Resepi Asas Kek Span Mudah Sukatan Cawan | Kek span atau bahasa mudahnya , kek yang lembut strukturnya . Bila dipicit , ia seperti span yang anda gunakan untuk mencuci pinggan . Kek span banyak variasi . Anda boleh menggunakan serbuk koko , orange , pandan dan lainnya sebagai perasa .
Resepi Asas Kek Span Mudah Sukatan Cawan
Tahukah anda bahawa kek span adalah kek yang paling mudah dibuat . Ini kerana kek span tidak menggunakan banyak langkah untuk menghasilkannya . Anda hanya perlu mengadun kesemua bahannya di dalam satu bekas .
Sebelum anda membuat kek span pelbagai variasi dan rasa , anda perlu tahu terlebih dahulu resepi asas kek span mudah menggunakan sukatan cawan . Berikut adalah resepi asas kek span .
Bahan-bahannya :
5 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan air
1 sudu besar ovelette
1/4 cawan butter
Pewarna
Cara-cara Membuatnya :
1- Masukkan semua bahan kecuali butter cair ke dalam bekas . Putar hingga gebu
2- Masukkan mentega cair . Gaul gunakan kaedah kaup balik menggunakan sudip / spatula .
3- Bakar mengikut suhu oven anda .
LIHAT JUGA :
Resepi Asas Buat Muffin Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Doh Roti Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan
Cara Mudah Tukar Gram Ke Cawan
Cara Mudah Buat Krim Kek Sukatan Cawan
1 comments:
Write commentsTerima keasih atas resipi ini.Ia amat berguna bagi saya
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon