Cara Mudah Buat Air Bandung Soda Untuk Berbuka Puasa


Cara Mudah Buat Air Bandung Soda Untuk Berbuka Puasa | Air bandung bukannya berasal dari Bandung Indonesia. Malah orang di Bandung Indonesia tidak kenal air bandung . Dari mana air bandung berasal , tidaklah diketahui . Pun begitu , air bandung sangat popular di Malaysia tidak kiralah di majlis keramaian ataupun di restoran atau gerai jualan .

Cara Mudah Buat Air Bandung Soda Untuk Berbuka Puasa

Cara Mudah Buat Air Bandung Soda Untuk Berbuka Puasa


Air bandung sangat segar bila diminum bersama ketulan ais pada ketika cuaca panas . Warnanya yang merah jambu susu menjadikan air bandung indah dipandang dan sedap diminum .

Cara membuat air bandung yang sangat mudah menjadikan air bandung menjadi pilihan ramai orang . Hanya perlu ada sirap ros merah dan susu pekat manis tidak kira apa jenama sekalipun . Untuk menjadikan rasanya lebih enak , bolehlah tambah aiskrim soda .

Cara Mudah Buat Air Bandung Soda Untuk Berbuka Puasa

Cara menyediakan air bandung soda , sediakan bekas air yang bertutup seperti di atas . Masukkan sedikit 

  • sirap ros merah , 
  • susu pekat manis , 
  • air ais krim soda 
  • ketulan ais 
  • air 
Apabila semua bahan sudah ada di dalam bekas air , tutup bekas air dan goncang sehingga semua bahan bersatu . Selepas itu , bolehlah diminum .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon