Bangkit Chese Cair Di Mulut

Bangkit Cheese Cair Di Mulut | Bangkit merupakan kuih tradisi . Dari zaman nenek moyang lagi , kuih bangkit merupakan kuih wajib ada di meja mereka ketika hari raya . Ini mungkin disebabkan bahan untuk membuat kuih bangkit mudah didapati disekeliling rumah iaitu santan .


Bangkit Chese Cair Di Mulut


Bangkit Cheese Cair Di Mulut

Seiring peredaran masa, kuih tradisional sudah diubahsuai bahan kandungannya mengikut selera di zaman ini . Chese atau keju , yang asalnya dari barat dan makanan utama dalam sajian di barat , dibawa merentasi lautan dan benua dan diadaptasi ke menu tempatan . Maka, antara hasilnya adalah seperti dibawah ini .

Bahan-bahan bangkit cheese seperti berikut :

500g butter
350g gula aising
3 biji kuning telur
500g tepung ubi - goreng tanpa minyak 15 minit atau jemur .
400g tepung jagung
50g serbuk santan
50g serbuk badam
1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
150 parutan keju cheddar

Bangkit Chese Cair Di Mulut


Cara-cara pembuatannya :

1- Satukan semua bahan-bahan kering dan gaul rata
2- mix butter dengan gula aising hingga kembang.
3- Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
4- masukkna cheddar parut dan gaul sebati
5- Masukkan bahan2 kering td smbil uli sket2 smpai jd doh
6- Canai dan terap
7- Bakar pada suhu oven 170 masa selama 15 hingga 20 minit


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon