Cara Mudah Buat Sambal Hitam | Sambal hitam diperbuat dari belimbing buluh . Dulu Cynta memang tak tahu . Bila dah ada blog , barulah Cynta tahu sambal hitam ini sangat popular di utara dan pantai timur . Pada masa yang sama , di kampung Cynta memang banyak belimbing buluh . Maka Cynta pun nak mencubalah resepi sambal hitam ni .
Khasiat Belimbing Buluh
Belimbing buluh ni sangat masam . Sebab itu , belimbing buluh orang tak makan mentah . Selalunya orang buat belimbing buluh jeruk asam boy ataupun campurkan dengan sedikit gula dan garam , peram semalaman . Selepas itu boleh la makan sambil minum air .
Selain itu , belimbing buluh juga boleh dimakan dengan cara merebusnya untuk tujuan perubatan terutama untuk sakit darah tinggi dan batuk . Belimbing buluh juga boleh dikisar kemudian dicampurakn dengan madu sebelum diminum untuk mengubat darah tinggi .
Cara Mudah Buat Sambal Hitam
Bila Cynta baca resepi asli cara buat sambal hitam ni , ambil masa tiga jam untuk masak belimbing buluh tu sampai jadi hitam . Cynta memang tak sangguplah nak menunggu sampai tiga jam . Jadinya , Cynta gunakan cara sendiri supaya resepi sambal hitam ni cepat siap . Sesiapa yang nak cuba , jom tengok langkah - langkah cara mudah buat sambal hitam di bawah ni .
Bahan - bahannya :
- belimbing buluh
- kuali tidak melekat ( non-stick )
- ikan bilis
- bawang putih
- bawang merah kecil
- cili padi
- kicap
- garam
- minyak
Cara Membuatnya :
1- Masukkan belimbing buluh di atas kuali hitam yang tidak melekat . Kalau guna periuk , periuk akan jadi hitam .
2- Masak belimbing buluh di atas kuali tanpa air . Tekan - tekan sedikit gunakan sudip supaya air belimbing buluh keluar supaya belimbing buluh cepat menjadi hitam dan kering ( kecut ) .
3- Bila belimbing buluh dah kering / hitam / kecut , keluarkan .
4- Ambil lesung batu , masukkan bawang merah , bawang putih dan cili padi , Tumbuk hingga lumat .
5- Masukkan pula ikan bilis . Tumbuk sekadar hancur kasar .
6- Masukkan sedikit belimbing buluh yang sudah hitam , tumbuk lumat .
7- Panaskan minyak . Minyak banyak sedikit supaya dapat menggoreng sambal hitam hingga garing .
8- Bila minyak dah panas , masukkan bahan yang ditumbuk , tumis hingga naik bau .
9- Bila bahan tumbuk dah naik bau , masukkan belimbing buluh yang sudah hitam .
10 - Bila bahan sudah hampir garing , sukkan sedikit kicap dan garam .
11- Tumis sehingga semua bahan menjadi garing , angkat dan hidang .
Selamat Mencuba !
9- Bila bahan tumbuk dah naik bau , masukkan belimbing buluh yang sudah hitam .
10 - Bila bahan sudah hampir garing , sukkan sedikit kicap dan garam .
11- Tumis sehingga semua bahan menjadi garing , angkat dan hidang .
Selamat Mencuba !
3 comments
Write commentsSedapnyaa :D
ReplyKat sini nk jumpa belimbing buluh pun payah
Replybaru 1st time tahu pasal resipi ni...tak pernah makan lagi
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon