Cara Mudah Lembutkan Daging | Daging merupakan sajian yang disukai kebanyakah kita tak kiralah sama ada daging kambing atau daging lembu . Selaunya daging akan menjadi sajian utama untuk menu arab , menu dimajlis perkahwinan , menu di hari raya dan sebagainya .
Daging
Tak kira apa jenis daging sekalipun , ada daging yang mudah lembut dimasak , ada juga daging yang dimasak berjam-jam walaupun guna periuk tekanan tapi masih tak mahu lembut juga .
Sama ada daging itu lembut atau keras bila dimasak adalah mengikut bahagian mana daging itu diambil di sampin teknik memasak yang betul .
Sama ada daging itu lembut atau keras bila dimasak adalah mengikut bahagian mana daging itu diambil di sampin teknik memasak yang betul .
Cara Mudah Lembutkan Daging
Banyak cara untuk lembutkan daging kalau ikut petua orang tua kita . Selalunya cara yang popular adalah masak daging tu sehingga lembut walaupun berjam - jam lamanya . Mau habis terus gas tu dibuatnya . Pun begitu , sebenarnya ada cara mudah untuk lembutkan daging yang anda patut cuba .
Lemon
Cara mudah untuk lembutkan daging , anda cuma perlu perap daging tu dengan lemon . Selain itu boleh juga gunakan asam jawa . Persamaan asam jawa dan lemon adalah masam / asid sitrik . Asid inilah yang membantu daging untuk merungkai urat - uratnya supaya mudah lembut bila dimasak .
Cara Memotong
Selain itu , cara anda memotong daging juga perlu diambi kira . Sebelum memtong , anda perlu pastikan ira daging itu menegak ataupun melintang . Sekiranya menegak , anda perlu potong daging itu secara melintang dan begitu juga jika sebaliknya .
Tempoh Memasak
Daging sama juga seperti makanan laut yang tak perlu dimasak lama . Lagi lama anda masak , lagi keras daging tersebut . Seeloknya anda masak daging diantara 15 hingga 30 minit sahaja .
Bahagian Daging
Kalau anda nak daging anda cepat lembut , belilah daging bahagian tanderloin . Daging tenderloin ni terletak pada bahagian pinggang berdekatan dengan ginjal . Oleh kerana otot - oto daging pada bahagian ini kurang bergerak , maka dagingnya jadi lembut dan mudah untuk dimasak . Mudah saja untuk anda membelinya di pasaraya tetapi harganya lebih mahal dari daging bahagian lain .
Petua Orang Tua
Ada nenek moyang kita yang menggunakan pelbagai kaedah dan campuran bertujuan untuk melembutkan daging . Antaranya
- memasak daging bersama daun nangka
- memasak daging bersama sudu dan garfu
- memasak daging berjam - jam sehingga daging jadi lembut
- memasak daging dengan mencampurkan buah keras ke dalamnya
- memasak daging bersama betik muda
- memasak daging bersama tempe
Hanya satu petua oran tua yang selalu digunakan untuk melembutkan daging iaitu masak berjam - jam hingga lembut . Sekarang , cuma perlu masak daging dalam masa kurang dari 30 minit saja untuk lembutkan daging menggunakan periuk tekanan selain perap dahulu bersama lemon .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon