Biskut Buah Kana

Biskut Buah Kana | Buah kana merupakan sejenis buah hutan . katanya buah kana tak boleh dimakan mentah sebab beracun . Tapi boleh dimakan selepas dijadikan halwa atau dijeruk . Bagaimana proses menghasilkannya , itu cekQasih memang tak tahu . Yang cekQasih tahu, halwa buah kana ni banyak dikeluarkan oleh negara China.

Biskut Buah Kana


Biskut Buah Kana


Bentuk buah kana yang simple dan menarik tu sekarang telah menjadi biskut. Dah tak yah pening kepala. Bentuk macam buah kana, nama pun pinjam sekali jadi Biskut Buah Kana gitu.

Resepi Biskut Buah Kana


Korang dah tak sabar nak tau Resepi Biskut Buah Kana? Ke sebab dah tak sabar nak laju-laju buat , pastu nak makan sampai jemu kan! Oklah , moh ler kita cuba Resepi Biskut Buah Kana di bawah :

Bahan-bahannya :

*1 ketul butter
*3 1/2 cawan Tepung gandum
*1 cawan tepung jagung
*1 cawan gula aising
*1 sudu besar creamy vanilla
* jem strawbery

Cara - cara membuatnya:

1- Campur semua bahan kecuali jem.

2- Uli semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.

3- Masukkan doh ke dalam acuan buah kana.

4- Tekan-tekan doh hingga padat dan mampat.

5- Ketuk acuan dan keluarkan .

6- Susun biskut kana dalam loyang.

7- Bakar selama 15-20minit.

8- Bila dah sejuk, sapukan jem dan lekatkan jadi sebiji buah kana


Dan Biskut Buah Kana sudah sedia untuk dimakan, disimpan, dihadiahkan kepada rakan seta keluarga ataupun untuk dijual. Mudah bukan!

Selamat mencuba ladies .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon