Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan | Di kampung halaman ada sepokok belimbing buluh . Bila berbuah , tidak ada siapa yang berminat nak ambilnya . Bila balik kampung , cuma saya yang suka makan belimbing buluh sama ada buat campuran dalam masakan , buat sambal belimbing buluh ataupun buat jeruk belimbing buluh .
Khasiat Belimbing Buluh
Belimbing buluh atau dikenali juga sebagai Averrhoa belimbi linn dalam bahasa saintifiknya , mengandungi banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan , malah juga belimbing buluh baik untuk kecantikan wajah juga lainnya.
Antara khasiat belimbing buluh adalah
- menghilangkan jerawat , melembutkan kulit muka
- melegakan sakit-sakit sendi
- merawat panau
- menurunkan tekanan darah tinggi
- meredakan batuk
- meredakan penyakit kuning pada bayi
- menghilangkan kotoran pada pakaian
- merawat kencing manis
- melegakan sakit gigi ( bunga belimbing buluh )
- merawat demam panas
Kajian menunjukkan belimbing buluh dikesan memiliki kandungan oksalat yang tinggi . Jika anda memakan belimbing buluh dengan jumlah yang banyak dan kerap , ianya boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing anda .
Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan
Belimbing buluh ini masam teramat kalau dimakan begitu sahaja . Jadinya , selalunya belmbing buluh dimakan dengan bercicahkan gula ataupun dibuat jeruk belimbing buluh untuk kurangkan rasa masamnya .
Kalau ada yang berminat nak buat jeruk belimbing buluh , di bawah ni dikongsikan Cara Mudah Buat Jeruk Belimbing Buluh Hanya Dengan 4 Bahan
Nak buat jeruk belimbing buluh mudah saja . Anda hanya perlukan
- belimbing buluh
- air kapur
- gula
- garam
Langkah-langkah nak membuat jeruk belimbing buluh seperti berikut
- rendam belimbing buluh dalam air kapur selama 15 minit .
- cuci belimbing buluh
- masukkan belimbing buluh dalam bekas
- taburkan gula dan garam ( lebihkan gula / garam sedikit sahaja )
- simpan semalamn dalam peti sejuk
- selepas semalaman , buang air yang aa di dalam bekas
- bolehlah simpan selama mana yang anda mahukan
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon