Resepi Mudah Kaki Ayam Masak Kicap


Resepi Mudah Kaki Ayam Masak Kicap | Ada antara anda yang geli nak makan kaki ayam . Maklumlah , dah nama kaki , mestilah letaknya di bawah dan digunakan memijak benda yang macam - macam termasuk kekotoran yang tak sepatutnya .


Resepi Mudah Kaki Ayam Masak Kicap


Khasiat Kaki Ayam


Menurut kajian  BI Health , kaki ayam kaya dengan zat hydroxyapatite , yang merupakan nutrisi yang bertindak menjaga tulang dalam tubuh manusia . 

Kulit , otot , tulang pada kaki ayam kaya dengan khasiat protein ( kolagen ) iaitu sejenis jaringan ikatan liat dan bening yang berwarna kekuningan .

Jika anda kerap memakan kaki ayam , dikatakan akan dapat mencegah proses osteoporesis daripada cepat berlaku . Malah , anda juga dapat kekalkan kolagen dalam badan .

Resepi Mudah Kaki Ayam Masak Kicap


Sebelum kaki ayam dimasak kicap , kaki ayam itu di masak sup terlebih dahulu . Sup kaki ayam dijadikan stok ayam untuk masak nasi ayam dan sebagainya . Kalau nak stok ayam tu sedap , masukkan juga ikan bilis dan masak bersama kaki ayam sehingga kulit kaki ayam menjadi lembut .

Selepas itu , keluarkan kaki ayam dari sup . Ambil kuali , masukkan sedikit minyak . Bila minyak dah panas , masukkan bawang putih yang diketuk bersama halia . Bila dah naik bau , masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis . Bila kicap dah mendidih , masukkan kaki ayam . Masak hingga kicap jadi pekat dan melekat pada kaki ayam . 


Hidangkan kaki ayam masak kicap seperti diatas . Kaki ayam masak kicap sedap dimakan begitu sahaja sambil menonton tv .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon