Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan | Anak buah Cynta suka sangat bersarapan dengan bijirin terutama koko krunch . Bagi Cynta , makan bijirin ni tak mengenyangkan apatah lagi kita perlukan tenaga pada awal pagi . Tapi cukuplah untuk mengalas perut bagi mereka yang bekerja hanya duduk di kerusi . Bijirin ni sebenarnya sangat sesuai dengan wanita . Kenapa ? Bacalah seterusnya .
Sarapan Bijirin Bantu Kawal Berat Badan
Wanita yang cenderung memilih bijirin untuk sarapan pagi cenderung untuk mencapai berat badan seimbang berbanding mereka yang gemar lain - lain hidangan atau yang langsung tidak mengambil sebarang makanan sebagai sarapan .
Kajian mendapati 30 peratus wanita yang mengamalkan memakan bijirin waktu sarapan dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding wanita yang tidak mengambil sarapan walaupun mengamalkan senaman .
Khasiat Bijirin
Kajian menunjukkan serat , vitamin dan mineral yang terkandung dalam bijirin menyumbang kepada aktiviti mengawal berat badan .
Berbanding dengan mereka yang memakan hidangan yang lain untuk sarapan , penggemar bijirin mendapat lebih fiber dan kurang lemak dan ia merupakan satu program diet yang mempunyai pengawalan berat badan yang seimbang .
Kalsium dalam susu merupakan satu mineral penting dalam pemakanan bijirin kerana ia membantu mengawal lemak di badan .
Bagaimanapun , saintis tidak dapat mencari jawapan mengapa khasiat bijirin ini hanya dapat dimanfaatkan oleh kaum wanita .
Bagi Cynta , bijirin tidak memberi kesan kepada diet lelaki kerana orang lelaki lebih suka ambil sarapan yang lebih berat dari sekadar bijiran kerana keperluan tenaga mereka yang lebih banyak .
Jika seseorang itu tidak memakan sarapan ia bukannya sesuatu yang baik kerana mereka akan mengambil makanan tengahari dan malam dalam kuantiti yang banyak .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon