Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Sambal Budu Tempoyak

0

Sambal Budu Tempoyak | Untuk menghasilkan menu sehariah , kita perlu kreatif . Dalam satu hari je , kita makan tiga kali . Kalau sebulan , bagaimana ? Setahun , jangan ceritalah . Sudah tentu kita nak elak menghadap menu yang sama setiap hari .

Tempoyak


Tempoyak diperbuat daripada durian . Kalau tak tahu buat sendiri , beli sahaja yang sudah siap . Tempoyak selalunya orang masak dengan ikan patin jika di Pahang dan Perak . Kalau di Negeri Sembilan , tempoyak digunakan untuk masak gulai pucuk bersama petai . Pergh , memang sedap .

Budu


Budu adalah makanan asas bagi orang Kelantan . Kalau tak ada budu dalam menu harian , macam tak lengkap je hidangannya . Malah selera pun kurang . Budu ni diperbuat dari ikan bilis yang diperam untuk jangka masa yang lama .


Sambal Budu Tempoyak


Sambal Budu Tempoyak


Bila di dapur Cynta sudah ada budu dan tempoyak , maka Cynta memang dah tak sabar nak buat sambal budu bercampur tempoyak . Sambal budu tempoyak ni sedap dimakan bersama nasi panas dan juga menjadi pencecah ikan bakar .

Bahan - bahannya :


  • budu
  • tempoyak
  • limau kasturi
  • cili padi 
  • bawang merah ( dibelah empat )
  • bawang putih ( dicincang )

Cara Membuatnya :


1- Ambil lesung batu , masukkan cili padi , bawang merah dan bawang putih . Tumbuk hingga hancur kasar .

2- Masukkan budu dan perahkan limau kasturi . Gaul sebati .

3- Ambil mangkuk , masukkan bahan no. 2 . 

4- Ambil tempoyak , letakkan di atas budu . Kalau anda nak gaul sebati juga boleh .




Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam

0

Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam | Sambal belacan memang dah sinoim dengan orang melayu . Ada sesetengah orang tak berselera nak makan kalau tak ada sambal belacan . Sambal belacan juga menjadi sahabat baik kepada ulam ulaman dan ikan bakar .


Sambal Belacan Buah Pelam


Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam


Bila sesekali ada buah pelam aka mangga yang masam , maka mulalah otak ni fikir nak buat apa dengan pelam tu . Kalau makan gitu je , memang tak tahan gigi . Cuma satu je yang terfikir iaitu buat campuran dalam sambal belacan . Maka terhasillah sambal belacan buah pelam .


Sambal Belacan Buah Pelam


Bahan - bahannya


Cili padi 
Belacan
Bawang merah
Bawang putih 
Air asam jawa
Pelam / Mangga separuh masak
Garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya :


1- Bakar belacan agak -agak ada sedikit hangus diluarnya .

2- Tumbuk cili padi bersama bawang merah , bawang putih dan garam hingga lumat .

3- Masukkan belacan dan serbuk perasa , gaul mesra .

4- Masukkan hirisan pelam / mangga , dan gaul mesrakan menggunakan anak lesung .

5- Masukkan sedikit air asam jawa sekadar adunan menjadi sedikit cair . Gaul hingga mesra .


Sambal belacan buah pelam ni sedap dimakan bersama nasi panas , sayur bening dan ikan goreng . Selain itu sedap juga dimakan bersama lauk asam pedas .





Resepi Mudah Sambal Jawa

0

Resepi Mudah Sambal Jawa | Orang Jawa banyak resepi masakan mereka yang tersendiri . Antaranya yang pernah saya kongsikan di sini adalah Resepi Mudah Ayam Masak Ungkep . Selain dari itu ada juga ayam masak semur , sambal goreng dan lainnya .


Resepi Mudah Sambal Jawa

Sambal Jawa


Sambal Jawa ni sangat mudah disediakan sebab bahan - bahannya pun ringkas dan merupakan bahan asas untuk memasak .

Selalunya sambal jawa digunakan sebagai pencecah kepada pucuk daun ubi rebus , jantung pisang , sayur - sayuran yang dicelur juga ikan bakar dan ayam panggang .

Fungsi pengunaan sambal jawa ini sama sahaja dengan sambal belacan , sambal asam dan sambal kicap dalam hidangan makanan seharian

Resepi Mudah Sambal Jawa


Untuk membuat sambal jawa , berikut adalah bahan -bahan dan cara membuat Resepi Mudah Sambal Jawa untuk anda mencubanya .

Resepi Mudah Sambal Jawa

Mula-mula anda perlu sediakan Bahan A iaitu ;

Santan Pekat
Serai
Halia
Cekur
Bawang Putih
Daun Limau Purut
Ikan Bilis Hitam / Besar


Resepi Mudah Sambal Jawa

Apabila bahan-bahan sudah disediakan , ambil serai dan ketuk . Selepas itu , ambil pula halia , bawang putih dan juga cekur kemudian dirumbuk halus . Kemudian hiris pula cili padi .

Masukkan santan pekat dari santan kotak . Boleh juga gunakan santan segar dari dua biji kelapa yang diparut . Pastikan santan tidak cair kerana sambal jawa perlukan santan yang pekat .

Kemudian masukkan daun limau purut , serai , bahan yang ditumbuk , cili padi dihiris dan juga ikan bilis hitam .

Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah sehingga mendidih .


Resepi Mudah Sambal Jawa


Potong-potong bahan B di bawah untuk dijadikan bahan campuran :

Tomato dibelah empat
Bawang Besar dibelah empat
Kucai di potong-potong
Daun Cekur dihiris halus
Garam
Air Asam Jawa (pekat )

Bila santan sudah mendidih , masukkan air asam jawa yang pekat , kemudian masukkan juga semua bahan B diatas . Apabila daun kucai dan bawang sudah layu . tutup api . 

Hidangkan sambal jawa di dalam mangkuk bersama bahan sayur yang dicelur . Boleh juga dituangkan ke atas sayur yang dicelur . Bila nak makan , gaul semua sehingga jadi sekata dan mesra sebelum dimakan bersama nasi panas .


Resepi Mudah Sambal Jawa


Kalau ada yang tidak tahan pedas , boleh saja gantikan cili padi dengan cili besar sebagai ramuan sambal jawa . Mengikut resepi asal sambal jawa ini menggunakan cili besar  . Jika mahu pedas , gunakan saja cili padi dan campurkan dengan cili besar . 



Resepi Mudah Sambal Petai Udang Kering

2

Resepi Mudah Sambal Petai Udang Kering | Rakyat Malaysia memang sudah sinonim dengan sambal . Macam - macam jenis sambl ada . Sambal belacan , sambal ikan bilis , sambal kicap , sambal totok , sambal tumis dan banyak lagi . Manakala petai pula penyedap sampingan terutama bagi sambal belacan dan sambal ikan bilis .

Pes Cili


Cynta gunakan pes cili yang Cynta adun dan hasilkan sendiri . Kalau anda nak mencuba pes cili buatan Cynta , boleh saja klik resepinya di SINI .


Resepi Mudah Sambal Petai Udang Kering


Resepi Mudah Sambal Petai Udang Kering


Sambal udang petai memang menjadi kegemaran ramai . Sambal udang petai dimakan bersama nasi panas atau pun nasi lemak , memang menyelerakan . Rasanya semua rakyat Malaysia tahu nak buat sambai udang petai ni kan. Tapi kalau nak kelainan ikut resepi Cynta , moh la kita tengok resepi sambal petai udang kering di bawah ni ya .

Bahan - bahannya :

  • Pes cili
  • Cili padi
  • Udang 
  • Petai
  • Bawang Besar ( dikisar dan di hiris )
  • Bawang Putih
  • Udang Kering ( direndam )
  • Gula 
  • Garam 
  • Minyak
  • Daun limau purut
  • Air asam jawa

Cara membuatnya :


1- Kisar bersama bawang besar dan bawang putih , cili padi serta udang kering .

2- Panaskan minyak , masukkan bahan kisar . Tumis hingga naik minyak .

3- Masukkan pes cili , kacau hingga sebati .

4- Masukkan air asam jawa . Masak hingga mendidih .

5- Masukkan udang , bawang besar dihiris , daun limau purut , gula , garam dan petai .

6- Masak hingga udang bertukar warna dan kuah menjadi pekat . Tutup api dan hidangkan .



~ Air Tangan Cynta Zaa ~




Resepi Mudah Sambal Cecah Ayam Golek

0

Resepi Mudah Sambal Cecah Ayam Golek | Ada banyak sambal pencecah untuk ayam golek . Antaranya sambal belacan , sambal asam , cili jeruk , cili kicap masam manis dan sebagainya . Apa pun jenis sambal cecah , itu ikut selera masing - masing lah kan .


Resepi Mudah Sambal Cecah Ayam Golek

Sambal Cecah Ayam Golek


Cynta selalu saja makan ayam golek yang dibeli di kedai tetapi sambal cecah ayam golek itu tak kena pada tekak Cynta . Rasanya hanya masam sahaja . Jadinya , cuba buat sendiri untuk penuhi selera tekak itu lebih baik . Caranya pun mudah sahaja . Tak percaya ? Jom kita tengok dan cuba resepi mudah sambal cecah ayam golek di bawah ni .


Resepi Mudah Sambal Cecah Ayam Golek


Resepi Mudah Sambal Cecah Ayam Golek


Nak menghasilkan sambal cecah ayam golek ni , anda perlulah sediakan bahan - bahan berikut yang anda boleh saja dapatkan di pasar .

Bahan - bahannya :

  • 7 biji Cili Merah 
  • 11 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar ( holland )
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji tomato ( saiz besar )
  • garam
  • gula
  • lemon

Cara Membuatnya :


1- Potong kasar cili merah , bawang besar , bawang putih dan tomato .

2- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar kecuali lemon ke dalam pengisar .

3- Masukkan perahan sebiji lemon . Kisar lagi . 

4- Kuantiti gula dan garam , ikut citarasa anda .


Sambal cecah ayam golek ini juga boleh dijadikan sambal pencecah pada ikan bakar , kambing golek , ayam penyet dan ayam goreng . Boleh la anda mencuba untuk sajian hari raya haji nanti .