Biskut Coklat Rice And Cip


Biskut Coklat Rice And Cip | Biskut coklat rice and chip dihsilkan berilhamkan biskut chipsmore yang laris dipasaran . Memandangkan kanak-kanak suka dengan biskut chipsmore , maka terhasillah biskut coklat rice and cip untuk santapan di hari raya .


Biskut Coklat Rice And Cip


Biskut Coklat Rice And Cip


Biskut coklat rice and cip ni panjang sebab semua coklat rice dan coklat cip tu ada di dalam biskut coklat rice and cip ini . Kaedah menghasilkan biskut coklat rice and cip ni mudah sahaja dan cuma mengambil masa dalam 30 minit untuk siap sepenuhnya .

Untuk menghasilkan biskut coklat rice dan cip , berikut adalah bahan ramuan yang diperlukan :

Bahan - bahannya :

  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 2 sudu besar coklat rice
  • 2 sudu besar coklat Cip
  • 2 sudu besar badam hancur kasar
  • 2 sudu besar Marjerin
  • Tepung gandum secukupnya
  • 3 sudu besar gula ising
  • 3 sudu besar Nestum serbuk

Biskut Coklat Rice And Cip

Cara membuatnya :


1- Masukkan marjerin , gula icing dan essen vanilla . Kacau hingga sebati dan ringan .

2- Masukkan serbuk coklat , coklat rice , coklat cip , badam hancur dan nestum serbuk . Gaul hingga mesra .

3- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dicetak / tak melekat di tangan .

4- Ambil sedikit , bulatkan . Lepas itu tekan sedikit menggunakan tapak tangan anda untuk dapatkan bentuk yang sedikit leper .

5- Bakar selama 10 minit dengan suhu 160 darjah menggunakan api bawah sahaja .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon