








Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah

0

Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah | Anda pernah berfikir untuk mencuba membuat mee menggunakan tangan anda sendiri?  Sebenarnya , buat mee sendiri di rumah itu lebih sihat .

Kalau anda beli mee yang sudah ada di pasaran , sama ada yang basah mahupun yang kering , sudah tentu terdapat bahan kimia di dalamnya untuk jadikan mee tersebut tahan lama .

Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah


 Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah


Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah ini , jika anda berhasrat mahu membuatnya . Sama ada anda menghasilkan mee menggunakan mesin mahupun tangan sendiri , itu pilihan anda sendiri . Yang pasti ianya mudah sahaja dan mee tersebut juga kenyal .


Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah


Oleh kerana ada mesin mencetak mee di rumah , jadinya proses untuk membuat mee menjadi lebih mudah . Pun begitu , sukatan setiap bahan untuk membuat mee sendiri di rumah perlulah tepat juga .


Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah


Berikutan adalah sukatan yang anda perlukan untuk Resepi Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak jagung / minyak masak
  • secubit garam
  • 65 ml air

Cara membuat mee menggunakan mesin , mula-mula masukkan tepung kemudian tutup . Onkan switch automatik . Bila mesin bergerak , masukkan minyak , air , garam ( dilarutkan dahulu ) sedikit demi sedikit . Kemudian , anda hanya perlu tunggu mee tersebut keluar dari acuannya .


Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan

0

Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan | Di kampung halaman ada sepokok belimbing buluh . Bila berbuah , tidak ada siapa yang berminat nak ambilnya . Bila balik kampung , cuma saya yang suka makan belimbing buluh sama ada buat campuran dalam masakan , buat sambal belimbing buluh ataupun buat jeruk belimbing buluh .


Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan

Khasiat Belimbing Buluh


Belimbing buluh atau dikenali juga sebagai Averrhoa belimbi linn dalam bahasa saintifiknya , mengandungi banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan , malah juga belimbing buluh baik untuk kecantikan wajah juga lainnya. 

Antara khasiat belimbing buluh adalah

  • menghilangkan jerawat , melembutkan kulit muka
  • melegakan sakit-sakit sendi
  • merawat panau
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • meredakan batuk
  • meredakan penyakit kuning pada bayi
  • menghilangkan kotoran pada pakaian
  • merawat kencing manis
  • melegakan sakit gigi ( bunga belimbing buluh )
  • merawat demam panas


Kajian menunjukkan belimbing buluh dikesan memiliki kandungan oksalat yang tinggi . Jika anda memakan belimbing buluh dengan jumlah yang banyak dan kerap , ianya boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing anda .

Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan


Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan


Belimbing buluh ini masam teramat kalau dimakan begitu sahaja . Jadinya , selalunya belmbing buluh dimakan dengan bercicahkan gula ataupun dibuat jeruk belimbing buluh untuk kurangkan rasa masamnya . 

Kalau ada yang berminat nak buat jeruk belimbing buluh , di bawah ni dikongsikan Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan


Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan 


Nak buat jeruk belimbing buluh mudah saja . Anda hanya perlukan
  • belimbing buluh
  • air kapur
  • gula
  • garam

Langkah-langkah nak membuat jeruk belimbing buluh seperti berikut
  1. rendam belimbing buluh dalam air kapur selama 15 minit .
  2. cuci belimbing buluh 
  3. masukkan belimbing buluh dalam bekas
  4. taburkan gula dan garam ( lebihkan gula / garam sedikit sahaja )
  5. simpan semalamn dalam peti sejuk
  6. selepas semalaman , buang air yang aa di dalam bekas
  7. bolehlah simpan selama mana yang anda mahukan 





Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut

0

Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut | Roti merupakan makanan ruji masyarakat barat sejak dari dulu lagi . Di Perancis misalnya , roti dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan berstruktur keras . Roti jenis ini di makan bersama sup dan jem .

Selepas berlaku revolusi roti seiring zaman dan teknologi makanan yang kian berkembang , roti pernacis yang keras itu sudah menjadi lembut, lembab dan gebu . Di mana-mana pun di dunia ini , roti lembut dan gebu ini sudah menjadi pilihan berbanding roti keras Perancis .


Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut


Rahsia Roti Menjadi Gebu Dan Lembut


Pun begitu , ada kaedah dan bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk menjadikan roti lebih lembut dan gebu . Bahan-bahan ini perlu ada sekiranya anda mahu roti yang anda hasilkan terasa lembut bila dikunyah tanpa perlu anda cecah ke dalam sup .

1- Bread Improver


Bread improver atau pemantap roti merupakan serbuk berwarna putih . Fungsinya dalam doh roti adalah supaya doh roti mudah kembang . 

2- Bread Softener


Bread Softener merupakan lemak sayuran yang lembut seperti marjerin tetapi berwarna putih . Lemak sayuran yang juga dikenali sebagai vegetable shortening ini berfungsi untuk menjadikan warna doh lebih putih .

3- Tepung Roti Berprotein Tinggi


Selain lemak sayuran , tepung berprotein tinggi atau juga dikenali dengan bread flour juga akan menjadikan doh berwarna putih dan menjadikan doh kelihatan gebu . 

4- Ovalette Atau  Quick 75


Ovalette berwarna kuning jernih tetapi likat yang selalu digunakan untuk mendapatkan kek span yang mantap , juga boleh digunakan dalam mengadun doh . Fungsi ovalette pada doh roti adalah untuk mendapatkan doh yang lembut dan gebu .

Jika anda mahu mendapatkan roti yang gebu , lembut dan lembap , kesemua bahan di atas diperlukan dalam proses mengadun doh roti anda . Itulah rahsia roti menjadi gebu dan lembut .

Sekiranya anda hanya menggunakan yis , air dan tepung gandum serba guna , anda hanya akan dapat roti yang biasa sahaja .