Resepi Asas Buat Kimchi Selera Melayu | Kimchi merupakan makanan orang Korea sejak zaman berzaman . Kimchi terhasil dari sayur yang dijeruk . Idea membuat Kimchi bermula dengan keperluan makanan pada musim sejuk . Ini kerana , pada musim sejuk , tidak semua sayuran dapat hidup . Pada masa yang sama , para petani perlu juga makan walaupun pada musim sejuk mereka tidak boleh bertani . Oleh sebab itu , mereka menjeruk banyak sayur supaya boleh menjadi bekalan makanan mereka pada musim sejuk .
Kimchi selalunya dihasilkan menggunakan sayur kobis jepun . Selain itu , banyak juga sayuran lain yang boleh dijadikan kimchi seperti taugeh besar , pokok bawang ( leak ) , lobak putih dan sebagainya .
Bahan utama untuk membuat kimchi adalah sayuran , serbuk lada kering ( lada kering yang dikisar ) , garam , jus buah pear , bawang besar , bawang putih , halia dan kicap . Manakala bahan - bahan campuran lain , mengikut kesukaan masing-masing nak letak apa .
Resepi Asas Buat Kimchi
Sebelum mendapatkan bahan campuran lain untuk kimchi , kobis jepun perlu diperap dengan garam terlebih dahulu dengan cara membersihkan setiap kelopak kobis jepun , kemudian disapukan garam disetiap sisi depan / belakang kobis jepun tersebut . Biarkan selama 15 minit .
Sementara menunggu perapan kobis jepun , sediakan pula pes cili dan bahan campuran lainnya . Bagaimana untuk menghasilkan pes cili , boleh dapatkan di SINI . Sediakan juga bawang putih dan halia yang digiling halus juga serai yang ditumbuk halus .
Ambil mangkuk , masukkan pes cili , pes bawang putih dan bawang merah , garam , serbuk ikan bilis (ganti pes udang) , cuka (ganti jus pear ) , kicap ( ganti sos ikan ) , dan perasa juga serbuk lada sulah jika suka . Campurkan semua bahan tersebut hingga sebati dan menjadi seperti pes .
Sukatan setiap bahan dianggarkan cukup untuk dicampurkan bersama kobis jepun .
Selepas 15 minit , ambil daun kobis jepun yang diperap , cuci bersih . Selepas itu dihiris halus seperti gambar disebelah . Ambil bawang besar dan cili padi kemudian dimayang halus .
Boleh juga memasukkan bahan lain sebagai campuran seperti daun kucai , lobak putih / lobak dan sebagainya . Apa juga bahan campuran tambahan , itu semua terpulang kepada citarasa anda .
Masukkan semua bahan yang dicincang ke dalam mangkuk yang mengandungi pes tadi dan gaul sebati sehingga menjadi seperti gambar di atas .
Selepas sudah siap proses membuat kimchi , kimchi boleh juga terus dimakan ataupun disimpan dalam peti sejuk semalam . Kimchi tahan disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk .
Mengikut resepi asal , daun kobis jepun tidak dipotong . campuran bawang besar dan cili yang digaul bersama pes , di letakkan di setiap kelopak kobis jepun , kemudian disimpan dalam bekas . Bila mahu menggunakannya , barulah dipotong-potong .
Di Korea , kimchi bukan sahaja dimakan bersama nasi , malah juga dibuat nasi goreng dan menajdi campuan dalam pembuatan stew , sup , kuih goreng dan lainnya .
LIHAT JUGA :
Resepi Asas Buat Pes Cili
Resepi Asas Buat Cili Jeruk
LIHAT JUGA :
Resepi Asas Buat Pes Cili
Resepi Asas Buat Cili Jeruk
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon