Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam | Sambal belacan memang dah sinoim dengan orang melayu . Ada sesetengah orang tak berselera nak makan kalau tak ada sambal belacan . Sambal belacan juga menjadi sahabat baik kepada ulam ulaman dan ikan bakar .
Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam
Bila sesekali ada buah pelam aka mangga yang masam , maka mulalah otak ni fikir nak buat apa dengan pelam tu . Kalau makan gitu je , memang tak tahan gigi . Cuma satu je yang terfikir iaitu buat campuran dalam sambal belacan . Maka terhasillah sambal belacan buah pelam .
Bahan - bahannya
Cili padi
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Air asam jawa
Pelam / Mangga separuh masak
Garam dan serbuk perasa
Cara Membuatnya :
1- Bakar belacan agak -agak ada sedikit hangus diluarnya .
2- Tumbuk cili padi bersama bawang merah , bawang putih dan garam hingga lumat .
3- Masukkan belacan dan serbuk perasa , gaul mesra .
4- Masukkan hirisan pelam / mangga , dan gaul mesrakan menggunakan anak lesung .
5- Masukkan sedikit air asam jawa sekadar adunan menjadi sedikit cair . Gaul hingga mesra .
Sambal belacan buah pelam ni sedap dimakan bersama nasi panas , sayur bening dan ikan goreng . Selain itu sedap juga dimakan bersama lauk asam pedas .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon