Cadbury Roll Tart 4 Bahan

0
Cadbury Roll Tart 4 Bahan|Tart merupakan antara biskut yang mempunyai peminat yang ramai .  Dulu, Tart sangat popular dengan inti nenas. Kini, inti tart telah dipelbagaikan sesuai mengikut permintaan semasa.

Cadbury Roll Tart 4 Bahan

Ramai yang bertanyakan resepinya, saya kongsikan ye. Dulu masa bujang tolong mak buat berniaga.
Tahun ni 1st year after married buat berniaga sendiri. Doakan saya murah rezeki, dikurniakan cahaya mata InsyaAllah....😊

Cadbury Roll Tart 4 Bahan

CADBURY ROLL TART 4 BAHAN 😱

Terdapat pelbagai inti tart yang popular Di zaman ini seperti kurma, nenas, Dan termini adalah coklat. Di bawang adalah Bahan Dan cara-cara membuatnya.

Cadbury Roll Tart 4 Bahan

Bahan-bahan :

250g mentega/marjerin (sy guna buttercup)
1 sk minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum (disangai sehingga ringan dan diayak)
Coklat Cadbury (sy guna cadbury dairy milk yg dlm telap 100pcs)
Acuan tart (sy pkai yg plastic)
Kuning telur (sebagai hiasan topping)

Cadbury Roll Tart 4 Bahan

CARANYA:

Campurkan semua bhn2 di atas satu persatu mengikut urutan kcuali coklat..pakai spatula shj ye..lembut2 je mixkn hingga menjadi doh yg x terlalu lembik x terlalu keras..rehatkan doh dlm chiller 5-10 mnit sebelum diterap...
Masukkn doh dlm acuan tart, terapkan ke atas dulang (klu doh x pecah or x melekat di dulang masa gulung tu it's perfect!!)

Cadbury Roll Tart 4 Bahan


Ambil sebiji coklat dan gulungkn bersama doh yg dah diterap atas dulang tadi secomel2nya..
Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas tart dan sedia utk di bakar 160'c api atas bwh, selama 15-20 minit (mengikut oven masing2).
Siapppp!!!

Cadbury Roll Tart 4 Bahan

TIPS : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair...

MUDAH KAN?? SELAMAT MENCUBA..😊

Biskut Semprit Cheese Legend

0
Biskut Semprit Cheese Legend | Biskut semprit adalah antara biskut tradisional yang sangat digemari sampai ke hari ini. Biskut semprit ni legend sehingga kini menyamai bangkit dan bahulu. Pembuatannya yang mudah dan hanya menggunakan 3 bahan menjadikan biskut semprit sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga hari ini.

Biskut Semprit Cheese Legend


Biskut Samperit Cheese 


Biskut semprit mengikut resepi asal, simple sahaja. Oleh kerana di era 21 century ni cheese menjadi pilihan dalam hampir semua jenis hidangan maka biskut pun kena letak cheese juga . Tak gitu ?

Biskut Semprit Cheese Legend

Bahan-bahan :

260g butter
110g gula kastor
160g tepung kastad
40g tepung jagung
240g tepung red rose
1 biji kuning telur
Cheddar cheese

Biskut Semprit Cheese Legend

Cara
1. Pukul butter (akk guna marjerin pelangi je) & gula hingga sebati - guna senduk.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
3. Masukkan semua tepung uli sehingga menjadi doh lembut.
4. Masukkan ke dalam acuan samperit kemudian tekan doh dan parut cheese ke atas biskut.
5. Bakar suhu 150°C api atas bawah selama 20-25 min @ sehingga masak.

Kredit Resepi : marliza binti ghazali marliza via mahn

Share dan tag kwn2

Resepi Sup Telur Mee

0
Resepi Sup Telur Mee | Selalunya, bila resepi kita buat sendiri, kita akan fikir nama apa nak bagi . Setiap menu mesti ada nama kan . Jadinya, nak senang ingat, letak je nama yang ada kaitan dengan bahan campurannya supaya lebih mudah kita nak ingat . So, jangan angkat kening bila dengar nama resepi yang pelik sikit . Yang penting rasanya sedap gitu .

Resepi Sup Telur Mee

Resepi Sup Telur Mee


Menu Sup telur mee terhasil bila masak sup dengan menjadikan mee sebagai bahan utama . Manakala telur pula sebagai agent pemekat sup. Dan hasilnya memang maveles. Berikut adalah bahan-bahan membuat sup telur mee .

Bahan-bahan :


*Bawang merah *Bawang putih *Halia
*Cili *di cincang halus/kasar
Telur 3-4 biji
Kentang + Carrot + jagung
Batang saderi / Daun sup
Mee kering ala² fettuccine

Cara membuatnya :


1. Panaskn minyak. Goreng telur satu persatu.
2. Guna kan minyak yg sama dan tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
3. Tuang tiga ke empat cawan air. - terpulang nk kuah lebih / sedikit. Masukkan sedikit daun sup.
4. Tunggu sehingga air mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan carrot, batang saderi.
6. Last sekali, masukkan mee dan tutup api. Bagi mengelak mee kembang. Tabur daun sup dan cili potong. Siap dan selamat untuk dihidang.

Resepi Nasi Tomato Berlauk

0
Resepi Nasi Tomato Berlauk | Hari ini hari cuti . Kalau yang malas nak keluar atau lebih suka memasak sendiri, confim dah mula fikir menu apa nak masak petang ni . Kat Malaysia ni, berbuka dah wajib ada menu nasi dan menu lauk pauk kan . Apa kata, mudahkan je kerja kita buat menu nasi berlauk macam kat bawah ni . Satu pakej , senang . Sekali masak , siap semua gitu .

Resepi Nasi Tomato Berlauk

RESEPI NASI TOMATO BERLAUK


Resepi nasi tomato selalunya disajikan bersama lauk berasaskan menu daging ataupun menu daging ayam dan acar atau dengan pajeri sebagai hidangan sampingan tapi menyelerakan. Kalau korang tak tahu nak sediakan menu nasi tomato berlauk ni, tak apa, korang follow je semua resepi yang disediakan di bawah ya .

Bahan nasi:


4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya

Bahan ayam masak merah:


1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato

Bahan acar


1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

Cara Membuat:


1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang

Selamat Mencuba .
.

Kuih Bom Tak Meletop

0
Kuih Bom Tak Meletop | Kuih bom merupakan kudapan yang dibuat daripada tepung pulut kemudian digolekkan pada biji bijan . Kalau korang , tak pernah buat kuih bom, selalunya bila pertama kali goreng, kuih bom korang akan meletop di dalam kuali dan pecah. Berdeailah isinya mengalir kelur.

Kuih Bom Tak Meletop


RESEPI KUIH BOM TAK MELETOP


Nak goreng kuih bom tak meletop, ada caranya. Untuk mengetahui resepi dan cara membuat kuih bom tak meletop, tips ada di bawah.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 sk garam
2 sudu makan gula
1 cawan air - atau lebih.
Bijan - untuk salutan
minyak untuk menggoreng
kacang merah - untuk inti

Cara membuatnya:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum, gula dan garam. gaul sebati,
- Masukkan air sedikit demi sedikit. uli sehingga menjadi doh.
- Ambil Sedikit adunan sebesar bola pingpong. leperkan dan masukkan inti. bulatkan
- Kemudian golek-golekkan ke dalam bijan sehingga bijan menyelaputi keseluruhan kuih.
- Untuk elak kuih bom meletop, goreng kuih bom dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan.

Selamat Mencuba

Murtabak Meggi Express

0
Murtabak Meggi Express | Meggi ni mee segera yang dah tesedia rencahnya . Masak meggi dengan rempahnya dengan cara rebus / goreng tu dah biasa . Sesekali nak juga luar biasa masak meggi guna resepi lain . Yang penting rencah meggi tu masih digunakan .

Murtabak Meggi Express

Murtabak Meggi Express


Murtabak selalunya dibuat menggunakan tepung gandum yang dicanai . Tapi sudah ramai yang menderhakai resepi bila buat murtabak menggunakan lasagna, kulit popia, roti dan meggi . Bukankah dunia moden perlu ada innovasi ? Barulah terbit banyak jenis resepi . Kita pun tak jemu dok hadap benda yang sama kan .

Bahan Bahan :
👇
(utk 4 - 5 kpg saiz gambar di atas)
2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
1 paket perencah maggie kari
4 biji telor
1/2 biji bawang besar - didadu sedikit daun bawang - dihiris halus1 tangkai cili merah
- dicincang/hiris halus
garam secukup rasa sedikit minyak masak

Cara Membuat :
👇
Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata. Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laa), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.Angkat dan hidangkan dengan sos.

Selamat mencuba 

Resepi Mee Kuah Kelate Superb

0
Resepi Mee Kuah Kelate Superb | Bulan puasa ni , makan yang berkuah lebih sedap ditekak Cek Qaseh tau . Tak kiralah menu dari mee ke , bubur manis ke , bubur lambuk ke,sup ke ataupun sayur . Bagi Cek Qaseh, bila kita berpuasa ni, banyak ai dalam badan dah terhidrat . Jadinya, bila berbuka, kita kena isi semula air yang hilang tu .


Resepi Mee Kuah Kelate Superb


Resepi Mee Kuah Kelate Superb



Hari ini Cek Qaseh nak kongsikan resepi Mee Kuah Kelate yang mudah je membuatnya . Bahasa orang kita, campak - campak je dah siap gitu . Tanpa buang masa , jomlah kita tengok apa bahan - bahan dan cara memasaknya .

Bahan - bahan : 

400 gram mee
10 biji bawang putih 
Udang
Dada ayam@ daging potong
Lada hitam 1 sudu kecil ( tumbuk kasar )
Sawi

tomato 
Lada Merah ( tumbuk kasar )
Telur ikut suka 

perasa

Cara-cara membuatnya :


1- Ketuk bawang putih, 

2- Panaskan minyak untuk menumis.
3- Goreng bawang putih dan lada merah hingga naik bau.
4- Masuk ayam @ 
daging dan tomato. Kacau sebentar sehingga betukar warna .
5- masuk air ikut suka mahu kuah banyak mana.
6- Rebus sampai ayam @ daging empuk . Jangan masak lama sangat . nanti daging jadi liat .
7- Masuk garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam.
8- Masukkan telur sebiji-sebiji ya. Jangan sampai telur hancur . Nak kejadian nampak bulat gitu.

9- masuk udang sayur dan mee .
10- Bila udang dah tukar warna, sayur dah layu, tutup api .

Selamat menjamu selera .