Resepi Mudah Sambal Jawa | Orang Jawa banyak resepi masakan mereka yang tersendiri . Antaranya yang pernah saya kongsikan di sini adalah Resepi Mudah Ayam Masak Ungkep . Selain dari itu ada juga ayam masak semur , sambal goreng dan lainnya .
Sambal Jawa
Sambal Jawa ni sangat mudah disediakan sebab bahan - bahannya pun ringkas dan merupakan bahan asas untuk memasak .
Selalunya sambal jawa digunakan sebagai pencecah kepada pucuk daun ubi rebus , jantung pisang , sayur - sayuran yang dicelur juga ikan bakar dan ayam panggang .
Fungsi pengunaan sambal jawa ini sama sahaja dengan sambal belacan , sambal asam dan sambal kicap dalam hidangan makanan seharian
Selalunya sambal jawa digunakan sebagai pencecah kepada pucuk daun ubi rebus , jantung pisang , sayur - sayuran yang dicelur juga ikan bakar dan ayam panggang .
Fungsi pengunaan sambal jawa ini sama sahaja dengan sambal belacan , sambal asam dan sambal kicap dalam hidangan makanan seharian
Resepi Mudah Sambal Jawa
Untuk membuat sambal jawa , berikut adalah bahan -bahan dan cara membuat Resepi Mudah Sambal Jawa untuk anda mencubanya .
Mula-mula anda perlu sediakan Bahan A iaitu ;
Santan PekatSerai
Halia
Cekur
Bawang Putih
Daun Limau Purut
Ikan Bilis Hitam / Besar
Apabila bahan-bahan sudah disediakan , ambil serai dan ketuk . Selepas itu , ambil pula halia , bawang putih dan juga cekur kemudian dirumbuk halus . Kemudian hiris pula cili padi .
Masukkan santan pekat dari santan kotak . Boleh juga gunakan santan segar dari dua biji kelapa yang diparut . Pastikan santan tidak cair kerana sambal jawa perlukan santan yang pekat .
Kemudian masukkan daun limau purut , serai , bahan yang ditumbuk , cili padi dihiris dan juga ikan bilis hitam .
Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah sehingga mendidih .
Potong-potong bahan B di bawah untuk dijadikan bahan campuran :
Tomato dibelah empatBawang Besar dibelah empat
Kucai di potong-potong
Daun Cekur dihiris halus
Garam
Air Asam Jawa (pekat )
Bila santan sudah mendidih , masukkan air asam jawa yang pekat , kemudian masukkan juga semua bahan B diatas . Apabila daun kucai dan bawang sudah layu . tutup api .
Hidangkan sambal jawa di dalam mangkuk bersama bahan sayur yang dicelur . Boleh juga dituangkan ke atas sayur yang dicelur . Bila nak makan , gaul semua sehingga jadi sekata dan mesra sebelum dimakan bersama nasi panas .
Kalau ada yang tidak tahan pedas , boleh saja gantikan cili padi dengan cili besar sebagai ramuan sambal jawa . Mengikut resepi asal sambal jawa ini menggunakan cili besar . Jika mahu pedas , gunakan saja cili padi dan campurkan dengan cili besar .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon