Merahkan Bibir Yang Lebam | Bibir merupakan daya penarik bagi wanita . Atas sebab itulah ada perumpamaan yang berbunyi bibir ' bibir merah bak delima merkah ' . Merah bak delima sudah tentu menarik tetapi kalau merekah , sudah tentu menyeksakan bukan ?
Kandungan Lipstik
Lipstik selalunya mengandungi bahan kimia merkuri ( raksa ) . Bahan kimia merkuri di dalam lipstik inilah yang menyebabkan bibir anda menjadi lebam . Bahan kimia merkuri ini juga boleh mengundang kanser pada kita jika digunakan secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang .
Masalah Bibir
Bibir kita selalunya akan mengalami masalah bibir pecah dan juga masalah bibir kering . Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan air , demam dan juga kerana memakai lipstik yang mengandungi bahan kimia . Ada juga antara anda yang mempunyai masalah bibir sensitif .
Merahkan Bibir Yang Lebam
Untuk merahkan bibir yang lebam dan bibir kelihatan menawan serta mulus dan licin , bukanlah sukar . Saya sudah mencubanya dan hasilnya sangat memuaskan hati . Ianya berlaku dengan tidak sengaja sebenarnya . Sekadar mencuba benda baru tetapi tidak di sangak kesannya amat memuaskan hati .
Apa yang perlu anda lakukan untuk merahkan bibir yang lebam , hanyalah ikut langkah - langkah berikut :
Anda boleh menggunakan apa sahaja jenama jel pencuci muka yang ada di pasaran . Setelah itu anda perlulah ambil sedikit gel tersebut dan sapukan pada bibir anda dan gosokkan sehingga kulit kering di bibir anda tanggal
Apa yang perlu anda lakukan untuk merahkan bibir yang lebam , hanyalah ikut langkah - langkah berikut :
1- Gel Pencuci Muka
Anda boleh menggunakan apa sahaja jenama jel pencuci muka yang ada di pasaran . Setelah itu anda perlulah ambil sedikit gel tersebut dan sapukan pada bibir anda dan gosokkan sehingga kulit kering di bibir anda tanggal
2- Penyegar Wajah
Selepas kulit kering di bibir anda tanggal , ambil penyegar muka anda sapukan penyegar muka pada bibir anda .
3- Minyak Zaitun
Jika anda melakukannya sebelum masuk tidur , sapukan sahaja minyak zaitun ke bibir anda untuk menjadikan bibir anda lembap .
4- Penjagaan Bibir ( Lip Care )
Selain minyak zaitun , jika anda mahukan bibir anda tegang , anda boleh sahaja sapukan lip care sebelum masuk tidur .
Untuk penjagaan bibir yang berterusan , sebelum anda pergi kerja , lakukan langkah 1 dan 2 kemudian sapukan lip care secara berterusan ke bibir anda .
Kolagen Bibir
Bibir sama saja dengan pipi anda . Persamaan itu ialah kolagen . Bibir anda perlukan kolagen . Untuk kekalkan kolagen pada bibir , saya sapukan krim muka ke bibir saya juga . Selalunya selepas melakukan langkah 1 dan 2 , saya akan sapukan essen wajah dan krim pelembap wajah ke atas bibir saya juga . Selepas itu barulah saya sapukan lip care terutamanya untuk penjagaan bibir di siang hari .
Selamat Tinggal Lipstik
Sekarang ini saya jarang menggunakan lipstik . Kenapa saya nak gunakan lipstik kalau bibir saya sudah merah semulajadi hanya dengan melakukan langkah - langkah di atas ? Kepada anda di luar sana yang memiliki bibir lebam setelah menggunakan lipstik , apa kata anda mencuba pula cara saya ini . Anda pasti puashati dengan kesannya .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon