Resepi Mudah Cucur Udang Geragau | Cucur adalah sejenis makanan kudapan yang selalu dihidangkan pada waktu sarapan juga waktu bersantai di petang hari . Ada sesetengah orang memanggilnya jempu - jemput . Itu mungkin kerana fizikal cucur yang hanya sejemput sahaja besarnya . Cucur ada bermacam - macam bahan campuran dan variasinya .
Resepi Mudah Cucur Udang Geragau
Untuk resepi hari ini , saya nak kongsikan kepada anda resepi cucur udang geragau . Cara pembuatannya mudah sahaja . Kaedahnya sama sahaja dengan cucur yang lain . Bezanya hanyalah bahan yang di gunakan . Sudah tentulah saya gunakan udang geragau sebagai bahan utama .
Udang geragau adalah udang yang kecil . Udang geragau ni selalunya orang gunakan untuk hasilkan belacan . Bila sebut belacan , tentu anda kenal udang geragau kan .
Bahan - Bahan Yang Diperlukan
Untuk membuat cucur udang geragau , anda perlukan bahan - bahan berikut :
- udang geragau
- tepung gandum
- 1 biji telur
- daun ketumbar dicincang
- bawang besar dipotong dadu
- cili padi dicincang ( pilihan )
- air
- sedikt garam
- sedikit serbuk ikan bilis
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara Membuatnya
Untuk menghasilkan cucur udang geragau , langkah - langkah yang perlu anda lakukan adalah :
1- Cuci udang geragau dan toskan .
2- Ambil mangkuk , masukkan telur dan serbuk ikan bilis , kacau sebati .
3- Masukkan udang geragau , daun ketumbar , bawang besar dan cili padi , campurkan hingga mesra .
4- Masukkan air yang sudah dicampurkan dengan sedikit garam dan soda bikarbonat , gaul hingga sebati .
5- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang anda mahukan .
6- Biarkan sebentar dalam 30 minit untuk beri ruang kepada soda bikarbonat bertindakbalas .
7- Goreng dalam minyak yang panas .
Tahap kecairan adunan mengikut kesukaan anda . Ada orang suka adunan yang sedikit cair , ada juga yang sukakan adunan yang sedikit pekat . Sukatan / kuantiti bahan - bahan pula terpulang kepada anda sebanyak mana yang anda mahu gunakan .
1 comments:
Write commentssedapnya cucur udang..tapi saya pon kadangkala tak berkesempatan nak membuatnya..huhu
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon