Resepi Asas Buat Kulit Tart ( Crust ) Yang Rangup | Kuih tart sangap popular bila menjelang perayaan . Doh luarannya yang rangup dan cair dimulut diisi dengan inti jem yang manis menyedapkan lagi kombinasi rasanya .
Kuih tart ( crust ) adalah doh yang diletakkan inti didalam ataupun diatasnya megikut jenis acuan ataupun reka bentuk yang dihasilkan .
Ada pelbagai jenis inti yang digunakan . Inti tradisional yang digunakan sejak dahulu lagi adalah jem nenas . Jem nenas itu dihasilkan sendiri dengan menyagat nenas , kemudian dimasak bersama air dan gula sehingga menjadi pekat dan pejal .
Selain jem nenas , tart juga terkenal dengan inti kurma dan prune . Jika ada belanja lebih , boleh juga guna jem blueberry yang dipekatkan menjadi pejal supaya mudah diletakkan di dalam atau pun di atas doh tart .
Resepi Asas Buat Kulit Tart ( Crust ) Yang Rangup
Kulit tart ( crush ) boleh digunakan untuk dua jenis makanan iaitu untuk kulit ( crush ) pai dan kulit tart . Untuk membuat kulit tart ( crush ) , hanya empat bahan diperlukan iaitu tepung , marjerin / butter dan telur serta sedikit garam .
- 1/2 cawan butter / marjein
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- secubit garam
Apabila semua bahan untuk membuat kulit tart (crush) sudah ada , ambil bekas / mangkuk , masukkan tepung , marjerin / butter dan sedikit garam . Gaul hingga semua bahan menjadi mesra dan menjadi crumbs .
Setelah adunan menjadi crumbs , masukkan telur dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk .
Ambil acuan , masukkan doh dan ratakan pada lantai acuan juga dinding acuan . Apabila sudah rata , ambil garfu dan tekan-tekan sedikit pada seluruh dinding acuan . Setelah itu , cucuk-cucukkan garfu pada doh di lantai acuan .
Setelah itu , barulah di bakar untuk dapatkan kulit tart yang rangup untuk pai . Selepas itu barulah masukkan inti pai yang sudah disediakan .
Untuk kulit kuih tart , tidak perlu dibakar dahulu . Setelah kulit tart siap , masukkan inti atau etakkan inti diatasnya sebelum di bakar .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon