Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan

0

Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan | Anak buah Cynta suka sangat bersarapan dengan bijirin terutama koko krunch . Bagi Cynta , makan bijirin ni tak mengenyangkan apatah lagi kita perlukan tenaga pada awal pagi . Tapi cukuplah untuk mengalas perut bagi mereka yang bekerja hanya duduk di kerusi . Bijirin ni sebenarnya sangat sesuai dengan wanita . Kenapa ? Bacalah seterusnya .


Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan

Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan


Wanita yang cenderung memilih bijirin untuk sarapan pagi cenderung untuk mencapai berat badan seimbang berbanding mereka yang gemar lain - lain hidangan atau yang langsung tidak mengambil sebarang makanan sebagai sarapan .

Kajian mendapati 30 peratus wanita yang mengamalkan memakan bijirin waktu sarapan dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding wanita yang tidak mengambil sarapan walaupun mengamalkan senaman .

Khasiat Bijirin


Kajian menunjukkan serat , vitamin dan mineral yang terkandung dalam bijirin menyumbang kepada aktiviti mengawal berat badan . 

Berbanding dengan mereka yang memakan hidangan yang lain untuk sarapan , penggemar bijirin mendapat lebih fiber dan kurang lemak dan ia merupakan satu program diet yang mempunyai pengawalan berat badan yang seimbang .

Kalsium dalam susu merupakan satu mineral penting dalam pemakanan bijirin kerana ia membantu mengawal lemak di badan . 

Bagaimanapun , saintis tidak dapat mencari jawapan mengapa khasiat bijirin ini hanya dapat dimanfaatkan oleh kaum wanita . 

Bagi Cynta , bijirin tidak memberi kesan kepada diet lelaki kerana orang lelaki lebih suka ambil sarapan yang lebih berat dari sekadar bijiran kerana keperluan tenaga mereka yang lebih banyak .

Jika seseorang itu tidak memakan sarapan ia bukannya sesuatu yang baik kerana mereka akan mengambil makanan tengahari dan malam dalam kuantiti yang banyak .





Kurus Dalam Masa Yang Singkat

0

Kurus Dalam Masa Yang Singkat | Masalah kegemukan memang menjadi masalah kepada ramai wanita . Mereka yang berbadan gempal ini akan menghadapi kesukaran untuk mencari saiz baju yang sesuai malah yanglebih teruk lagi apabila berasa hilang keyakinan diri . 

Pastinya wanita yang menghadapi masalah berat badan berazam untuk melangsingkan badan mereka bagi membolehkan mereka mengekspresi gaya peribadi .


Kurus Dalam Masa Yang Singkat

Kurus Dalam Masa Yang Singkat


Bagi anda yang menghadapi masalah berat badan , diperturunkan beberapa cara ataupun latihan Kurus Dalam Masa Yang Singkat seperti berikut yang mampu untuk membakar 150 kalori . Caranya mudah dan tidak memakan begitu banyak masa . Jadi apa salahnya anda mencuba kaedah Kurus Dalam Masa Yang Singkat sebagaimana di bawah .


Cara Yang Mudah


Antara cara atau senaman yang boleh dilakukan untuk Kurus Dalam Masa Yang Singkat adalah
  • berjalan untuk 1.5 kilometer dalam masa 35 minit 
  • berlari 1.5 kilometer dalam masa 15 minit
  • membersihkan tingkap dalam masa 45 hingga 60 minit 
  • berbasikal dalam 5 kilometer selama 30 minit 
Anda juga boleh 
  • menari dengan bersemangat selama 30 minit 
  • berenang selama 20 minit
  • bermain lompat tali selama 15 minit
  • turun dan naik tangga selama 15 minit 
  • berkebun selama 30 hingga 45 minit 
Selain dari senaman di atas , anda juga boleh melakukan beberapa cara lain untuk menurunkan berat badan anda . Caranya begitu mudah antaranya adalah 
  • jangan melewatkan sarapan pagi 
  • jangan mengambil makanan selepas pukul 8 malam
  • jangan mengambil makanan bergula
  • jangan memotong kalori lebih daripada 1200 sehari kerana akan menyebabkan tubuh kurang zat

Rancangkan juga aktiviti harian anda agar fokus anda tidak hanya pada makanan sahaja . Anda juga tidak perlu rasa bersalah sekiranya melakukan perlanggaran diet . Jangan bimbang anda masih boleh kembali pada diet asal anda .