Minum Susu Formula Pada Usia Lebih 2 Tahun Akibatkan Penyakit ?


Minum Susu Formula Pada Usia Lebih 2 Tahun Akibatkan Penyakit ? | Susu formula menjadi pilihan para ibu yang tidak lagi menyusukan anak supaya anak mereka mendapat kalsium yang secukupnya untuk tumbesaran mereka . Malah ada juga para ibu terutama yang bekerja, sudah mengenalkan susu formula kepada anak mereka seawal usia 6 bulan lagi .

Minum Susu Formula Pada Usia Lebih 2 Tahun Akibatkan Penyakit ?


Anak Mudah Kena Eczema, Alahan Dan Kurang Zat Untuk Membesar


Mengikut nasihat para doktor pada ibu selepas bersalin , susu formula perlu sebagai susu tambahan . Persoalannya , adakah susu formula itu masih releven di minum untuk anak yang berusia lebih 2 tahun ? Berikut adalah keterangan lengkap dari doktor Suriyakhatun melalui laman facebooknya .

Pembantu saya tanya. "Kenapa doktor marah pesakit tadi?"
Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah, dan anak ini eczema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.
Cuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.Susu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash , nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu ph 7.35-7.45 dan tidak boleh lari dari ph ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan . Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan ph begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan ph darah. Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa di imbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash ? Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan .
Apakah makanan yang perlu untuk imbangkan? Perlulah makan buah dan sayur dan jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.
Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit , tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat . Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak selepas umur dua tahun?
Dr. Suriyakhatun

Kesimpulannnya , walaupun anak anda minum susu formula pada usia lebih 2 tahun , pastikan anak anda juga mengambil makanan yang sihat yang mengandungi karbohidrat, protein, zat dan vitamin melalui daging, telur, makanan laut, sayuran, buah-bauahan, bijirin dan sebagainya . Sekiranya pengambilan makanan tersebut mengikut piramid makanan yang dicadangkan, anak anda akan dapat terhindar dari pelbagai penyakit dan membesar dengan sihat .

Semoga penjelasan panjang lebar dari doktor Suiyakhatun , seorang pengamal perubatan bertauliah itu bermanfaat untuk para ibu di luar sana .

Anda perlu ingat , kesihatan dan tumbesaran anak bermula dari apa yang mereka makan dan minum .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon