Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Kek Coklat Nescafe Moist  Sukatan Cawan | Ada banyak versi membuat kek coklat . Pun begitu , kek coklat yang lembab / moist seperti brownies menjadi kegemaran ramai sama ada menggunakan kaedah bakar ataupun kukus .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan

Kek Coklat


Coklat adalah bahan asas kepada kek coklat . Ramai yang menggunakan serbuk koko . Untuk resepi kek coklat moist nescafe Cynta memilih coklat masakan kerana nak dapatkan rasa coklat yang lebih pekat .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan

Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Untuk kek coklat nescafe moist ini , Cynta menggunakan kaedah sukatan cawan yang Cynta dapatkan dari kawan my kakak merangkap jiran kami yang mengambil tempahan membuat kek coklat moist berpuluh tahun dahulu . Tapi sekarang , dah banyak resepi kek coklat moist ni di internet . Oklah , Cynta terus je masuk ke resepi kek coklat nescafe moist sukatan cawan .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Bahan-bahannya :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur grade A
  • 1 1/2 cawan gula ( kalau nak lebih manis , tambah lagi )
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan air
  • 1 buku coklat masakan 
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe dicampurkan sedikit air suam untuk cairkannya
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat



Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Cara Membuatnya :


Untuk membuat adunan kek , coklat haruslah dicairkan terlebih dahulu sebagaimana langakah berikut : 

Bahan Coklat


1- Masukkan coklat masakan , susu dan minyak mazola ke dalam bekas . 

2- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiling . 

3- Kacau hingga cair . Angkat , letak tepi .

Adunan Kek


1- Pecahkan telur , putar telur bersama gula hingga kembang ( keputihan ) .

2- Campurkan tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder , Ayak bersama .

3- Masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli dengan adunan coklat dan juga air .

4- Masukkan nescafe . Gaul sebati .

5- Sebelum masukkan ke dalam pengukus , pastikan air kukusan sudah mendidih . 

6- Kukus selama 2 jam .


Kek Coklat Nescafe Moist Sukatan Cawan


Tips


Apa pun jenis cawan yang anda gunakan termasuk mug , ia tetap dapat hasilkan kek coklat nescafe moist yang sempurna . Balut penutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan air jatuh je atas kek coklat moist nescafe anda .

~ Air Tangan Cynta Zaa ~



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon