Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

1

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri | Sekarang ini sudah ramai orang yang lebih sukakan sukatan cawan untuk membuat kek berbanding gram . Begitu juga dengan Cynta . Rasa leceh pula bila tengok resepi je , sukatan kek gunakan gram sebab Cynta tak ada timbang di rumah .


Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri

Sukatan


Sukatan sangat penting dalam membuat pastri , kek , roti dan biskut . Kalau sukatan bahan kek , roti tidak tepat , selalunya kek dan roti tidak akan terhasil dengan cantik dan gebu .

Tahukah anda bahawa ada formula sukatan untuk setiap bahan kek , roti , pastri dan biskut ? Kalau anda dah biasa membuat pastri , kek , roti dan biskut , sudah tentu tak ada masalah menghasilkannya tanpa penimbang .

Kadar Tukaran Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Kek , Biskut Dan Pastri


Oleh kerana Cynta lebih suka menggunakan sukatan cawan berbandin gram , di sini Cynta kongsikan dengan anda macam mana nak tukar sukatan gram kepada cawan dengan mudah . Kadar tukaran sukatan gram ke cawan untuk kek , bisku dan pastri ni mudah je . Malah anda boleh hafal kalau selalu gunakan .

Sukatan Untuk Bahan Asas Buat Kek , Biskut Dan Pastri


Sukatan di bawah ini jangan pula anda tambah dan kurangkan ya . Kalau tidak anda pasti menyesal .

Tepung
  • 45 gram = 1/4 cawan
  • 65 gram = 1/2 cawan
  • 90 gram = 3/4 cawan
  • 125 gram tepung gandum = 1 cawan

Gula
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4
  • 250 gram gula kastor = 1 cawan

Gula Ising
  • 400 gram gula ising = 3 cawan

Mentega
  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4 cawan
  • 250gram mentega / marjerin = 1 cawan

Sukatan Untuk Cecair


Untuk sukatan cecair , lagi mudah jika anda ada jug bersama ukuran sukatan di dapur anda .

  • 2 camca besar = 1 auns cecair = 30 ml
  • 1/4 cawan = 2 auns cecair = 50 ml
  • 1/2 cawan = 4 auns cecair = 125 ml
  • 3/4 cawan = 6 auns cecair = 180 ml                    
  • 1 cawan = 8 auns cecair = 250 ml
  • 2 cawan = 16 auns cecair ( 1 pint ) = 500 ml
  • 2 1/2 cawan = 20 auns cecair = 625 ml
  • 4 cawan = 32 auns cecair ( 1 quart ) = 1 liter / 1000 ml

Kerja Jadi Mudah


Dengan adanya sukatan untuk cawan sebagaimana di atas , kerja anda jadi mudah . Cynta memang dari dulu guna sukatan cawan sama ada nak buat kek atau pun biskut . Mula - mula dulu , Cynta nekad je buat . Jadi ke tak , itu belakang kira . Sekarang dah biasa , jadi Cynta dah boleh agak adunan yang macam mana untuk dapatkan kek yang gebu dan naik dengan cantik juga doh yang macam mana boleh dapatkan biskut yang rangup .


Selamat Mencuba Ya ...





Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan

0

Kek Coklat Nescafe Moist  Sukatan Cawan | Ada banyak versi membuat kek coklat . Pun begitu , kek coklat yang lembab / moist seperti brownies menjadi kegemaran ramai sama ada menggunakan kaedah bakar ataupun kukus .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan

Kek Coklat


Coklat adalah bahan asas kepada kek coklat . Ramai yang menggunakan serbuk koko . Untuk resepi kek coklat moist nescafe Cynta memilih coklat masakan kerana nak dapatkan rasa coklat yang lebih pekat .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan

Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Untuk kek coklat nescafe moist ini , Cynta menggunakan kaedah sukatan cawan yang Cynta dapatkan dari kawan my kakak merangkap jiran kami yang mengambil tempahan membuat kek coklat moist berpuluh tahun dahulu . Tapi sekarang , dah banyak resepi kek coklat moist ni di internet . Oklah , Cynta terus je masuk ke resepi kek coklat nescafe moist sukatan cawan .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Bahan-bahannya :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur grade A
  • 1 1/2 cawan gula ( kalau nak lebih manis , tambah lagi )
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan air
  • 1 buku coklat masakan 
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe dicampurkan sedikit air suam untuk cairkannya
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat



Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Cara Membuatnya :


Untuk membuat adunan kek , coklat haruslah dicairkan terlebih dahulu sebagaimana langakah berikut : 

Bahan Coklat


1- Masukkan coklat masakan , susu dan minyak mazola ke dalam bekas . 

2- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiling . 

3- Kacau hingga cair . Angkat , letak tepi .

Adunan Kek


1- Pecahkan telur , putar telur bersama gula hingga kembang ( keputihan ) .

2- Campurkan tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder , Ayak bersama .

3- Masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli dengan adunan coklat dan juga air .

4- Masukkan nescafe . Gaul sebati .

5- Sebelum masukkan ke dalam pengukus , pastikan air kukusan sudah mendidih . 

6- Kukus selama 2 jam .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Tips


Apa pun jenis cawan yang anda gunakan termasuk mug , ia tetap dapat hasilkan kek coklat nescafe moist yang sempurna . Balut penutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan air jatuh je atas kek coklat moist nescafe anda .

~ Air Tangan Cynta Zaa ~



Resepi Mudah Kek Red Velvet Ribena Sukatan Cawan

0

Resepi Mudah Kek Red Velvet Ribena Sukatan Cawan | Berinspirasikan kek red velvet yang popular dipasaran , Cynta ubah sikit resepi kek red velvet untuk mencuba . Hasilnya memang tak mengecewakan . Dalam mencipta resepi ni , kita sebenarnya kena berani mencuba benda baru .


Kek Red Velvet Ribena


Resepi Mudah Kek Red Velvet Ribena Sukatan Cawan


Resepi mudah kek red velvet ribena sukatan cawan ni sama saja dengan resepi asal . Cuma Cynta tukarkan cuka dengan ribena . Rasa masam tu sama je cuma kurang tajam berbanding cuka .


Kek Red Velvet Ribena


Bahan - bahannya :


  • 1 cawan mentega
  • 6 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan jus ribena
  • 1 cawan gula kastor


Kek Red Velvet Ribena

Cara Membuatnya :


1- Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk . Putar hingga gebu .

2- Masukkan telur satu demi satu .

3- Masukkan serbuk koko , garam dan pewarna merah . Gaul rata .

4- Ambil mangkuk , ayak tepung gandum , soda bikarbonat dan baking soda bersama .

5- Masukkan no.4 dan susu segar berselang seli , sedikit demi sedikit .

6- Akhir sekali , masukkan jus ribena . Gaul lebih kurang saja .

7 - Masukkan adunana ke dalam loyang kek .

8- Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit .

9- Bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau sehingga adunan kek masak menggunakan api bawah terlebih dahulu dan gantikan dengan api atas pada 10 minit terakhir untuk elak bahagian atas hangus .


    Kek Red Velvet Ribena






    Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan

    2

    Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan | Kek adalah pencuci mulut yang digemari ramai di seluruh dunia . Ibarat tiada istilah jemu . Hanya orang yang berdiet sahaja menjauhi kek . Kalau dahulu kek hanya untuk sambutan harijadi , majlis pertunangan dan juga perkahwinan , kini kek sudah menjadi makanan harian . 

    Selain  kek , roti adalah makanan dari barat yang sudah menjadi sinonim dalam kehidupan kita . Selain menjadi hidangan sarapan ringkas , roti juga mudah didapati untuk mengalas perut . Malah sudah ramai orang yang pandai membuat roti sendiri .


    Kek Roti Gebu

    Resepi Mudah Kek Roti Gebu Sukatan Cawan


    Pun begitu , pernahkah anda mendengar kek roti? Kek roti sukatan cawan terhasil daripada gabungan bahan membuat roti dan bahan membuat kek . Ianya berlaku secara sepontan . Idea Cynta datang secara tiba - tiba ketika Cynta mahu membuat kek . Maka terhasillah resepi mudah kek roti gebu . Cara nak membuat kek roti gebu sukatan cawan ini mudah sahaja .

    Bahan - bahan :

    • 3 cawan tepung gandum 
    • 1 cawan minyak mazola
    • 2 biji telur grade A
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 1 cawan susu cair
    • 1 sudu teh baking soda
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh serbuk yis kering
    • 1 sudu teh esen pandan

    Cara membuat :


    1- Masukkan telur , susu pekat manis , esen pandan dan serbuk yis kering , putar hingga gebu .
    2- Ayak tepung gandum bersama soda biarbonat dan baking soda .
    3- Masukkan bahan nombor 2 sedikit demi sedikit bersilih ganti dengan susu cair menggunakan kelajuan sederhana .
    4- Masukkan minyak mazola dan gaul menggunakan kaedah kaup balik .
    5- Panaskan oven selama 10 minit .
    6- Suhu dan masa untuk memasak kek mengikut jenis oven anda .


    Kek Roti Gebu


    Kek Roti Gebu Naik Cantik


    Sekiranya anda mahu kek roti gebu anda naik sedikit , anda boleh biarkan sebentar selama 15 hingga 30 minit . Selepas oven panas , saya terus saja bakar sebab sudah tidak sabar hendak melihat hasilnya . Hasilnya memang mengejutkan saya . Ini kerana struktur kek tersebut lebih lembut daripada kek yang selalu saya buat .




    Resepi Mudah Kek Beras Sukatan Cawan

    0

    Resepi Mudah Kek Beras Sukatan Cawan | Cynta suka sangat tengok drama Korea . Selalunya kalau on tv tu memang terus je tekan channel korea di Astro . Dalam drama korea ni selalu ada saja kuih beras . Jadinya , Cynta pun nak tahu sangat apa resepi kuih beras tu . Tapi belum jumpa lagi setakat ini . Mungkin kena cari dalam bahasa Korea agaknya .


    Resepi Mudah Kek Beras

    Kek Beras


    Berjalan - jalan di facebook , terjumpa pula resepi kek beras . Wah , Cynta memang suka sangatlah . Suka nak mencuba sebenarnya . Kat dapur Cynta tu banyak sangat tepung beras . 

    Cynta selalunya tengok arwah bonda gunakan tepung beras untuk buat kuih kukus tapi tak pernah buat kek beras . Jadinya , perasaan teruja nak cuba kek beras tu memang tinggi .

    Resepi Mudah Kek Beras Sukatan Cawan


    Cynta suka ubah resepi . Makanya , Cynta ubah la resepi kek beras ni ikut citarasa Cynta . Cynta suka buat kek letak susu pekat manis dan buat kek menggunakan sukatan cawan . Jadinya , kek beras sukatan cawan ni Cynta tambah susu pekat manis .

    Alhamdulillah , percubaan membuat resepi mudah kek beras sukatan cawan menjadi . Jadinya , dengan senang hati , Cynta kongsikan dengan anda macam mana nak buat resepi kek beras sukatan cawan yang mudah ni .


    Resepi Mudah Kek Beras


    Bahan - bahannya :


    • 5 biji telur grade A
    • 1 1/2 cawan tepung beras
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 cawan mentega
    • 1 cawan gula kastor
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 sudu kecil essen vanilla

    Resepi Mudah Kek Beras

    Cara Membuatnya :


    1- Masukkan telur , mentega dan gula ke dalam mangkuk . Putar hingga gebu .

    2- Ayak tepung gandum , tepung beras , baking soda dan soda bikarbonat .

    3- Masukkan tepung ( 2 ) ke dalam 1 .

    4- Masukkan essen vanilla , gaul sebati .

    5- Bakar dalam oven 170 darjah atau mengikut kepanasan oven anda selama 40 minit .


    ~ Air tangan Cynta Zaa ~



    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

    0

    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan | Anak buah Cynta sangat sukakan kek coklat . Cynta pula suak buat kek . Kalau buat kek coklat guna cara dan resepi yang sama , boring lah pulak . Kalau tak banyak pun , sikit bahannya akan Cynta ubah .


    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

    Kek Coklat 


    Nak hasilkan kek coklat , anda ada pilihan sama ada anda nak gunakan serbuk koko , liquid emulco ataupun gunakan coklat masakan . Antara serbuk koko , liquid emulco dan coklat masakan , ketiga - tiganya Cynta dah cuba . 

    Kalau anda nakkan rasa coklat yang pekat atau rasa kek coklat lebih kepada kek brownies , Cynta sarankan anda gunakan coklat masakan . Caranya , anda perlu cairkan coklat masakan itu terlebih dahulu bersama liquid emulco , mentega dan susu segar / susu cair .


    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


    Dah tak sabar nak ambil Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Cynta ? Jomlah kita skroll ke bawah ya . Bahan - bahan Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan dan cara membuat Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan ni mudah sahaja .


    Resepi Mudah Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

    Bahan A :

    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan minyak
    • 1 cawan susu pekat
    • 1/2 cawan gula pasir
    • sedikit garam

    Campur semua bahan di atas di dalam periuk , masak di atas api yang perlahan . Kacau sehingga semua bahan sebati . Tutup api dan biarkan sejuk .

    Bahan B :

    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil soda bikarbnat
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 4 biji telur 

    1- Pukul telur selama 5 minit atau sehingga kembang .

    2- Ayak bersama tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder .

    3- Masukkan tepung ( 2 ) ke dalam telur . Gaul hingga sebati .

    4- Kukus di dalam rice cooker selama 15 minit .



    ~ Air Tangan Cynta Zaa ~