Petua Mudah Elak Kuih Raya Cepat Lemau

Petua Mudah Elak Kuih Raya Cepat Lemau | Biskut raya ada pelbagai jenis . Ada sebahagian biskut raya yang boleh bertahan lama sehingga ke raya haji . Biskut raya jenis ini selalunya yang menggunakan tepung yang dijemur seperti bangkit . Manakala untuk biskut yang ada campuran kekacang atau buahan kering , biskut mudah lemau jika terdedah keada angin dalam tepoh yang lama.

Petua Mudah Elak Kuih Raya Cepat Lemau


Petua Mudah Elak Kuih Raya Cepat Lemau

Berikut ada beberapa petua mudah untuk elak biskut cepat lemau yang korang boleh amalkan. Bolehlah korang simpan biskut raya sehingga habis raya . Maklumlah , kita raya kan sebulan .
1. JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU.
Tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai didalam kuali sebelum digunakan. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.
2. SEJUKKAN BISKUT SEBELUM DISIMPAN.
Biskut yang masih panas perlu disimpan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya melembabkan biskut.
3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.
Untuk menjamin biskut raya tahan lama, sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana udara yang masuk akan menyebabkan biskut lemau.
4. PASTIKAN BALANG BETUL-BETUL KERING. 
Sebelum guna balang untuk menyimpan biskut, pastikan bekas tersebut betul-betul kering dan tiada kesan air. Ia bagi mengelakkan biskut mudah rosak apabila dalam keadaan lembab.
5. ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
Jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan apabila simpan biskut dalam balang, setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.
6. ASINGKAN SETIAP JENIS BISKUT DALAM BEKAS BERLAINAN.
Elakkan dari mencampur biskut berlainan dalam bekas yang sama. Ini kerana jika dicampur, biskut akan cepat lemau kerana setiap jenis biskut di adun dengan bahan yang berbeza.
7. GUNA BUNJUT GARAM
Untuk memastikan biskut kekal rangup dalam masa yang lama, masukkan uncang berisi garam ke dalam balang biskut. Caranya ialah bungkus satu atau dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balam. Garam akan berfungsi menyerap lembapan yang ada dalam balang.
8. TABUR GULA DALAM BEKAS.
Taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut. Ia berfungsi mengelakkan biskut dari menajdi cepat tengik dan hapak.
9. PANGGANG KEKACANG TERLEBIH DAHULU.
Jika anda membuat biskut berasaskan kekacang, pastikan ia dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Kekacang yang tidak dipanggang akan menyebabkan biskut cepat lemau dan tengik. Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan menyebabkan biskut lebih berminyak.
TIP SELAMATKAN BISKUT RAYA YANG LEMAU
Bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180C selama lima minit. Hasilnya biskut yang lemau tadi akan kembali rangup dan sedap.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon