Sambal Budu Tempoyak | Untuk menghasilkan menu sehariah , kita perlu kreatif . Dalam satu hari je , kita makan tiga kali . Kalau sebulan , bagaimana ? Setahun , jangan ceritalah . Sudah tentu kita nak elak menghadap menu yang sama setiap hari .
Tempoyak
Tempoyak diperbuat daripada durian . Kalau tak tahu buat sendiri , beli sahaja yang sudah siap . Tempoyak selalunya orang masak dengan ikan patin jika di Pahang dan Perak . Kalau di Negeri Sembilan , tempoyak digunakan untuk masak gulai pucuk bersama petai . Pergh , memang sedap .
Budu
Budu adalah makanan asas bagi orang Kelantan . Kalau tak ada budu dalam menu harian , macam tak lengkap je hidangannya . Malah selera pun kurang . Budu ni diperbuat dari ikan bilis yang diperam untuk jangka masa yang lama .
Sambal Budu Tempoyak
Bila di dapur Cynta sudah ada budu dan tempoyak , maka Cynta memang dah tak sabar nak buat sambal budu bercampur tempoyak . Sambal budu tempoyak ni sedap dimakan bersama nasi panas dan juga menjadi pencecah ikan bakar .
Bahan - bahannya :
- budu
- tempoyak
- limau kasturi
- cili padi
- bawang merah ( dibelah empat )
- bawang putih ( dicincang )
Cara Membuatnya :
1- Ambil lesung batu , masukkan cili padi , bawang merah dan bawang putih . Tumbuk hingga hancur kasar .
2- Masukkan budu dan perahkan limau kasturi . Gaul sebati .
3- Ambil mangkuk , masukkan bahan no. 2 .
4- Ambil tempoyak , letakkan di atas budu . Kalau anda nak gaul sebati juga boleh .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon