Cara Mudah Mematikan Racun Santau / Sihir

Santau / Sihir

Santau / sihir merupakan perbuatan halus yang dilakukan seseorang terhadap seseorang yang lain bertujuan untuk menjadikannya derita.

https://qaseh-wanita.blogspot.com/2019/11/cara-mudah-mematikan-racun-santau-sihir.html

Jenis-jenis Santau / Sihir



Santau juga ada pelbagai jenis. Santau yang sering digunakan antaranya ialah :

▪ *Santau Makan/Minum*

Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan / minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

▪ *Santau Angin*

Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

▪ *Santau Tuju*

Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

▪ *Santau Langkah*

Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa² logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

▪ *Santau Batuk*

Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala.

Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Ada 3 jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. 


Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih._

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur², bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar² kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan² kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Santau/sihir ini jika tidak dirawat segera akan memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain.

Cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut


▪Cari kelapa muda
Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tengahari - 1 petang. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum di dalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.

▪Sebelum minum air kelapa tersebut baca :
surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa .
(contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

▪Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yang ada di tubuh seseorang yang terkena santau.

▪Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali.
Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kenser, ketumbuhan atau sakit2 kronik yang lain. Insya Allah.

_Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan_

--------------------------------------------------------------------------

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا   ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ   ۗ  وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona'uu, innamaa shona'uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada."
(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita❓


Bagi seseorang yg telah disantau/sihir pasti ingin mengatahui siapakah orang yang menyantaunya. Baiklah disini saya kongsikan kaedahnya, tapi perlu diniatkan bukan untuk membalas dendam tapi hanya untuk lebih kepada berhati-hati.

1. Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Lakukan 7 hari atau lebih.

2. Semasa solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yg anda hadapi.

3. Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah2 ketika tidur.

4. Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar ia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yg beriman.

5. Lakukan berulang2 kali dan perlu diingatkan jgn ada sebesar zaharah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.

6. Teruskan ikhtiar dalam mencari kesembuhan dlm rawatan islam dan mempertingkatkan amalan kita ikhlaskan kerana Allah swt.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon