Cara Cepat Masak Guna Teknik Mengukus | Kaedah memasak kek ada dua cara iaitu kaedah membakar menggunakan oven dan juga kaedah mengukus menggunakan api gas . Antara keduanya , Cynta lebih suka menggunakan kaedah mengukus sebab lebih lembut dan lembap .
Mengukus
Cynta lebih suka memasak kek dengan cara mengukus kerana kek lebih lembut tapi kalau mengukus di atas api gas , akan mengambil masa yang lama mengikut jenis kek . Paling cepat pun 45 minit Kalau selalu mengukus akan menyebabkan gas cepat habis .
Selain memasak kek , mengukus juga boleh dilakukan pada pau , apam , kuih talam , kastad dan pelbagai lagi . Satu hari , Cynta dapat idea memasak menggunakan kaedah mengukus yang lebih cepat masak berbanding mengukus menggunakan api gas .
Kek Apam Beras - 15 minit
Cara Cepat Masak Guna Teknik Mengukus
Percubaan pertama memasak menggunakan kaedah mengukus menggunakan rice cooker tidak mengecewakan . Pada ketika itu , cuba memasak kek apam beras . Percaya tak kalau diberitahu , hanya perlukan 15 minit untuk memasaknya ?
Rice Cooker
Rice cooker dihasilkan untuk memasak nasi . Oleh sebab teknologi sudah berkembang , rice cooker sudah menjadi multifunction iaitu bukan sekadar boleh memasak nasi malah juga boleh mengukus , menggoreng dan merebus dan membuat sup .
Menggunakan rice cooker adalah cara cepat masak guna teknik mengukus yang pernah dicuba . Selepas mencuba mengukus kek apam beras yang cuma ambil masa 15 minit , mencuba pula untuk menggunakan teknik kukus cepat masak untuk kastard , kek dan lainnya seperti gambar di bawah ini
Kek Sponge Asas - 15 minit
Kek Apam Susu - 30 minit
Pau Gebu - 15 minit
Kastard - 5 minit
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon