Resepi Mudah Sup Ketam Ubat Demam Yang Sedap


Resepi Mudah Sup Ketam Ubat Demam Yang Sedap | Walaupun pakar perubatan ada yang mengatakan bahawa sup ketam sebenarnya bukan penyebab kepada petlet darah naik untuk pesakit demam denggi , namun sup ketam dapat juga menaikkan selera makan mereka scara amnya . 

Resepi Mudah Sup Ketam Ubat Demam Yang Sedap

Kelebihan Sup Ketam


Tidak rugi sebenarnya buat sup ketam untuk hidangan pesakit demam tak kiralah demam denggi atau lainnya . Selain sup ketam ini dapat membangkitkan selera , sup ketam juga bila dihirup panas -panas pasti dapat menghangatkan badan dan mengeluarkan peluh . Perpeluhan ketika demam adalah perlu untuk mengeluarkan toksin dalam badan . 

Selain dihirup supnya dan diratah ketamnya , sup ketam juga boleh dimakan bersama bubur nasi , nasi dan juga mee . Maka tak rugi masak sup ketam sebagai hidangan untuk orang yang sedang menghidapi demam .


 Resepi Mudah Sup Ketam Ubat Demam Yang Sedap


Menyediakan dan memasak sup ketam ini mudah sahaja . Tetapi menyediakan sup ketam untuk menjadi hidangan pesakit demam , adalah lebih baik ditambahkan herba-herba lain bertujuan untuk memanaskan badan , membuang toksin dan juga angin .

Ketika menyediakan sup ketam , boleh juga dimasukkan halia , serai , kentang , lada hitam , halba , ketumbar , bawang putih , kunyit , tomato , batang saderi cendawan dan juga lemon .

Untuk menyediakan sup ketam , perlu menumis hirisan bawang putih , bawang besar , bunga lawang , kayu manis dan juga buah pelaga sehingga kekuningan dan naik bau .

Selepas itu masukkan air , halia , bawang putih , kunyit , serai ( lagi banyak lagi bagus ) yang diketuk menggunakan pisau ,  halba dan kentang . 

Apabila air sudah mendidih dan kentang sudah lembut , masukkan ketam , tomato , ketumbar yang ditumbuk kasar . Masak dalam 15 minit .

Kemudian masukkan cendawan , batang saderi , lada hitam ( ditumbuk kasar ) dan perasa . Bila cendawan dan batang saderi sudah layu / bertukar warna , tutup api dan angkat .

Taburkan daun bawang dan daun ketumbar , sedikit perahan lemon  ketika menghidangkan sup ketam .

Memasukkan perahan lemon adalah sangat baik bagi pesakit demam kerana vitamin C membantu mempercepatkan proses penyembuhan .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon