Air Barli Herba Merawat Kencing Kotor | Barli merupakan makanan sunnah yang sangat digemari Rasulullah. Sifat barli yang menyejukkan badan sangat elok dimakan dinegara beriklim panas seperti di timur tengah.
Barli
Di malaysia, barli mudah didapati di pasaran. Malah di kedai makan juga kerap ada menu air barli. Barli bukan sahaja diminum sebagai air tapi juga boleh dibuat bubur manis sebagai pencuci mulut diwaktu petang.
Tahukah anda, barli bukan sahaja dapat menyejukkan badan, malah barli juga dapat merawat masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Resepi Air Barli Herba
Bahan-bahan yang diperlukan :
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara membuatnya :
1- Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2- Cuci bersih barli.
3- Masukan ke dalam periuk.
4- Tambah air dan daun pandan.
5- Masak barli sampai kembang baru masukkan kismis, gula batu dan kundur.
Siap untuk di hidang. Selamat Mencuba.
Kredit Resepi : azrina len via mahn
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon