Cara Mudah Atasi Pedih Ulu Hati | Pedih ulu hati Cynta bukan kerana cinta . Jauh sekali sebab putus cinta tapi kerana sambl . Ya sambal . Sambal totok . Korang pernah dengar tak sambal totok . Sambal totok ni sambal orang jawa . Totok tu maksudnya tumbuk .
Sambal Totok
Setiap kali Cynta makan sambal totok ni , selepas beberapa minit akan rasa pedih dan sakit dibahagian ulu hati . Ini mungkin disebabkan sambal totok itu dihasilkan menggunakan cili mentah yang ditumbuk bersama ikan bilis , bawang putih dan bawang merah .
Masalah Cynta adalah Cynta akan kurang selera makan jika tidak ada sambal totok . Walaupun pedas , walaupun akan sebabkan pedih ulu hati , Cynta tetap makan juga . Taubat lada katanya ... hehehee
Pedih Ulu Hati
Yang dikatakan sebagai pedih ulu hati adalah bila anda rasa sakit bagai mencucuk - cucuk dan panas di bahagian bawah buah dada anda . Kesakitan itu sekejap ada , sekejap tiada tetapi sakitnya ambil masa yang lama .
Pedih ulu hati selalunya berlaku apabila sfinkter di bahagian bawah esofagus yang bertanggung jawab menghalang refluks asid dari dalam perut pergi ke esofagus tidak dapat melaksanakan kerjanya dengan sempurna . Maka , refluks asid dari dalam perut dapat masuk ke esofagus dengan mudah .
Pedih ulu hati yang disebabkan oleh refluks asid selalunya tidak merebak ke tempat lain seperti bahu dan tangan . Selalunya pedih ulu hati akan anda rasakan dan berlaku seleps makan dan ketika berbaring . Ini kerana , pada ketika itu perut anda akan mengeluarkan asid untuk memudahkan proses pencernaan .
Pedih ulu hati yang disebabkan oleh refluks asid selalunya tidak merebak ke tempat lain seperti bahu dan tangan . Selalunya pedih ulu hati akan anda rasakan dan berlaku seleps makan dan ketika berbaring . Ini kerana , pada ketika itu perut anda akan mengeluarkan asid untuk memudahkan proses pencernaan .
Cara Mudah Atasi Pedih Ulu Hati
Hasil carian Cynta di Google , penyebab kepada pedih ulu hati , maka Cynta sudah dapat simpulkan penyebab dan cara atasi pedih ulu hati selepas Cynta makan sambal totok ni .
Cara mudah atasi pedih ulu hati yang selalu Cynta amalkan adalah minum air panas . Bila Cynta minum air panas , maka akan berlaku sendawa . Maknanya , banyaklah angin yang keluar daipada mulut . Ini bermaksud , perut Cynta kosong semasa Cynta makan sambal totok !
Oleh itu , kalau anda tak nak refluks asid yang masuk ke esofagus menyebabkan pedih ulu hati , anda kena pastikan perut anda sudah di isi sebelum anda makan sambal totok atau sambal lainnya yang sebabkan rasa sakit / pedih ulu hati .
Cara Lain
Bagi anda yang merasa sakit ulu hati disebabkan gangguan jantung , bukan sebab makan sambal macam Cynta , cara berikut mungkin dapat bantu anda atasi pedih ulu hati .
1- Sekiranya anda seorang yang obesiti , anda dinasihatkan supaya turunkan berat badan .
2- Tinggikan kedudukan kepala anda semasa tidur dengan meletakkan bantal setinggi 15 hingga 20 cm supaya dapat mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cepat .
3- Anda juga dinasihatkan supaya tidur mengiring menghadap kiri di mana jantung anda berada .
4- Anda dinasihatkan untuk mengelakkan makan dua jam sebelum anda tidur . Kajian mendapati ianya berkesan mengatasi pedih ulu hati .
5- Sekiranya anda seorang perokok ,anda dinasihatkan supaya berhenti . Merokok hanya akan menjejaskan fungsi sfinkter ensofagus .
6- Anda dinasihatkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap .
7- Elakkan berbaring selepas makan sekurang - kurangnya empat jam .
8- Elakkan makan makanan berlemak , pedas dan makanan berasaskan tomato , bawang putih dan lada hitam serta jus yang berasaskan buahan sitrus . Ini kerana ianya akan memberi kesan pada lapisan perut dan ensofagus .
9- Elakkan minum teh , kopi juga alkohol kerana minuman ini adalah penyumbang kepada pedih ulu hati .
10- Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan dengan lebih lama atau sehingga makanan dalam mulut anda benar - benar hancur . Kaedah ini dapat membantu enzim yang hadir bersama air liur merembes dengan lebih banyak seterusnya membantu menutralkan asid dalam makanan yang anda makan .
11- Ketika makan , anda dinasihatkan agar berada dalam posisi yang tegak . Refluks asid akan meningkat jika anda makan ketika berdiri , baring dan membongkok ke hadapan selepas makan .
12- Anda perlu selesakan perut anda . Justeru itu , elakkan dari memakai bengkung moden , baju ketat juga mengenakan talipinggang yang ketat .
13- Sekiranya pedih ulu hati kerap berlaku pada anda , elakkan dari melakukan kerja berat dan mengangkat benda berat . Jika anda melakukan juga , ianya akan menyebabkan otot abdomen anda mengecut seterusnya akan meningkatkan refluks .
Formula Sendiri
Mudah sahaja sebenarnya formula nak elak pedih ulu hati sebab makan sambal totok ni . Harap formula Cynta ini dapat bantu anda di luar sana yang alami pedih ulu hati sebab makan sambal totok macam Cynta .
1 comments:
Write commentsterima kasih atas tipsnya
Replyhttp://www.tangan-kreatif.com
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon