Resepi Mudah Sup Sayur Soo Hoon | Sup sayur merupakan hidangan diet yang paling mudah untuk disediakan terutamanya di waktu sibuk . Pun begitu , tidak semua jenis sayur yang boleh dimasak sup kerana rasanya yang tidak sesuai .
Antara jenis sayur yang kerap dibuat sup adalah seperti sawi jepun , kobis , park choi , bayam dan lainnya . Manakala sayur kangkung pula lebih enak jika di masak goreng belacan walaupun jika di masak sup , rasanya tidak menghampakan .
Resepi Mudah Sup Sayur Soo Hoon
Untuk menyediakan sup sayur soohoon , bahan-bahan lain juga diperlukan sebagai campuran untuk menambahkan keenakan sup tersebut . Antaranya , selepas memasukkan air ke dalam periuk , bahan berikut perlu dimasukkan juga sebagai perencah .
- hirisan bawang putih
- ikan bilis
- halba
Selepas air mendidih dan semua bahan perasa telah mengeluarkan rasanya , masukkan telur . Kadar biji telur terpulang kepada citarasa .
Apabila telur sudah timbul , masukkan pula soohoon . Selalunya tidak akan ambil masa yang lama ( lebih kurang seminit ) untuk soohoon menjadi lembut .
Selepas soohoon sudah lembut , masukkan sayur . Apabila sayur bertukar waran / menjadi layu ,tutup api . Sayuran tidak boleh dimasak lebih dari seminit untuk menjaga khasiatnya .
Setelah api ditutup , taburkan garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar . Gaul sedikit supaya garam larut sebelum diangkat untuk dihidangkan .
Menyediakan sup sayur soohoon hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja . Ianya sangat pantas dan mudah . Sekiranya nak berdiet , hanya perlukan sesenduk sup sayur kemudian masukkan sedikit nasi sudah cukup untuk buat prut anda kenyang .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon