Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato


Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato | Spagetti merupakan makanan terkenal dari negara barat . Spagetti merupakan mee yang dikeringkan . Tetapi apabila dimasak , spagetti tidak lembut seperti mee kuning juga mee maggi . Spageti sebaliknya memiliki struktur yang kenyal .


Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato

Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato


Spagetti sudah biasa dimasak menggunakan asal iaitu resepi spagetti carbonara dan spagetti bolognese dan spagetti masak olio . Untuk lari dari kebiasaan , mari cuba resepi baru yang lebih kepada lidah dan selera Melayu / Malaysia .

Sebelum memasak spagetti sos sambal tomato , bahan-bahan yang perlu disediakan adalah

  • spagetti 
  • daging burger
  • bawang holland ( potong dadu )
  • bawang putih ( mayang halus )
  • pes cili
  • kicap lemak manis
  • sos tomato
  • tomato ceri ( belah dua )
  • minyak
  • garam
  • kiub perasa ayam
  • air


Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato

Apabila semua bahan sudah disediakan , rebus dahulu spagetti sehingga menjadi lembut . Sementara menunggu spagetti masak , ambil kuali , masukkan minyak . Apabila minyak sudah panas , masukkan bawang putih dan bawang merah . Masak hingga layu . Setelah bawang layu , masukkan daging burger , kacau sehingga berderai .


Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato

Masukkan pula kicap dan sos omato secukupnya . gaul hingga mesra .


Resepi Mudah Spagetti Sos Sambal Tomato

Kemudian , masukkan pula pes cili , kiub perasa ayam dan air juga tomato ceri . Apabila mendidih , masukkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati rasanya . Selepas itu , tutup api dan angkat .

Keluarkan spagetti yang sudah masak , masukkan ke dalam pinggan . Ambil sedikit sos yang dimasak tadi dan tuangkan di atas spagetti .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Madam N
AUTHOR
6 June 2016 at 12:43 delete

I prefer spegetthy olio..nyum3

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon