Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan


Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan | Kek adalah pencuci mulut yang digemari ramai di seluruh dunia . Ibarat tiada istilah jemu . Hanya orang yang berdiet sahaja menjauhi kek . Kalau dahulu kek hanya untuk sambutan harijadi , majlis pertunangan dan juga perkahwinan , kini kek sudah menjadi makanan harian . 

Selain  kek , roti adalah makanan dari barat yang sudah menjadi sinonim dalam kehidupan kita . Selain menjadi hidangan sarapan ringkas , roti juga mudah didapati untuk mengalas perut . Malah sudah ramai orang yang pandai membuat roti sendiri .


Kek Roti Gebu

Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan


Pun begitu , pernahkah anda mendengar kek roti? Kek roti sukatan cawan terhasil daripada gabungan bahan membuat roti dan bahan membuat kek . Ianya berlaku secara sepontan . Idea Cynta datang secara tiba - tiba ketika Cynta mahu membuat kek . Maka terhasillah resepi mudah kek roti gebu . Cara nak membuat kek roti gebu sukatan cawan ini mudah sahaja .

Bahan - bahan :

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2 biji telur grade A
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk yis kering
  • 1 sudu teh esen pandan

Cara membuat :


1- Masukkan telur , susu pekat manis , esen pandan dan serbuk yis kering , putar hingga gebu .
2- Ayak tepung gandum bersama soda biarbonat dan baking soda .
3- Masukkan bahan nombor 2 sedikit demi sedikit bersilih ganti dengan susu cair menggunakan kelajuan sederhana .
4- Masukkan minyak mazola dan gaul menggunakan kaedah kaup balik .
5- Panaskan oven selama 10 minit .
6- Suhu dan masa untuk memasak kek mengikut jenis oven anda .


Kek Roti Gebu


Kek Roti Gebu Naik Cantik


Sekiranya anda mahu kek roti gebu anda naik sedikit , anda boleh biarkan sebentar selama 15 hingga 30 minit . Selepas oven panas , saya terus saja bakar sebab sudah tidak sabar hendak melihat hasilnya . Hasilnya memang mengejutkan saya . Ini kerana struktur kek tersebut lebih lembut daripada kek yang selalu saya buat .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Mrs. A
AUTHOR
3 May 2015 at 12:38 delete

Nampak yummy! Bahan-bahan pun senang cari rasa macam nak cuba buat ;-)

Reply
avatar
Qaseh Vee
AUTHOR
3 May 2015 at 21:48 delete

cubalah buat . anak - anak mesti suka ...

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon