Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon


Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon | Waktu sahur adalah waktu yang sangat pendek untuk menyediakan makanan . Ini kerana tak ramai para ibu yang sanggup bangun seawal 3 pagi untuk menyediakan makanan . Waktu biasa yang paling awal dapat menyediakan makanan adalah pukul 4 pagi .

Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon

Resepi Ringkas Ramadhan : Sayur Sawi Bersama Soohon


Bangun pukul 4 pagi bermakna hanya ada satu jam untuk menyediakan hidangan sahur . Untuk nasi dan hidangan seperti masakan ayam , daging dan makanan laut boleh dimasak sebelum masuk tidur . Tetapi untuk sayur , lebih baik masak sebelum sahur kerana kesegaran sayur itu penting . Jika dipanaskan semula hanya akan menyebabkan sayur jadi terlebih masak .

Untuk sajian sayur sahur yang ringkas , berikut dikongsikan resepi sup sayur sawi bersama sohoon yang boleh disiapkan hanya dalam 20 minit sahaja .

Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon

Bahan-bahan 


Sebelum memasak , bahan-bahan masakan perlu disediakan terlebih dahulu . Antara bahan untuk membuat sup sayur sawi bersama sohoon adalah :
  • sawi jepun
  • sohoon
  • halba
  • ikan bilis
  • bawang putih ( dihiris halus )
  • halia ( dihiris memanjang )
  • garam
  • lada hitam ( tumbuk kasar )
  • air
  • telur

Cara membuatnya :


Selepas semua bahan  di atas disediakan , ambil periuk , masukan air letakkan di atas dapur . Masukkan pula ikan bilis , halba , bawang putih dan halia . Biarkan sehingga mendidih .

Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon


Apabila sup / kuah / air sudah mendidih , masukkan sebiji telur . 


Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon

Bila air mendidih lagi , masukkan pula sohoon . Masak sehingga sohoon mengembang .


Resepi Ringkas Ramadhan : Sup Sayur Sawi Bersama Soohon

Apabila sohoo sudah mengembang , masukkan sayur sawi . Biarkan sehingga sayur sawi agak layu . Seleas itu tutup api . Taburkan lada hitam dan garam . Kacau sedikit supaya garam sebati . Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan .

Bagi mereka yang berdiet , resepi sup sayur sawi bersama sohoon sangat sesuai . Boleh dimakan begitu sahaja / tanpa nasi . 






Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon